WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Tuesday, December 10, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 7

Nama Pembentang: Nur Atikah binti Mohamed
Tempat: Rumah Fatimah Zahra
Masa: 3.30 petang
Tarikh: 9 Disember 2013
Tajuk: Peringkat kedua Seruan Islam Keluar Makkah

Rasulullah saw di Taif

  • Baginda keluar pada syawal tahun ke sepuluh kebangkitan Rasulullah, berjalan kaki bersama orang suruhannya, Zaid bin Harithah.
  • Baginda menyeru kepada Islam, tapi tiada seorang pun menyahutinya termasuklah ketika mendampingi tiga beradik dari pimpinan Taif, iaitu: Abdul Yalil, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru bin Umair.
  • Berada di sana selama sepuluh hari.
  • Dimaki, melontar dengan anak batu sehingga kasutnya berdarah. Baginda terpaksa berlindung di tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah, dua orang anak lelaki Rabi'ah. Baginda pun berehat di bawah pohon anggur.
  • Diperhatikan, anak lelaki Rabi'ah berasa kasihan lalu memanggil orang suruhannya, Iddas yang beragama Nasrani untuk memberi anggur.
  • Setelah itu, Baginda berpatah  balik dengan perasaan dukacita dan patah hati.
  • Tiba di kampung Qarn al-Manazil, didatangi Jibrail dengan para malaikat penguasa gunung-ganang untuk mendapat  perintah baginda untuk menghempap penduduk Taif dengan bukit al-Akhsyabain.
  • Tapi, baginda mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah.
  • Kemudian baginda menyambung perjalanan ke Makkah dan singgah di Wadi Nakhlah di mana Allah telah mengutuskan beberapa jin, disebut peristiwa ini didalam dua tempat, Surah al-Ahqaf: 29-31dan Surah al-Jin (1-2). 
Memperkenalkan Islam kepada Qabilah-Qabilah dan individu tertentu.

  • Semakin hampir musim haji, ramai yang memasuki kota Makkah. Baginda menantikan peluang ini untuk menyeru mereka semua dan memperkenalkan Islam.
  • Antara qabilah-qabilah yang diperkenalkan Islam:
    • Banu Kalb: Rasulullah menziarahi mereka tapi mereka tak menerima Islam yang dibawa.
    • Banu Hanifah: Penolakan yang mereka buat terhadap Rasulullahadalah seburuk cara yang pernah dilakukan oleh bangsa Arab.
    • Banu Amir bin Sa'sa'ah
Golongan beriman bukan dari Penduduk Makkah.
  • Suwaid bin Somit: penyair pintar dari penduduk Yathrib, beliau berkesempatan menemui Rasulullah dan mengatakan apa yang kau bawa itu semulia hikmah Luqman. Rasulullah menerangkan bahawa al-Quran itu lebih baik. Beliau memeluk Islam.
  • Iyaz bin Mu'az: seorang remaja penduduk Yathrib yang bersama dalam rombongan al-Awz ketika datang untuk mengikat janji sekutu dengan Quraisy buat menentang al-Khazraj. Diceritakan Iyaz  bertahli dan berzikir sepanjang hayatnya di Madinah, seteleh berangkat pulang tanpa memeterai janji.
  • Abu Zar al-Ghiffari:seorang dari kalangan penduduk Yathrib, berita kebangkitan Suwaid dan Iyaz sampai ke pendengaran beliau.,
  • Tuifail bin Amru: penyair handalan ketua qabilah Daus. Seteleh keislamannya, beliau diuji namun berakhir dengan penuh kejayaan, syahid dalam peperang al-Yamamah.
  • Dhamad al-Uzdi: lelaki dari Qabilah Uzd-Synaw'ah dari Yaman merupakan seorang bomoh menjampi melalui angin. Berbaiah dengan Rasulullah setelah mendengar kata-kata Rasulullah yang menandingi kata-kata paderi dan penyair.
6 Jiwa Suci dari Bumi Yathrib

