WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Wednesday, January 26, 2011

makanan rohani

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum wbt..

Pertama sekali,maaf buat sahabat-sahabat kerana mengambil masa anda untuk membaca post ini..
Sekadar peringatan buat diri ini dan sahabat-sahabat supaya RAHMAT dan KEREDHAAN Allah tidak jauh dari kita.
Jadikan fatrah imtihan kita sekarang sebagai satu medan untuk memperbanyakkan amalan dan mendekatkan diri dengan Allah..


**********************petikan blog saifulislam*******************************

TIPU DIRI SENDIRI

“Uih, panasnya!”, keluh Amin setibanya di rumah.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Lewat benar Amin tiba di rumah. Maklum sahaja, jalan raya petang-petang Ramadhan ini memang sibuk. Mengharungi lautan kereta memang menjemukan, tambahan pula di bulan puasa ini.

“Baik aku mandi dulu. Bagi segar sikit badan”, monolog Amin.

Sementara menanti waktu berbuka, anak muda ini masuk ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya yang lesu dan kepanasan.

“Arghhh… sedapnya”, Amin begitu menikmati siraman shower mandian beliau.

Tiba-tiba, gulp!

Air dari shower termasuk ke dalam mulut Amin. Air yang sejuk dan enak itu. Sudah berada di dalam mulutnya, di pinggir tekak yang kering, derita dan lesu dek bahang mentari Ramadhan.

TELAN ATAU LUAH

Kalaulah anda menjadi Amin, apakah anda akan menelan air itu?

Air itu bukan di dalam gelas, tetapi entah bagaimana, ia sudah berada di dalam mulut.

“Rezekikah ini?”, tanya Amin kepada dirinya.

“Masakan bukan rezeki, kalau sudah duduk di dalam mulut!”, sambungnya lagi.

Tetapi Amin teringat, bahawa rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan… bahagian untuk diri. Halal itu tujuan… hak Allah sebagai matlamat ibadah kita.

Amin tidak menelan air yang sudah separuh jalan menjadi rezekinya itu kerana air itu tidak halal. Amin berpuasa. Memang tiada siapa yang nampak kalau Amin menelannya sahaja. Tetapi Allah nampak. Jika Amin menipu, dia sebenarnya menipu Allah dan memperbodohkan dirinya sendiri!


“Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah khusus untukKu dan Akulah yang menetapkan ganjarannya semahuKu” [Hadith al-Bukhari ]

Di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak untuk menelan air itu.

DI BILIK PEPERIKSAAN

Bagaimana jika di bilik peperiksaan?

Ditakdirkan, anda duduk di belakang pelajar terbaik. Soalan yang anda terima amat sukar untuk dijawab. Buntu fikiran mencari jawapannya. Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar dan terhidang di depan mata anda.

Apakah anda mahu menjamah ‘rezeki’ itu?

“Err, bukan aku cari, tapi dia datang!”, bijak hati berkata-kata mencari alasan.

Jika di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak menjamah rezeki yang bukan hak diri, mengapa pula di bilik peperiksaan sikapnya berbeza? Mengapa jika ditelan air itu terasa bodoh, tetapi jika ditiru jawapan pelajar terbaik itu, boleh terasa pandai pula?

Bahkan apabila masuk ke alam pekerjaan, mengapa kita hilang sensitiviti terhadap rezeki? Puasa tak sanggup tipu Tuhan, tapi kalau hasil kerja, biasalah!

Inilah penyakit kita. Penyakit ‘kumpulan pemisah’ yang memisahkan antara solat dan puasa dengan peperiksaan dan kerja. Antara bilik darjah dan masjid rumah Allah. Seolah-olah selesai solat subuh semasa melipat sejadah kita berkata, “Ok Allah, jumpa lagi zohor nanti ya!”. Terlipat sejadah, selesai hubungan dengan Allah SWT.

Ia adalah cabang paradigma sekularisma.

Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehingga ia semacam sudah tidak relevan untuk disebut. Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan meniru itu pula yang dianggap ganjil dan tidak normal.

Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar bidang agama atau apa sahaja, meniru sudah secara senyapnya diterima.

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Inilah yang sering saya pesankan setiap kali berprogram bersama pelajar sekolah atau universiti. Meniru di dalam peperiksaan harus dihindarkan.

Saya tidak berhajat untuk menjustifikasikan perbuatan itu dari segi hukum syara’ kerana segalanya jelas

Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.


“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

Tetapi apa yang saya mahu, adalah untuk mengingatkan para pelajar supaya menyimpan maruah dan harga diri mereka.

Save your dignity!

Orang yang biasa meniru di dalam peperiksaan ini rendah harga dirinya. Dan kerendahan harga dirinya itu bakal memberikan implikasi yang pedih di masa hadapan.

Apabila saya menjadi bapa, saya mahukan laporan dan keputusan peperiksaan anak saya itu telus. Biar keputusan itu bodoh rupanya, supaya kebodohan itu boleh diajar. Tetapi saya tidak sanggup membayangkan anak saya memberikan keputusan peperiksaan yang palsu supaya dia kelihatan pandai, kerana hakikatnya dia memperbodohkan saya.

TIDAK PERNAH MENIRU

Syukur Alhamdulillah… semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki ke bangku sekolah hinggalah ke hari ini, saya TIDAK PERNAH meniru di dalam peperiksaan. Tidak pernah walaupun sekali.

Keputusan peperiksaan saya ada pasang surutnya. Kerana tidak meniru, ada masanya saya mengalami kemunduran. Tetapi kemunduran itu menghasilkan pengajaran dan ia menyumbang kepada pembaikan di masa depan. Failing Forward kata John C. Maxwell.

Hari ini, saya boleh mengajar anak-anak saya dan anak orang lain, tentang peri pentingnya berlaku jujur kepada diri sendiri dan menjauhkan diri dari perbuatan meniru… tanpa ada rasa terkilan atau malu. Saya tidak perlu menyembunyikan dalam diri perasaan khianat kerana bercakap apa yang saya tidak buat.

