Tuesday, December 10, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 7

Nama Pembentang: Nur Atikah binti Mohamed
Tempat: Rumah Fatimah Zahra
Masa: 3.30 petang
Tarikh: 9 Disember 2013
Tajuk: Peringkat kedua Seruan Islam Keluar Makkah

Rasulullah saw di Taif

  • Baginda keluar pada syawal tahun ke sepuluh kebangkitan Rasulullah, berjalan kaki bersama orang suruhannya, Zaid bin Harithah.
  • Baginda menyeru kepada Islam, tapi tiada seorang pun menyahutinya termasuklah ketika mendampingi tiga beradik dari pimpinan Taif, iaitu: Abdul Yalil, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru bin Umair.
  • Berada di sana selama sepuluh hari.
  • Dimaki, melontar dengan anak batu sehingga kasutnya berdarah. Baginda terpaksa berlindung di tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah, dua orang anak lelaki Rabi'ah. Baginda pun berehat di bawah pohon anggur.
  • Diperhatikan, anak lelaki Rabi'ah berasa kasihan lalu memanggil orang suruhannya, Iddas yang beragama Nasrani untuk memberi anggur.
  • Setelah itu, Baginda berpatah  balik dengan perasaan dukacita dan patah hati.
  • Tiba di kampung Qarn al-Manazil, didatangi Jibrail dengan para malaikat penguasa gunung-ganang untuk mendapat  perintah baginda untuk menghempap penduduk Taif dengan bukit al-Akhsyabain.
  • Tapi, baginda mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah.
  • Kemudian baginda menyambung perjalanan ke Makkah dan singgah di Wadi Nakhlah di mana Allah telah mengutuskan beberapa jin, disebut peristiwa ini didalam dua tempat, Surah al-Ahqaf: 29-31dan Surah al-Jin (1-2). 
Memperkenalkan Islam kepada Qabilah-Qabilah dan individu tertentu.

  • Semakin hampir musim haji, ramai yang memasuki kota Makkah. Baginda menantikan peluang ini untuk menyeru mereka semua dan memperkenalkan Islam.
  • Antara qabilah-qabilah yang diperkenalkan Islam:
    • Banu Kalb: Rasulullah menziarahi mereka tapi mereka tak menerima Islam yang dibawa.
    • Banu Hanifah: Penolakan yang mereka buat terhadap Rasulullahadalah seburuk cara yang pernah dilakukan oleh bangsa Arab.
    • Banu Amir bin Sa'sa'ah
Golongan beriman bukan dari Penduduk Makkah.
  • Suwaid bin Somit: penyair pintar dari penduduk Yathrib, beliau berkesempatan menemui Rasulullah dan mengatakan apa yang kau bawa itu semulia hikmah Luqman. Rasulullah menerangkan bahawa al-Quran itu lebih baik. Beliau memeluk Islam.
  • Iyaz bin Mu'az: seorang remaja penduduk Yathrib yang bersama dalam rombongan al-Awz ketika datang untuk mengikat janji sekutu dengan Quraisy buat menentang al-Khazraj. Diceritakan Iyaz  bertahli dan berzikir sepanjang hayatnya di Madinah, seteleh berangkat pulang tanpa memeterai janji.
  • Abu Zar al-Ghiffari:seorang dari kalangan penduduk Yathrib, berita kebangkitan Suwaid dan Iyaz sampai ke pendengaran beliau.,
  • Tuifail bin Amru: penyair handalan ketua qabilah Daus. Seteleh keislamannya, beliau diuji namun berakhir dengan penuh kejayaan, syahid dalam peperang al-Yamamah.
  • Dhamad al-Uzdi: lelaki dari Qabilah Uzd-Synaw'ah dari Yaman merupakan seorang bomoh menjampi melalui angin. Berbaiah dengan Rasulullah setelah mendengar kata-kata Rasulullah yang menandingi kata-kata paderi dan penyair.
6 Jiwa Suci dari Bumi Yathrib

1. Asa'd bin Zurarah dari Banu Najar
2. Awf bin al-Harith bin Rifa'ah bin Afra' dair Banu Najar
3. Rafi bin MAlik bin al-Ijlan dair Banu Zuraiq
4. Qatbah bin Amir bin Hadidah dari Banu Salamah
5. Aqabah bin Amir bin Naabi dari Banu Hiram bin Ka'b
6. Jabir bin Abdillah bin Riaad dsari Banu Abin bin Ghanam

Mereka merupakan orang al-Khazraj yang berfikiran matang, yang keletihan dengan perang saudara mngharapkan suatu takdir yang boleh tamatkan perang itu. Mereka pulang ke Madinah dengan risalah Islam dan menyebarkan di sana sehingga semuanya menyebut-nyebut nama Rasulullah.

Perjuangan Rasululla penuh dengan rintangan. Namun baginda tidak berputus asa sehinggalah kita dapat mengecapi nikmat ISlam pada hari ini. Seharusnya kita turut berjuang untuk menyambung rantai-rantai perjuangan, menyebarkan Islam pada umat sejagat.

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More