1. Asa'd bin Zurarah dari Banu Najar
2. Awf bin al-Harith bin Rifa'ah bin Afra' dair Banu Najar
3. Rafi bin MAlik bin al-Ijlan dair Banu Zuraiq
4. Qatbah bin Amir bin Hadidah dari Banu Salamah
5. Aqabah bin Amir bin Naabi dari Banu Hiram bin Ka'b
6. Jabir bin Abdillah bin Riaad dsari Banu Abin bin Ghanam

Mereka merupakan orang al-Khazraj yang berfikiran matang, yang keletihan dengan perang saudara mngharapkan suatu takdir yang boleh tamatkan perang itu. Mereka pulang ke Madinah dengan risalah Islam dan menyebarkan di sana sehingga semuanya menyebut-nyebut nama Rasulullah.

Perjuangan Rasululla penuh dengan rintangan. Namun baginda tidak berputus asa sehinggalah kita dapat mengecapi nikmat ISlam pada hari ini. Seharusnya kita turut berjuang untuk menyambung rantai-rantai perjuangan, menyebarkan Islam pada umat sejagat.

Friday, November 22, 2013

MN Akhawat 6: Special Edition-Briefcase dan Cincin

Nama Pembentang: Puan Rozidah Mohd Kamaruddin dan Farah Hanna binti Roslan
Tempat: Teratak Iskandar, Camp Caesar
Masa: 2.00 petang
Tajuk: Briefcase dan Cincin



Alhamdulillah, hari ini Organisasi Batch berjaya menganjurkan Madrasah Nabawiyyah Special Edition. Pengisian pada kali ini bukanlah berinti patikan sirah Nabi, tetapi lebih kepada perkongsian daripada tetamu dari Malaysia.

SLOT 1: CINCIN

Slot pertama yang disampaikan oleh Puan Rozidah yang merupakan ibu kepada Farah Hanna merupakan seorang Juru Ukur Bahan (Quantity Surveyor). Beliau berkongsi mengenai tips-tips menyediakan diri sebagai muslimah yang bekerjaya, disamping professional dalam bidang yang diceburi dan menguruskan rumah tangga dengan baik.

Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul setelah tamat pengajian. Sebagai seorang pekerja, seorang wanita tidak terlepas dari menjadi seorang isteri dan ibu setelah mendirikan rumah tangga kelak. Di dalam sebuah organisasi, idea, komitmen dan tenaga seorang wanita sangat diperlukan dalam memastikan diri cukup kompeten dalam biadng yang diceburi.

Antara tips yang boleh diterapkan bermula dari sekarang:

  1. Pengurusan masa.
  • Perkara yang sangat penting. Perlu tahu perkara yang perlu diutamakan.
  • Perlu ada jadual, dan tahu tugasan yang ingin diselesaikan secara terperinci supaya kita dapat fokus.
  • Perlu ada rancangan untuk " raise child with my own hand"
  • Tanamkan dalam hati, semoga Allah beri kekuatan
  • Perlukan komitmen yang sangat tinggi.
2. Disiplin
  • penting supaya dapat uruskan semua perkara dengan efisyen
3. Visi
  • untuk masa depan anak-anak dan keluarga
  • jadikan "Rumahku, Syurgaku"
  • setiap ibu perlu ada impian kerana impian seorang ibu adalah satu doa
4. Pengorbanan
  • Tidak dapat elakkan dari berkorban kepentingan diri untuk keluarga
5. Ilmu dan Skill
  • Sangat penting untuk dikuasai. Contohnya, kaunseling, parenting, perkahwinan, dan pengurusan kewangan.
Penyampai mengakhiri pengisian dengan menekankan supaya sentiasa mendoakan kedua ibu bapa. Dan apabila menjadi ibu bapa kelak, jangan lupa untuk mengajar anak-anak untuk mendoakan ibu bapa mereka.
Beliau turut meniupkan semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang untuk masyarakat dan menaikkan martabat Islam dan seterusnya membentuk anak-anak yang hebat.