Sesungguhnya seorang lelaki hanya mampu berdiri dengan harga diri. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa.

Meniru dan menipu diri sendiri, adalah salah satu cara untuk menghina diri.

Pilihlah mana yang berkenan di hati.



********wallahu a'alam...semoga bermanfaat buat semua*****************



Tuesday, January 25, 2011

PWtC kembali lagi...








Assalamualaikum w.b.t.
Hari Keluarga Perubatan merupakan program pembuka Perubatan Winter Karnival (PWtC). Program ini bakal berlangsung pada 7 februari 2011 bersamaan hari Isnin. Aktivti yang bakal berlangsung adalah dari pagi hari hinggalah ke petang.
Bertemakan `Bersatu Teguh Sehati ’ program ini dianjurkan agar mahasiswa dan mahasiswi perubatan dapat bertemu dan berkenalan dangan sahabat-sahabat baru dari seluruh pelusuk Mesir seterusnya membina hubungan erat antara satu sama lain.



Di samping itu program ini juga merupakan salah satu medium untuk mahasiswa dan mahasiswi bersantai serta beriadah disamping mengisi waktu cuti bagi rata-rata mereka yang sudah tamat peperiksaan dan tidak mempunyai perancangan untuk pengisian cuti musim sejuk.
Pada pagi program akan diadakan acara sukaneka. Terdapat 2 konsep permainan yang bakal dijalankan iaitu permainan penyertaan dan permainan terbuka. Permainan penyertaan merupakan sukan berkumpulan melibatkan peserta seminar yang telah berdaftar.
Namun mahasiswa dan mahasiswi lain boleh menyertai pertandingan ini dengan mendaftar pada pagi program. Permainan dijangka bertempat di Gelanggang bola keranjang Stadium Abbasiyah di belakang Arma (bagi ikhwah) dan Nadi Toyota (bagi akhawat).



Terdapat 8 permainan yang bakal dipertandingkan bagi sukan penyertaan iaitu :
1. Galah panjang
2. Sepak raga (ikhwah sahaja)
3. Twister (akhawat sahaja)
4. Bola beracun
5. Hurricane
6. Hand phone karat
7. Kaki Kurita
8. Cat dog
9. Gerabak manusia



Permainan terbuka pula merupakan permainan individu berkonsepkan “ Fun Fair “. Peserta boleh membeli kupon dan bermain mengikut permainan yang diminati memuatkan permainan-permainan menarik seperti Dam Ular Manusia, Dart, Bowling Kampung, Sudoku, Puzzle, Mind Game, Tongue Twister dan banyak lagi.
Acara dewan pula akan dijalankan selepas solat Zohor. Acara dewan dianggarkan akan berpusat di sekitar ARMA. Acara ini melibatkan peserta seminar PWTC, namun bagi mahasiswa dan mahasiswi perubatan lain, terdapat aktiviti-aktivit sampingan yang boleh turut disertai.



Terdapat 2 acara yang bakal menemukan ikhwah dan akhkwat bersaing sekali iaitu kuiz dan reka replika. Selain itu terdapat juga permainan seperti dam, menganyam ketupat, batu seremban, tudung tin@ceper dan banyak lagi permainan yang bakal mengembalikan nostalgia zaman silam anda semua. Acara dijangka akan berakhir sebelum maghrib dan akan disambung pula dengan program Majlis Apresiasi Graduan selepas itu.
Jadi diharapkan agar kita semua dapat sama-sama meriahkan Hari Keluarga Perubatan di samping mendapat pengalaman dan kenalan baru serta memori-memori indah untuk diabadikan sempena percutian musim sejuk kali ini.



Jadi sape2 yang dah dafter tu, ambikkalh peluang sertai yeH! Kalau x rugi~

Monday, January 24, 2011

penting!


salam..
harap semua sehat2 hendaknya..
sedikit makluman mengenai passport..
insya allah akan diambil pada 25 januari dan akan diserahkan kepada sahabat2 sejurus selesai paper psycho pada 27 januari 2011... sesiapa yang ingin mengambilnya awal sila rujuk pada saya

perkara kedua..
mengenai borang kebenaran keluar dari mesir dan surat keizinan daripada ibu bapa..
borang dan surat kebenaran ini WAJIB diisi oleh pelajar2 tajaan MARA samada SPC or SPT mahupun pelajar2 bukan MARA.. surat dan borang perlu dihantar sebelom sahabat2 keluar dari mesir... ia adalah suatu perkara WAJIB bukan SUNAT.. harap ambil perhatian..
surat dan borang kebenaran itu hendaklah dihantar kepada walid di emel ismanalex@yahoo.com

perkara ketiga....
 berkaitan dengan tabung derma masjid dan derma ehsan insany utk arwah iman.. kutipan akan dijalankan sejurus selesai exam psycho... akan disediakan tabung insya allah...

moga sahabat2 ambil berat akan perkara2 ini dan moga2 ALLAH mudahkan peperiksaan kita semua nnt..
bittaufiq wannajah...
sebarang pertanyaan bole hubungi saya di nombor +20146790354 atau ym amiruddin_badar@yahoo.com

FINAL EXAM OF THE LAST DAY

Assalamualaikum warahmatullah..

Regarding our exam on this Thursday, it will start at 12.30 pm at CC, as the same place today.
Then, we will take human psychology exam paper at 3.30 pm, just after answering module 8 (infection and immunity).

the title includes in Human Psychology Paper are : introduction to psychology, memory, stress, learning and motivation..
study well!!

there's a will, there's a way..

syukran.
p/s :.don't forget to perform zohor prayer first before entering examination hall..

[pengumuman untuk pelajar malaysia sahaja]
Kita akan mengadakan perjumpaan batch sejurus selepas menjawab human psychology exam at lecture hall untuk penyerahan passport, pengundian ahli proaktif PCI batch dan lain-lain lagi. Harap sahabat2 semua sudi meluangkan masa untuk gathering kita before semua bercuti..

