Saturday, January 15, 2011

urgent dan perlu response segera!

Assalamualaikum,
Ada beberapa perkara yang ingin saya beritahu kepada sahabat-sahabat sekalian. Perkara penting dan perlukan response segera dari sahabat-sahabat.

Yang pertama adalah penjelasan mengenai urusan passport. Yang ini sekadar utk makluman semua. Passport kita buat masa ini masih berada dalam progress dan belum siap sepenuhnya. Hal ini kerana selepas kejadian pengeboman tempoh hari, kerajaan Mesir lebih berhati-hati dalam mengeluarkan visa terhadap warga asing di mesir. Jadi proses mendapatkan visa sedikit lambat. Namun pihak university berjanji untuk memberi kembali passport kepada kita sebelum cuti winter bermula. Dan dari pihak walid sendiri sedang berusaha untuk mempercepatkan urusan passport kita.

Perkara kedua ini sangat perlu diambil perhatian kepada semua pelajar tahun 2 yang akan keluar daripada mesir menjelang cuti winter ini. Dari pihak walid sendiri, beliau memerlukan senarai nama para pelajar secara lengkap dan terperinci mengenai mereka yang akan keluar. Perkara yang diperlukan adalah :
1)      Nama penuh
2)      Negara yang akan dilawati
3)      Tarikh pergi dan pulang
4)      No passport
5)      Emel penjaga
Perkara-perkara di atas sangat perlu atas urusan keselamatan dari pihak kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Mesir sendiri memandangkan terdapat beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku di Mesir pada waktu ini. Penjelasan mengapa emel penjaga diperlukan adalah untuk memudahkan urusan pegawai berhubung dengan keluarga di Malaysia andai ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkara-perkara di atas perlu dihantar ke emel saya, amiruddin_badar@yahoo.com atau ke no telefon saya,  (+20146790354) selewat-lewatnya sebelom 21 januari 2011. Maklumat-maklumat ini diperlukan dari pelajar-pelajar MARA mahupun BUKAN MARA. Hal ini adalah untuk memudahkan para pelajar keluar daripada mesir dengan mudah dan tiada sebarang masalah di pihak imigresen nanti.

Saya mengharapkan sahabat-sahabat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya supaya hasrat kita semua untuk menjelajah di bumi ALLAH ini dipermudahkan segala urusannya. Dan sebarang masalah boleh rujuk kepada saya atau mohamad zairy fahmy bin mohd a’sri.

" Permudahkanlah urusan sahabatmu, dan ALLAH akan mempermudah urusan kamu"

Yang berkhidmat untuk kalian,
AMIRUDDIN BIN AMRAN

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More