SLOT 2: BRIEFCASE

Sedikit perkongsian ringkas dari Farah Hanna yang sudah menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, tentang cara pembelajaran di sana.

Antara nasihat yang ditekankan:

1. Rajinkan diri untuk pergi ke hospital. Beliau menyarankan untuk memperbanyakkan masa di hospital, melihat kes-kes di ward.

2. Tahu protokol hospital, contohnya dari segi definition dan management. 

3. Belajar untuk clerk patient, buat physical exam.

4. Case presentation. Kena selalu praktis present case depan doctor.

5. Tambahan: antara nilai tambah dalam sistem UIA, Islamic input dan kaunseling pesakit apabila berhadapan dengan apa-apa masalah.


 Penyampai meniupkan kata semangat sebelum habis sesi tersebut. Pelajar dari Alexandria University juga mempunyai kehebatan sendiri, dengan latar belakang teori yang kukuh berbanding dengan sistem di Malaysia. Namun, pelajar mestilah berusaha untuk memperbaiki clinical-clinical skill.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat asar berjemaah dan sedikit jamuan ringan yang dibawa oleh ahli batch. Semoga dengan pertemuan ini mengeratkan lagi ukhuwah dan memberikan semangat untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar dapat menyumbang untuk ummah kelak.


Tuesday, November 12, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 6

Nama pembentang: Nor Syafira Erlina binti Noraja
Tempat: Rumah Fatimah Zahra
Masa: 3.30 petang
Tajuk: Pemboikotan Ramai dan Tahun Kesedihan.

4 peristiwa besar yang berlaku dalam tempoh 4 minggu:

  • Saidina Hamzah memeluk Islam
  • Saidina Umar memeluk Islam
  • Penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya
  • Persetujuan Bani Mutalib dan Bani Hasyim, muslim dan kafir untuk memberikan perlindungan dan pertahanan kepada Muhammad saw.
Piagam penyiksaan dan kezaliman

Musyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan bermesyuarat, bersumpah setia untuk memusuhi Bani Hasyim dan Bani Mutalib untuk tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan mencampuri urusan mereka melainkan mereka menyerah Muhammad saw untuk dibunuh.

Piagam ditulis, dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya.

Selama 3 tahun, pihak musyrikin  Mekah mengepung bekalan makanan yang masuk ke Mekah supaya tidak sampai ke tangan orang Islam.

Setelah 3 tahun, berlaku perlanggaran piagam kerana ada kalangan orang Quraisy yang tidak bersetuju, malah membangkangnya.

Orang pertama yang berusaha ke arah itu, Hisyam bin Amru dari qabilah Bani Amir bin Luai, yang selalu membawa makanan secara rahsia. Beliau menemui Zuhair bin Umaiyah al-Makhzumi dan sama-sama mengajak ramai lagi untuk melanggar piagam tersebut.

Berlaku perbalahan antara mereka dengan Abu Jahal sehingga datanglah Abu Talib memaklumkan bahawa Allah telah memusnahkan piagam tersebut dengan menghantar anai-anai untuk menggerit segala sebutan zalim dan meninggalan perkataan Allah sahaja.

Perwakilan Quraisy Menemui Abu Talib Untuk Kali Terakhir.

Setelah pemulauan itu berakhir, usia Abu Talib melewati 80 tahun dan mula diserang penyakit yang berat.  Dengan peristiwa keislaman Umar dan Hamzah, dan Islam yang semakin berkembang, timbul kerisauan dalam kalangan orang Quraisy, takut-takut setelah kematian Abu Talib, Muhamad saw yang akan menguasai , menggantikan Abu Talib. Maka, mereka pun pergi berjumpa dengan Abu Talib dan berbincang dengannya.