TIADA ANDA DI SANA, TIADALAH PASSPORT, MAKA IMPIAN PERCUTIAN MENJADI ANGAN-ANGAN..

jom ke MTC ISKANDARIAH: 31 JANUARI 2011

Sunday, January 23, 2011

KUTIPAN DERMA MASJID DAN DERMA KHAIRAT EHSAN INSANY

Assalamualaikum warahmatullah..

perkara pertama:

kepada sahabat2 semua, semoga semua sedang bersemangat untuk terus study dan jangan lupa tajdid niat kerana Allah. Jangan abaikan solat di awal waktu. Jagalah hubungan Allah dan manusia sentiasa, bukan terhad ketika waktu peperiksaan sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengingatkan kembali mengenai kutipan derma masjid.

ikhwah : wan mohd syahdan, salehuddin mohd. noor, dan amiruddin amran
akhawat : nurul atiqah, fatimah zahra, dan aisyah fakriyah.

Semoga dengan amalan kebajikan yang dilakukan untuk membina rumah Allah ini mendapat balasan oleh Allah di akhirat kelak. selamat beramal sementara masih hidup di atas bumi Allah

perkara kedua:
petikan walid
Anakenda yang dikasihi.
Nurul Iman Ab Alim telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk pergi menyambut panggilan Ilahi. Ajal tidak mengenal usia dan tempat. Dari Nya kita datang dan wajarlah kepada Nya kita kembali.
Walau pun belum sampai 3 tahun kita mengenalinya, ukiran senyumnya tentunya menjadi kenangan, tutur katanya yang teratur pastinya menjadi ingatan.
Anakenda sekalian,
Kita kehilangan seorang rakan, sahabat dan teman. Ayah bondanya kehilangan seorang anak.Seberat mana rasa pilu hati kita, berat lagi rasa pilu hati ayah dan bonda. Taqdir Allah selalunya menjadi penawar.Pasrah kepada Allah membawa keinsafan.
Anak-anak sekalian,
Kita doakan pemergian Nurul Iman dalam keadaan baik, Baik untuknya dan baik juga untuk ayah bondanya.
Anakenda sekalian
Marilah kita menghulurkan sedikit sumbangan, walid namakan Khairat Ehsan Insany sebagai tanda ingatan dan kasih kita kepada al-marhumah Nurul Iman dan keluarganya. Sumbangan seberapa ikhlas. Kita tahu ayah bondanya tidak menuntut ganti rugi. Wang ringgit bukan pengganti kepada anak yang telah pergi, tetapi jalinan hubungan kita sesama manusia yang mempunyai sifat simpati, kasih, sayang, cinta dan Ehsan Insany.

Sekian, terima kasih.
WALID



Bagi menyempurnakan hasrat ini, Unit Kebajikan PCI mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada seluruh warga PERUBATAN Iskandariah. Sumbangan tersebut bolehlah disampaikan kepada wakil-wakil batch masing-masing sebelum hari khamis 27 Januari 2011:
Tahun 2: Wan Mohd Syahdan, Salehuddin Mohd Noor, Amiruddin, Atiqah Zainuldin, Fatimah Zahra, Aisyah Fakriyah

Final Semester Examination

Dear all IUMP second year students, we want to clarify about the time for our Final Semester Examination. It is pleased to be informed that the time for tomorrow’s (24th) and 27th examination will be at 1200. There are slight changes concerning the time we told before (1230).

Both 24th and 27th examination will be from 1200 to 1500. Be prepared.

(Ismahuli an atakallam fi lugatil malayuwiyyah)

Kami dengan ini sangat berduka cita ingin memaklumkan kepada kalian, bahawa permohonan untuk menangguhkan waktu Imtihan pada 24 dan 27 Januari 2011 ini dari jam 12.00 kepada 12.30, tidak diluluskan.

Seperti yang sedia maklum, kami dahulunya telah mendapat kelulusan daripada Dr Hala berhubung penangguhan masa ini. Malangnya sebentar tadi, Dr Hala memaklumkan kembali bahawa Vice Dean tidak bersetuju dengan penangguhan masa ini.

Marah. Tidak puas hati. Benci. Sabar!

Ajkt Akademik semasa, saudara Akmal sendiri telah cuba menghubungi Dr Wafa bagi mendapatkan penjelasan dan kelulusan. Malangnya Dr Wafa sendiri pun tidak dapat membantu. Sekuat mana pun usaha kalau sampai kepada Vice Dean... wAllahu a’lam.

Kami juga sedang cuba menyuarakan perkara ini kepada Walid, dan keputusan masih belum diketahui. Sebarang kemungkinan dan maklumat terbaru akan kami khabarkan. Harap kalian dapat bersedia untuk hari esok sekiranya masih tiada sebarang perubahan berhubung perkara ini.

Abang Akmal ada memberi penyelesaian berhubung perkara esok:

-Solat dahulu sebaik azan, dan masuk dewan peperiksaan secepatnya.
-Masuk dan jawab soalan. Minta kebenaran keluar untuk solat. Sambung menjawab soalan.
-Masuk dewan peperiksaan dan jawab sebaiknya, secepatnya. Habiskan menjawab dan solat.

Perlu diingatkan buat masa ini waktu Imtihan kita adalah pada jam 12.00 tengah hari. Tolong datang awal, sebelum puklul 12.00. Persiapkan diri dengan berwuduk. Lebih mudah dan tidak membuang masa untuk mengejar waktu solat. Azan Zohor adalah pada pukul 12.13 manakala Asar pada pukul 3.08.

Ini hanyalah panduan, yang lainnnya terpulang kepada kalian. Asalkan tidak meninggalkan solat.

Physiology Exam

Assalamualaikum
Merujuk kepada Dr.Maha Hegazi.Prof Physiology jika dapat soalan berkaitan dengan ape-ape pathway ( contoh-accomodation,light reflex) boleh jawab dalam bentuk arrow
dan tidak perlu buat ayat panjang-panjang.But in case dapat soalan contohnya accomodation reflex,untuk nasal and temporal buat dalam bentuk ayat in bracket.

