Wednesday, January 5, 2011

INVOICE & TABUNG MCQ

Assalamualaikum...

Penting sangat. Tolong baca sampai ke titik noktah yang terakhir. Ada dua kemusykilan yang ingin di sebarkan. Umumnya berkisar perihal manusia sejagat, tetapi khasnya berkait rapat dengan para pembaca , follower yang terhormat.

INVOICE

Hanya untuk mereka yang baru menyertai MARA, bukan ahli mara tegar. Dengan kata mudahnya untuk mereka yang baru memperoleh tajaan MARA. Sesiapa yang masih belum menuntut/ belum dapat invoice dari universiti atau menghadapi masalah dalaman dengan mereka, “sila” serahkan nama anda kepada SRs yang terdekat.

Jangan malu, kami sememangnya sedang mencari anda. Serahkan nama dan no ID, juga no telefon untuk memudahkan. Cepat!

TABUNG MCQ

Tempoh hari kami telah memaksa anda semua (no ID: 61-150) dengan berhemah, agar menghafal dan mencatat soalan Multiple Choice Question dari peperiksaan modul 9 baru-baru ini. Alhamdulillah, ada yang meghantar. Anda memang terbaik! Alhamdulillah juga, ada yang belum lupa dan terus menghantar. Malangnya, masih belum cukup semua.

Ingat! Kami hanya “meminta” anda menghafal soalan. Kepada yang masih belum menghantar, hari esok insyaAllah masih ada. Jangan kecewa, daripada tiada lebih baik lewat, daripada lewat lebih baik cepat. Soalan boleh diserahkan kepada Ketua Section 2 dan penolongnya yang berwibawa:

Khairil Syahmi: khairylsyahmi@gmail.com

(Berkenaan soalan, tolong rahsiakan dari pihak U, sebab itu entry ini dalam bahasa Melayu)

P/S: Maaf Admin, kerana menjajah ruang penyampaian. Maaf kawan-kawan mencuri masa dan tumpuan. Maaf untuk bukan melayu, kerana tidak memahami. Bittaufeeq wan Najah

1 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More