Maka, pemimpin-pemimpin kaum Quraisy dan Nabi Muhammad dan Abu Talib berkumpul untuk berbincang supaya membuat syarat supaya Nabi Muhammad berhenti mengancam mereka dan mereka berhenti menentang baginda. Apabila Rasulullah mengajak mereka untuk mengucapkan kalimah, ":La ilaha illallah", maka mereka berpaling.

Tahun Perkabungan

Kematian Abu Talib

Beliau meninggal pada bulan Rejab, tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, 6 bulan selepas pemulauan terhadap orang Islam berakhir.

Rasulullah cuba untuk mengajak Abu Talib untuk memeluk agama Islam pada saat-saat terakhir, manakala Abu Jahal pula sedaya upaya memastikan Abu Talib kekal dalam agama nenek moyang mereka. Akhirnya, Abu Talib meninggal dalam keadaan kufur.

Khadijah Kembali ke Rahmatullah

Khadijah meninggal setelah lebih kurang 2-3 bulan setelah kematian Abu Talib. Khadijah adalah nikmat dan anugerah teragung kepada Rasulullah, seperti yang disebut baginda:

beliau beriman denganku ketika manusia kufur denganku,
membenarkan daku ketika manusia mendustaiku,
berkongsikan daku harta-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku,
dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengurniakan andak dari yang lain.

Dukacita yang silih berganti

Selepas 2 peristiwa yang berlaku dalam tahun yang sama itu, mereka lebih berani mengancam baginda. Selepas kematian Abu Talib, baginda berasa duka dan berputus asa, pergi ke Taif dengan harapan penduduk di sana menyahut seruannya, tetapi tiada siapa yang menyokong, bahkan baginda menghadapi penentangan yang lebih teruk lagi.

Oleh kerana bertubi-tubi penyiksaan dan kesedihan dinamakan tahun ini tahun perkabungan dan dukacita.

Perkahwinan dengan Sawdah ra.

Perkahwinan ini berlaku pada bulan Syawal di tahun sepuluh kebangkitan baginda. Sawdah adalah antara wanita terulung yang memeluk Islam dan menyertai hijrah ke 2 ke Habsyah bersama suaminya, al-Sakran bin Amru yang wafat di bumi Habsyah.




Wednesday, November 6, 2013

You Jump, I Jump!



Alhamdulillah, pihak Organisasi Batch berjaya menganjurkan Kuliah Maghrib dan Solat Hajat pada 6 November 2013 bertempat di sutuh Asrama Mara. Program yang membawa tajuk "You Jump, I Jump" adalah sempena menyambut Maal Hijrah.

Kuliah maghrib yang disampaikan oleh saudara Muhammad Syafiq bin Nordin secara ringkas bermula selepas solat maghrib berjemaah. Penyampai menerangkan sedikit maksud yang cuba dibawa melalui tajuk yang diberikan. Bertepatan dengan takwim umat Islam yang baru menyambut tahun baru, seharusnya setiap dari kita cuba berusaha untuk mencari azam agar menjadi lebih baik. Tak dapat tidak, kita mestilah membuat perubahan dalam kehidupan.

"You Jump, I Jump": kalau orang lain boleh buat sesuatu perubahan, maka kita pun boleh membuat keputusan untuk berubah.

Ibarat seperti graf pada ECG, setiap manusia ada turun dan naiknya. Sekali berada di bawah, seharusnya kita bangkit untuk berusaha berada di atas semula. Bangun membuat perubahan.

Mengambil analogi seorang bayi yang mempunyai development milestone yang perlu dikuasai mengikut tahap umur, begitu juga manusia yang sudah menempuh alam dewasa. Setiap dari kita ada perkara-perkara yang perlu kita capai.

Banyak panduan yang boleh kita ikuti untuk berubah. Mungkin kita tidak mampu untuk mencontohi tokoh-tokoh atau ikon-ikon dunia yang hebat, tapi kita mempunyai sahabat di sekeliling kita, yang hidup bersama kita sehari-hari yang boleh kita ambil tauladan yang baik untuk dicontohi.