Good Luck :)

past year questions~

Assalamualaikum~
want to have an idea what kind of essay questions that may be asked in the examination??
there are some past year questions in the question folder,
these questions may help you for your  last preparation for the examination.
and you still can have the hard copy from Nur Amirah Binti Mohd Jalil (ameerabest@yahoo.com)
GOOD LUCK~

syukran~

Saturday, January 22, 2011

END OF SEMESTER FINAL EXAM

Assalamualaikum warahmatullah..

How's your preparation? We hope you all had use the time given for study leave wisely.
Regarding the time and place for our final exam, we just got the confirmation from Dr. Hala this evening and we are very sorry because we have try our best to fulfill some of our colleague's request to change the place of exam. There are some problems related to the Egyptian students also but,at least we got 2 lecture hall at CC and some students still have to seat your exam in the classroom. No more examination at cafetaria.

Please alert for the time of exam. Both End of MOdule 9 and 8 will start at 12.30 pm on MOnday and Thursday respectively. We hope that you all do come earlier to perform our Zohor prayer first before entering the examination hall.

This is the place of exam based on your ID number. It will be at CC, Azareta!

lecture hall 1 : from 1-112
lecture hall 2: from 113-224
classroom 2 : from 225-259
classroom 4 : from 260-299
classroom 5 : from 300-317

We wish you all the best of luck. Do the best! Always do everything in our life, because of Allah.
Bittaufiq Wan Najah~

Exam?

السلام عليكم

Friends, how are you?
Insya-Allah Allah put you all in the best condition.

24th Jan 2011, our semester exam.
Hopefully we all are ready for it, insya-Allah.

There are something I would like to share with you all.
Hopefully we can practice these in our everyday life.

1. Do haajat prayers. We want success, why not we ask from Him, the Almighty Allah? I've learned that 12 rakaat of haajat prayers are mustajab, but if you think that 12 rakaat are too much, do at least 2 rakaat. Less is better than none, right?

2. Dr. (insya-Allah) Tengku Fakhruddin has said to me that before exam, we can read Surah Al-Fath. The Surah is about victory. Read it. Insya-Allah there will be victory for us. Insya-Allah.

2 things only. Hopefully we all can practice these in our everyday life.
Sorry if there is any "typo" or grammatical error.
I'm just a human, like you. We all are susceptible to mistakes (not to infection only!).
We are not God. We can strive, but the judge is Allah.

Do our best.
Don't forget Allah.
Don't forget Allah.
Don't forget Allah.

insya-Allah we all succeeds.

He who has Allah, has everything.

Friday, January 21, 2011

Exercises before Exam

Assalamualaikum wbt.

We just uploaded 3 documents which about Integrated Mid-term Examination 12th December 2010 in Questions Folder. We got these questions from our 3rd year senior. These are the exercises for you before you enter the finale exams this Monday. We hope you will enjoy to answer them.

  

Distribution maks for this becoming exam

Assalammualaikum..

Here is the distribution mark for this becoming exam..
The TIME & PLACE for the exam may have a little changes..(we are waitng for DR INAS confirmation about this)
So please be alert for any changes after this.

click HERE for module 8

and HERE for module 9

update passport

salam ukhuwwah buat sahabat2 sekalian..
moge2 dalam keadaan sehat2 semuanya...

sedikit makluman berkenaan dengan passport..
tadi saya bersama bukhari berjumpa dengan admin..
utk bertanyakan hal visa dan passport yang kita semua nanti2kan..

"kita merancang ALLAH merancang namun perancanganNYA adalah yang terbaek".


visa kita tidak mampu disiapkan sebelom kita semua bergerak meneroka bumi ALLAH semasa winter ini.
jadi saya amat2 memerlukan maklumat sahabat2 yang akan ke luar negara seperti yang saya minta sebelum ini. kepada yang sudah memberi maklumat... jazakumullah khairan kathira saya ucapkan.. pada yang masih belom memberi.. sila beri untuk memudahkan urusan kalian ke luar negara nanti..
sebelum ini saya menetapkan 21 sebagai tarikh akhir.. namun saya lanjutkan sehingga 23 januari 2011.. kerana pada 24 atau 25 saya dan bukhari akan mengambil passport sahabat2 yang akan ke luar negara utk dipulangkan...

nombor giliran untuk visa sudah ada pada passport sahabat2 sekalian insya allah. cuma cop sahaja yang masih tidak dapat lagi. jadi sahabat2 boleh keluar dari mesir.. insya allah tiada masalah.. cuma andai imigresen perasan kalian tidak ada visa.. akan didenda.. dalam 150 genih lbh kurang.. dan apabila pulang, kami akan mengutip semula passport kalian utk meneruskan urusan visa..

kepada sahabat2 yang tidak keluar dari mesir..kami tidak akan mengambil passport kalian dari universiti dan urusan visa kalian insya allah akan diteruskan seperti biasa.. cuma bagi sesiapa yang ada keperluan utk menggunakan visa seperti urusan biasiswa dan sebagainya.. sila beri nama kalian kepada saya supaya kami dapat mengambil passport kalian sekali dengan yang lain2..

sebarang masalah bole bertanya di emel or ym saya, amiruddin_badar@yahoo.com atau no telefon saya +20146790354... terima kasih atas kerjasama kalian

Bersama PERUBATAN,
AMIRUDDIN AMRAN

Thursday, January 20, 2011

Repeat Exam

Salam Alaikum

Regarding 1st semester final examination, we were clearly informed that the date will be on 23rd and 26th January that are including MCQ and Essay paper respectively. Both of them will be at Azzarita, by 10.00 a.m.

Please be alert that this examination includes module 1, 2 and 3. There will be only one paper for each MCQ and Essay, but each paper will be divided into three parts by the modules. So you guys have to answer the module that you are supposed to take only.

So, any student who already took MCQ and Practical in the past module exam with 1st year, you have to seat both exam in 23rd (MCQ) and 26th (Essay). I am sorry for that. It may be tough for you guys but Dr Iman Diab said that you can take Summer Exam instead of this upcoming exam. Quite a relief there.

