Tuesday, January 11, 2011

USUL MTC~

Tahukah anda, isu penggunaan yahoo group alexmedicalteam pernah ditimbulkan pada mesyuarat tahunan PCI sesi yang lepas???





Seperti yang sedia maklum, yahoo group alexmedicalteam merupakan medium utama ahli PCI untuk menyebarkan sebarang maklumat, dari hal-hal akademik, kebajikan sehinggalah pengumuman barang hilang.

Yahoo group yang ditubuhkan oleh Unit Penerbitan dan Penerangan PCI (UPP) ini diuruskan dan diselenggara oleh moderator-moderator yang dipilih oleh UPP sendiri. Matlamat utama yahoo group ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan urusan hebahan maklumat antara ahli.

Adakah matlamat penubuhan yahoo group ini tercapai? Apakah penambahbaikan yang boleh dibuat untuk memantapkan lagi wadah utama ahli PCI ini? Suarakan pandangan dan pendapat anda di MESYUARAT TAHUNAN ISKANDARIAH KALI KE-4 pada 31 JANUARI 2011.

Mari bersama-sama memeriahkannya...



"Suarakan pandangan, semarakkan kesatuan"



UNIT PROMOSI DAN PERHUBUNGAN
MESYUARAT TAHUNAN ISKANDARIAH KALI KE-4

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More