Penyampai turut menekan aspek niat. Dalam membuat sesuatu perkara, niat adalah perkara yang paling penting, menjalankan amanah  kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Satu perkara lagi yang cuba dibawa kepada hadirin ialah mengenai jasa yang kita beri pada junior. Sebagaimana yang kita maklum, kini seorang demi seorang senior yang sudah menamatkan pengajian pulang berbakti untuk tanah air. Tenaga yang mereka curahkan untuk membantu junior-junior sewaktu awal kedatangan ke sini adalah sesuatu yang sangat dihargai, sehingga mampu membentuk adik-adik untuk menjadi individu yang lebih baik. Lalu, muhsabah pada diri sendiri, bagaimana pula sumbangan kita, yang sudah berada di tahun 5 sekarang terhadap adik-adik junior? Sebaiknya kita berusaha untuk memberi, misalan melalui keterlibatan dalam program-program.

Di akhir program, hadirin diingatkan supaya mengambil iktibar dari penghijrahan baginda Rasulullah saw. Baginda yang berhijrah ke Madinah ketika berumur 50 tahun, sehingga mampu membuka kota Madinah dan melebarkan syiar Islam. Jadi, dengan nikmat waktu muda, kita seharusnya menggunakan masa sebaiknya. Tiada istilah terlambat dalam berubah dan tak sepatutnya merasakan diri sudah cukup dengan perubahan yang ada.

Semoga tahun kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik. Hanya mereka yang pernah merasai pahitnya berada dalam kejahilan, akan menghargai manisnya hidup mengikut aturan Yang Maha Esa dan seterusnya berusaha untuk mengajak rakan-rakan yang lain mengecapi keindahan Islam yang dinikmati.



Saturday, June 22, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 5

Tarikh: 21 Jun 2013
Tempat: Rumah Salmiah
Masa: 10.30 pagi
Tajuk: Mentari di celahan awanan mendung

Hijrah ke Habsyah

  • Raja Habsyah an-Najasyi adalah raja yang adil dan tidak menganiayai rakyatnya
  • Rasulullah memerintah kaum muslimin berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan agama mereka dari fitnah yang dihadapi
  • Hijrah pertama :Angkatan diketuai 12 lelaki dan 4 perempuan yang diketuai oleh Uthman bin Affan. Turut serta adalah anak baginda, Sayyidah Ruqiah.
  • mereka keluar pada malam hari ke pelabuhan dan menaiki kapal dagang ke Habsyah.
  • Hijrah kedua: 83 orang termasuk Ammar bin Yasir 
Tipu Helah Quraisy terhadap Muhajirin Habsyah

  • Amru ibni al-As dan Abdullah bin Abi Rabiah menghadap Raja Najasyi dan  mengirim hadiah-hadiah, memberi pelbagai alasan supaya kaum muslimin dihalau keluar
  • Najasyi raja yang adil, membuat penelitian terlebih dahulu
  • Jaafar bin Abi Talib, menjadi jurubicara kaum muslimin menerangkan tentang agama baru yang dibawa Rasulullah saw
  • Jaafar membacakan bahagian pertama surah al-Maryam sehingga menyebabkan Najasyi dan pembesarnya menangis kerana mengetahui bahawa apa yang dibawa oleh Isa adalah dari sumber yang sama
  • Rancangan kaum musyrikin gagal
Quraisy menggugut Abu Talib

  • Pemimpin Quraisy datang untuk menemui Abu Talib merayu agar Rasulullah menghentikan dakwahnya
  • Abu Talib terasa berat dengan ugutan dan peringatan lalu memberitahu Rasulullah tentang perkara tersebut
  • Baginda menyangka bapa saudaranya tidak sanggup membantunya lagi, lalu beredar sambil mengalir air mata
  • Abu Talib memanggil dan bermadah,
Demi Allah, 
seluruh mereka tidak akan menyentuh kau
hingga jasad ku di kandung tanah
pedulikan, teruslah dengan kewajipanmu
bergembiralah dan bertenanglah
kat tetap di perhatian mata...