So anybody who is strong enough and well prepared, you may send your Name and ID number to

Nik Mohd Fikri: 0110386227 (fikri.hassan@ymail.com)
Aisyah Fakriyah: 0146854320 (syah_ambs@yahoo.com.my)

Wednesday, January 19, 2011

the Latest News about MODULE 9 Examination

Assalamualaikum~
some info regarding the next monday(24/1/2011) examination
further information will be updated later~

mcq-1 hour                essay-2 hours
physiology- 20Q
anatomy-18Q
pharmacology-8Q
histology-7Q

syukran~

BANCIAN TEMPAT EXAM!!

Assalamualaikum warahmatullah..

Perhatian buat sahabat2 semua..
Setelah mempertimbangkan aduan daripada beberapa sahabat2 mengenai tempat peperiksaan terutama sekali bagi mereka yang terpilih untuk duduk di dalam kelas dan jugak kafetaria CC. kepada yang bertuah untuk exam di dalam lecture hall mungkin tidak mempunyai masalah. Jadi, SR ingin membuat bancian@ cadangan tempat peperiksaan.daripada sahabat2 semua. senior tahun 3 juga mempunyai masalah keselesaan yang sama, jadi mereka telah berbincang dengan coordinator untuk menukar tempat daripada AZARETA--> MOUSSAH. Mereka menggunakan 2 buah amphitatre yang besar. Namun, berlaku sedikit kebimbangan untuk kita memilih dewan itu kerana kapasiti batch tahun 2 yang mantap ini lebih besar berbanding mereka. Sebarang cadangan boleh terus direct ke emel SR sebelum hari sabtu ini. Sebarang keputusan bergantung di tangan anda!

fikri- Fikrihassan@hotmail.com
aisyah- syah_ambs@yahoo.com.my

kerjasama dari sahabat2 semua, didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira.

Monday, January 17, 2011

HUMAN PSYCHOLOGY EXAM!!

Assalamualaikum warahmatullah..

This is the latest news regarding our Human Psychology Exam..

as previously announced, our Human Psychology Exam will be held on the 27th January 2011 from 3.30 till 4.00 evening just after finishing our module 8 exam. The place will be announced later. insyaAllah.

shiddi hilku!


Solat Jenazah Ghaib Malam Ini

Assalaamualaikum wbt.

Perhatian kepada warga iskandariah semua, solat jenazah ghaib berserta tahlil dan bacaan yaasin akan diadakan pada malam ini sebaik sahaja selepas solat maghrib, bertempat di tingkat 3 asrama MARA.

Tarikh: 17 Januari 2011
Hari  : Isnin
Masa  : Selepas selesai solat maghrib.

Takziah diucapkan kepada semua warga Iskandariah atas pemergian seorang daripada sahabat kita ini. semoga Allah menempatkan ruh arwah dalam golongan orang-orang soleh dan beriman. al-Fatihah.

Kematian merupakan satu peringatan bagi mereka yang masih hidup. semoga dengan apa yang berlaku ini mengingatkan kita akan kehambaan dan pengabdian sebagai seorang hamba Allah SWT.




"Dan setiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba ajalnya, maka tidak dapat ditundakan ataupun disegerakan walau sesaatpun" (al-'Aaraf:34)

ALFATIHAH

Assalamualaikum wbt,

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
Salah seorang daripada sahabat kita Nurul Iman Abdul Halim Tahun 3 Section 5 telah pulang ke rahmatullah pagi tadi.Punca kematian dipercayai disebabkan oleh Carbon Monoxide poisoning.
Bersama kita sedekahkan Al Fathihah kepada arwah dan inshaAllah urusan solat jenazah dan sebagainya akan diumumkan kemudian.

Saturday, January 15, 2011

Spot for Anatomy

Assalamualaikum :)

These are some spot questions for anatomy that normally asked in the previous year.Thanks to Dr Wafaa and our friends that asked her.

1-Cranial cavity-cavernous sinus
2-Anterior and posterior triangles ( boundaries,floor and contents )
3-Nerve and blood supply of head and neck and scalp
4-Diagram of blood supply of brain surfaces
5-Internal capsule (structures passing)
6-Surface of brainstem (draw)
7-Cerebellar peduncle (fibres passing)
8-Ventricle and its relation
9-Extraocular muscle
10-Brachial apparatus and its derivatives (usually in MCQ)
11-Development of face,tongue,palate and face
12-Congenital anomalies
Hope this spot may help us.InsyaAllah

urgent dan perlu response segera!

Assalamualaikum,
Ada beberapa perkara yang ingin saya beritahu kepada sahabat-sahabat sekalian. Perkara penting dan perlukan response segera dari sahabat-sahabat.

Yang pertama adalah penjelasan mengenai urusan passport. Yang ini sekadar utk makluman semua. Passport kita buat masa ini masih berada dalam progress dan belum siap sepenuhnya. Hal ini kerana selepas kejadian pengeboman tempoh hari, kerajaan Mesir lebih berhati-hati dalam mengeluarkan visa terhadap warga asing di mesir. Jadi proses mendapatkan visa sedikit lambat. Namun pihak university berjanji untuk memberi kembali passport kepada kita sebelum cuti winter bermula. Dan dari pihak walid sendiri sedang berusaha untuk mempercepatkan urusan passport kita.

Perkara kedua ini sangat perlu diambil perhatian kepada semua pelajar tahun 2 yang akan keluar daripada mesir menjelang cuti winter ini. Dari pihak walid sendiri, beliau memerlukan senarai nama para pelajar secara lengkap dan terperinci mengenai mereka yang akan keluar. Perkara yang diperlukan adalah :
1)      Nama penuh
2)      Negara yang akan dilawati
3)      Tarikh pergi dan pulang
4)      No passport
5)      Emel penjaga
Perkara-perkara di atas sangat perlu atas urusan keselamatan dari pihak kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Mesir sendiri memandangkan terdapat beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku di Mesir pada waktu ini. Penjelasan mengapa emel penjaga diperlukan adalah untuk memudahkan urusan pegawai berhubung dengan keluarga di Malaysia andai ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkara-perkara di atas perlu dihantar ke emel saya, amiruddin_badar@yahoo.com atau ke no telefon saya,  (+20146790354) selewat-lewatnya sebelom 21 januari 2011. Maklumat-maklumat ini diperlukan dari pelajar-pelajar MARA mahupun BUKAN MARA. Hal ini adalah untuk memudahkan para pelajar keluar daripada mesir dengan mudah dan tiada sebarang masalah di pihak imigresen nanti.

Saya mengharapkan sahabat-sahabat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya supaya hasrat kita semua untuk menjelajah di bumi ALLAH ini dipermudahkan segala urusannya. Dan sebarang masalah boleh rujuk kepada saya atau mohamad zairy fahmy bin mohd a’sri.

" Permudahkanlah urusan sahabatmu, dan ALLAH akan mempermudah urusan kamu"

Yang berkhidmat untuk kalian,
AMIRUDDIN BIN AMRAN

light and neuron activity

assalamualaikum
thanks to our friend 4 sharing this video in the shout box
THE MORE U GIVE, THE MORE U GET~ insya Allah

Friday, January 14, 2011

past year questions for module 8

Assalamualaikum,
There are a lot of past year questions for module 8 that provided by Unit Akademik PCI
and who wants the hard copy,  u can contact Nur Amirah binti Mohd Jalil. (ameerabest@yahoo.com)
syukran~

Thursday, January 13, 2011

43RD CAIRO INTERNATIONAL BOOK FAIR: 26 JANUARY - 6 FEBRUARY 2011

Tarikh
26 Januari 2011- 6 Februari 2011 

Jam
9.00 pagi - 7.00 petang

Lokasi
Cairo International Conference Centre ( CICC ) 
Kaherah, Mesir (Tahun ini tidak di adakan di tapak Maarad)

Tetamu kehormatan : China
=========================================

Cairo International Book Fair (CIBF) atau lebih dikenali dikalangan student di Egypt sebagai Maarad Kutub merupakan Pameran yang terbesar bagi masyarakat di wilayah Arab dan di Benua Afrika. Pameran ini dianggap sebagai sebuah tempat pertemuan penting bagi golongan penerbit, penulis, penterjemah  serta pengedar buku/kitab yang datang dari negara-negara Arab.

Pameran Kitab ini diadakan pada setiap tahun.Statistik yang diperolehi pada tahun lepas 2010, 800 penerbit kitab dan penjual kitab dipamerkan di Kaherah yang di import dari 31 buah negara. Manakala jumlah pengunjung pada tahun 2010 dianggarkan mencapai 1.8 juta.
Tetamu jemputan pada tahun lepas ialah dari Negara Russia. 

Wednesday, January 12, 2011

BE ALERT!practical!

insya allah.this is the LATEST!so BE ALERT!

Biar apa natijah yang diperolehi setelah usaha yang terbaik dan tawakal kepada Allah, mohonlah pada Allah keputusan yang terbaik ."pohonlah kpd Allah supaya diberi kurniaanNya, kerana sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta..." riwayat Imam Tirmizi
Dan bersyukur sekiranya cemerlang dan redha sekiranya kurang cemerlang. Teruskan usaha mencari ilmu Allah dan jgn mengalah serta sentiasa bersangka baik pd diri kita dan Allah, insyaAllah...
pesan Rasulullah..."barangsiapa yg melalui satu jalan utk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga..." riwayat Muslim

Schedule of Practical Exam

RADIOLOGY SPOT

Assalamualaikum..

this is the guideline for radiology spots. Hope this will give some general idea about it.
Refering to Dr. Mahmoud El-Sheikh, the one who is responsible for radiology questions. He said that we just have to identify the anatomical part pointed at the structure as example : fourth ventricle. as we all know, there are 3 spots in radiology. 2 spots about brain and another 1 spot for spinal cord.

Thank you.

Guideline for practical exam by Egyptian

Assalamualaikum everyone :)
Some of our friends ask egyptian about practical exam because they already finish their exam today
So here are some guideline that they told us ;
Pharma - MCQ question based on given graph,maybe 2 question
Radiology- Identify the pointed structure at the MRI or CT scan (eg-cerebellum)
Histology - Just identify structure in photo or slide
Anatomy - Identify pointed structure and another question,which they say quite unexpected (eg-branch of vagus in neck) so you have to study anatomy well ! :)

Hope that this guideline can help us for our exam tomorrow,Amin
GOOD LUCK :))

Tuesday, January 11, 2011

questions (mcq & essay) for module 8 & 9

assalamualaikum,
there are questions for module 8 & 9 (Qbook) in the questions folder.
-mcq and essay
- no answer for essays module 9 (just questions, can test your brain power (^,^)/)
                  
 

USUL MTC~

Tahukah anda, isu penggunaan yahoo group alexmedicalteam pernah ditimbulkan pada mesyuarat tahunan PCI sesi yang lepas???





Seperti yang sedia maklum, yahoo group alexmedicalteam merupakan medium utama ahli PCI untuk menyebarkan sebarang maklumat, dari hal-hal akademik, kebajikan sehinggalah pengumuman barang hilang.

Yahoo group yang ditubuhkan oleh Unit Penerbitan dan Penerangan PCI (UPP) ini diuruskan dan diselenggara oleh moderator-moderator yang dipilih oleh UPP sendiri. Matlamat utama yahoo group ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan urusan hebahan maklumat antara ahli.

Adakah matlamat penubuhan yahoo group ini tercapai? Apakah penambahbaikan yang boleh dibuat untuk memantapkan lagi wadah utama ahli PCI ini? Suarakan pandangan dan pendapat anda di MESYUARAT TAHUNAN ISKANDARIAH KALI KE-4 pada 31 JANUARI 2011.

Mari bersama-sama memeriahkannya...



"Suarakan pandangan, semarakkan kesatuan"



UNIT PROMOSI DAN PERHUBUNGAN
MESYUARAT TAHUNAN ISKANDARIAH KALI KE-4

Monday, January 10, 2011

Buat Baik dibalas....jahat?

Assalamualaikum wbt

Disamping kesibukan mencari kejayaan dalam masa dan kehidupan

Diminta Ambil masa sebentar, tidak lama pun dari 24 jam yang korang ada. Cuma 6 minit ja yang diperuntukkan

Senang sahaja. Cuma Tekan play, lihat, dengar, dan hayati.

Betapa sayangnya Nabi pada kita, Betapa Jahatnya kita pada Baginda






Sudah tengok? Jadi apa tindakan kita?

Jangan cuma berteori tetapi tiada praktikal

Ayuh sama-sama kita sedar
Dan bersikap adil

Kalau kita boleh tanam kecintaan pada kekasih kita dan juga kekasih pada kita
Mengapa Nabi memberi kasih pada kita tetapi kita tidak membalasnya?

Assalammualaikum wbt...

This is the latest news for assignment.
For those who will perform their assignment in Histology and Pharmacology subject on this Wednesday, we are very sorry because Dr. Hala just told us that there is no places provided for assignment presentation..All the room,ampitheatre was occupied by egyptian student..So, the leader of each group must deal with the tutor about the place for the presentation.Maybe it will be your professor's office..Sorry for the inconvenience.


Hadeeth: whenever a museebah (hardship) befalls you (and you show sabr) Allah (swt) atones for you some of your sins
Hadeeth: Allah (swt) atones some of our sins not only by physical endurance but by emotional ones as well



*******Ruangan di bawah untuk kalian yang berkenaan sahaja**********

*Financial statement dari MARA( setakat ini yang sudah berada dalam tangan walid)
boleh tuntut pada beliau.

1. ahmed nasrul
2. mohd azizi
3. nadia farhana
4. muhammad akmal
5. ismul adham
6. alya suraya
7. muhammad shahir
8. nusaibah sallehuddin
9. siti hajar
10. syahedatul shakinah

*Letter consent-
Khusus buat sahabat-sahabat yang baru memperoleh tajaan MARA,anda dikehendaki membuat suat perakuan bahawa anda sememangnya telah menerima biasiswa tersebut.Mungkin untuk simpanan pihak penaja.Surat tersebut hendaklah dihantar kepada walid secepat yang mungkin..

Saturday, January 8, 2011

spots for anatomy and histology

assalamualaikum~
there are new files in the practicle (mix) folder
1)spots for anatomy (OSPE &OSPE answer)
2)spots for histology (histology quiz)

physiology assignment & some info about clinical physiology

MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN

ISU PENDAFTARAN UNTUK MENJADI PERWAKILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) ISKANDARIAH KALI KE-4


Assalamualaikum wbt,

    Untuk pengetahuan semua, tujuan pendaftaran untuk perwakilan adalah untuk menganggar bilangan ahli yang akan menyertai MTC kali ini. Pihak jawatankuasa pelaksana perlu menyediakan tempat, makanan, handout dan sebagainya untuk persiapan MTC kali ini. Tidak dapat tidak mereka perlu mengetahui jumlah ahli PCI yang akan hadir bagi mengelakkan kekurangan atau pembaziran.

    Hal ini tidak bermaksud sesiapa yang tidak mendaftar maka tidak boleh menghadiri MTC kali ini. Semua ahli yang matang (lebih dari setahun berada di Mesir) dan  membayar yuran PERUBATAN boleh hadir dalam mesyurat ini. Untuk lebih memudahkan AJK pelaksana majlis, ahli-ahli sebaiknya mendaftar dan menyertakan butir-butir diri seperti yang telah diwar-warkan dalam blog MTC.

    Segala kesulitan amat dikesali. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama dan mengurniakan kecemerlangan kepada kita dunia dan akhirat

Sekian terima kasih.


Ahmad Hanif bin Mohd Hafiz
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
2009/2010




UNIT PROMOSI DAN PERHUBUNGAN
MESYUARAT TAHUNAN ISKANDARIAH KALI KE-4

Thursday, January 6, 2011

PWtC

Assalamualaikum wbt..

Di sini saya ingin mengingatkan tentang program PWtC yang pendaftarannya akan mula dibuka pada jumaat 9hb January 2011 (esok) sehingga ahad 10hb January 2011 jam 11.59 pagi..

Yuran pendaftaran sebanyak 100LE setiap seorang dan bayaran boleh dibuat pada Shahir (011-491 1645) dan Ezzati (014-7895937)..

PWtC kali ini merupakan program MEGA Perubatan terbesar setakat ini dan insyaAllah akan memberi manfaat sahabat2 sekalian..

PWtC akan bermula pada 7hb februari dan akan tamat pada 10 hb ferbruari 2011..Mengandungi 3 Program utama iaitu :

1) Hari Keluarga
2) Seminar Perubatan Islam
3) Hari Terbuka

Penyertaan PWtC adalah secara pakej di mana pelajar perubatan yang ingin menyertai Seminar Perubatan Islam secara automatic akan menyertai Hari Keluarga dan Hari Terbuka. Ini bermakna, tiada istilah ‘ingin sertai seminar sahaja’ Akan tetapi, kepada mereka yang tidak menyertai seminar masih boleh menghadiri Hari Keluarga dan Hari Terbuka.

Penginapan juga akan disediakan kepada para peserta,akan tetapi para perserta disarankan untuk mencari penginapan di rumah rakan2 sekitar kaherah terlebih dahulu sebelum meminta AJK pelaksana menyediakan penginapan.Ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di tempat penginapan yang disediakan..


Penerangan lanjut boleh click disini...


Program insyaAllah akan berlangsung sekitar kaherah (ARMA,Univ.Kaherah,dll)..

Diharap sahabat2 sekalian dapat mengambil peluang untuk menyertai PWtC kerana program2 yang disediakan jarang sekali diadakan di mesir ini..

Marilah kita beramai2 menggunakan masa lapang ketika cuti musim sejuk ini dengan program2 yang bermanfaat..

Sekian,Terima Kasih..


AJK Promosi PWtC Iskandariah

Muhammad Shahir Bin Mohd Nadzir (011-491 1645)
Jika kamu inginkan kejayaan di dunia,
Hendaklah dengan ilmu
Jika kamu inginkan kejayaan di Akhirat,
Hendaklah dengan ilmu
dan jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya
Hendaklah juga dengan ilmu
-Imam Syafie

Wednesday, January 5, 2011

INVOICE & TABUNG MCQ

Assalamualaikum...

Penting sangat. Tolong baca sampai ke titik noktah yang terakhir. Ada dua kemusykilan yang ingin di sebarkan. Umumnya berkisar perihal manusia sejagat, tetapi khasnya berkait rapat dengan para pembaca , follower yang terhormat.

INVOICE

Hanya untuk mereka yang baru menyertai MARA, bukan ahli mara tegar. Dengan kata mudahnya untuk mereka yang baru memperoleh tajaan MARA. Sesiapa yang masih belum menuntut/ belum dapat invoice dari universiti atau menghadapi masalah dalaman dengan mereka, “sila” serahkan nama anda kepada SRs yang terdekat.

Jangan malu, kami sememangnya sedang mencari anda. Serahkan nama dan no ID, juga no telefon untuk memudahkan. Cepat!

TABUNG MCQ

Tempoh hari kami telah memaksa anda semua (no ID: 61-150) dengan berhemah, agar menghafal dan mencatat soalan Multiple Choice Question dari peperiksaan modul 9 baru-baru ini. Alhamdulillah, ada yang meghantar. Anda memang terbaik! Alhamdulillah juga, ada yang belum lupa dan terus menghantar. Malangnya, masih belum cukup semua.

Ingat! Kami hanya “meminta” anda menghafal soalan. Kepada yang masih belum menghantar, hari esok insyaAllah masih ada. Jangan kecewa, daripada tiada lebih baik lewat, daripada lewat lebih baik cepat. Soalan boleh diserahkan kepada Ketua Section 2 dan penolongnya yang berwibawa:

Khairil Syahmi: khairylsyahmi@gmail.com

(Berkenaan soalan, tolong rahsiakan dari pihak U, sebab itu entry ini dalam bahasa Melayu)

P/S: Maaf Admin, kerana menjajah ruang penyampaian. Maaf kawan-kawan mencuri masa dan tumpuan. Maaf untuk bukan melayu, kerana tidak memahami. Bittaufeeq wan Najah

Tuesday, January 4, 2011

URGENT!

assalammualaikum wbt..

to all my dearest friend..

1.psycology exam which will be held on 6th january will be postponed on 27 january 2011.

the exam will combine with our module 8 exam..

total question psycology = 20 question = 10 marks = mcq..

2.final semester exam for module 9 will be change at 12.30 to 3.30 pm..not at 12.00 pm as told before...so make sure all of us have pray solat zuhr before enter the exam hall..

any further information regarding our exam will be informed later..

bittaufiq wannajah..

assignment

Bismillahirrahmanirrahim...


InsyaAllah, this is the date for our assignment:


Sunday (9/1) & Tuesday (11/1) = physiology & anatomy department
Wednesday (12/1) = histology and pharmacology department

The exact time,place and which group will perform their presentation first will be announce later..
Any change will be inform..
Jazakumullahu khairan kathira~


BIttaufiq wannajah

Sunday, January 2, 2011

new slides~

assalamualaikum...
alhamdulillah, ada seorg sahabat kita bermurah hati untuk berkongsi slide2 histo dan juga anat.(folder practicle-mix). kepada sesiapa yang ingin berkongsi apa2 sahaja amatlah dialu-alukan.
moga dengan perkongsian ini dpt memudahkan lagi pembelajaran kita.,, insya Allah.
.:the more u give, the more u get:.

PSYCHOLOGY EXAM

Bismillahirrahmanirrahim..

Merujuk Dr. Hala, InsyaAllah, tarikh bagi Human Psychology Exam adalah seperti berikut:

hari : Khamis
Tarikh : 6 Januari 2011
Tempat: Azareta
Waktu : 8 pagi

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Sila sebarkan kepada sahabat2 lain..
Nota untuk psychology boleh dirujuk dalam blog batch ataupun syuruq universiti di Azareta.

Wallahua'lam..

WHEN YOU ARE STUDYING HARD , MEMORISING NOTES, DOING QUESTIONS, GETTING SO SICK OF THEM..SAY : LEARNING THE HIGHEST CREATION OF ALLAH IS NEVER EASY. KEEP ON GOING. RABBUNA YUSAHHIL..

BITTAUFIQ WANNAJAH~

practical!!

Bismillahirrahmanirrahim..2011 menjelma diri, sama-sama membaiki diri!!

Alhamdulillah, jadual practical exam dah keluar, sila rujuk no ID masing2 dan waktu exam serta tempat. jangan biarkan kejadian-kejadian waktu MCQ berulang kembali.. ingat!!

sekadar pemberitahuan, merujuk Dr. Inas, elective subject berkemungkinan tidak akan dijalankan pada sem ini. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian kepada sahabat2.

perkara kedua berkenaan assignment. Diminta kawan2 bersedia kerana tarikh masih belum diputuskan lagi namun begitu, Dr. Hala memaklumkan kepada kami, jika mana-mana professor dan accessor sudah bersedia, kawan2 boleh membuat presentation assignment pada tarikh yang ditetapkan oleh professor. diingatkan sekali lagi, perkara ini masih lagi dalam perbincangan. Jika ada sebarang perubahan, insyaAllah akan dimaklum semula.

ketiga, revision untuk pharma dan radiology tidak dibuat oleh university. so, kawan2 boleh mengulangkaji atau berbincang dengan ahli beyt, study group ataupun TUTORIAL masing2.
( sejurus selepas revision class subjek lain di Moussah)

keempat, diminta kawan2 bersedia mengulangkaji subjek Human psychology kerana kemungkinan tarikh exam akan diawalkan. kami akan cuba mendapat kata putus secepat mungkin. insyaAllah.

BITTAUFIQ WANNAJAH

Practical Exam Spots
Schedule of Practical Exam
** sumber : alexmedical team mail

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More