  • Quraisy sekali lagi berdepan dengan Abu Talib dan menawarkan Ammarah, pemuda kacak kabilah Quraisy untuk ditukar dengan Nabi Muhammad. 
  • Abu Talib menolak dengan menyifatkan itu adalah sejahat-jahat tawaran

  • Di saat diselubungi penindasan, terbukalah jalan untuk mereka teraniaya dengan kemasukan Hamzah bin Abu Mutalib ke dalam Islam pada tahun enam kebangkitan Rasulullah
  • Selang 3 hari, Umar turut mengisytiharkan keislamannya.
  • Rasulullah pernah berdoa:
Ya Allah Ya Tuhanku, perkuatkanlah Islam dengan salah seorang dari tokoh yang tersayang padamu: dengan  Umar bin al-Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam. Dan orang yang tersayang itu adalah Umar ibni al-Khattab.


  • Selepas keislaman dua tokoh ini, kaum musyrikin memulakan siri tawar menawar dengan Rasulullah
  • Utbah bin Rabiah, seorang pemimpin Quraisy telah datang dan menawarkan kepada Rasulullah kedudukan, harta dan perempuan kepada baginda
  • baginda membacakan ayat suci al-Quran: surah al-Fussilat, ayat 1-5
  • Utbah meminta Rasulullah behenti apabila sampai ke ayat ke 11 kerana bimbang akan tertimpa ke atasnya ugutan Allah. Beliau balik dan menceritakan kepada kaumnya apa yang terjadi.
Pengajaran

  • Hidayah itu milik Allah
  • Hidupkan hati dengan al-Quran
  • Berhijrahlah mencari rahmat Allah, menyebar Islam

KULIAH MAGRIB : COUNTDOWN TO RAMADHAN


 Kemenangan umat islam di bulan Ramadhan

"Kamu orang-orang Islam tidak akan dapat dikalahkan karana jumlah yang kecil. Kamu pasti dapat dikalahkan walaupun mempunyai jumah yang banyak melebihi jumlah musuh jika kamu terlibat di dalam dosa-dosa." (Abu Bakar Shiddiq)

Menjadi fakta sejarah, bulan Ramadhan merupakan bulan kemenangan umat Islam. Banyak kemenangan umat Islam dalam peperangan terjadi pada bulan Ramadhan. Bermula dari kemenangan pertama umat Islam terhadap orang-orang musyrik Makkah pada perang Badar hingga Perang Arab-Israel Oktober 1973. 

Antara kemenangan umat islam dalam bulan ramadhan :

1. Perang badar -2H
Tahun pertama pensyariatan puasa

2. Pembukaan kota mekah -8H

3. Perang tabuk -9H

4. Pendaratan tentera islam di pantai andalusia -91H
-kisah tariq bin ziyad

5. Perang ain jalut 658H 
Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam.


Menurut Abul Hasan Ali an-Nadwi, umat Islam yang terbunuh di dalam peristiwa kejatuhan Baghdad tersebut adalah 1,800,000 orang. Satu angka yang cukup menakutkan sesiapa sahaja yang cuba membayangkannya. Darah mengalir di jalanan. Buku-buku dicampak ke dalam sungai dan semua itu dianggarkan berjumlah sebanyak dua juta naskhah buku. Ahli sejarah menganggap itu sebagai punca kemunduran umat Islam selepas itu. Semua itu berlaku dalam masa 40 hari.


Penarikan mundur pasukan Rusia dari Afghanistan juga terjadi pada bulan Ramadhan. Berhentinya peperangan di Bosnia-Herzegovina, sehingga umat Islam dapat hidup relatif tenang, pun terjadi pada bulan Ramadhan.


Sunnah menyambut bulan ramadhan??

seseorang itu akan melakukan persiapan yang sangat kemas jika ada seorang vip datang ke tempatnya..

Tamu yang dimaksud itu tidak lain adalah Ramadhan, bulan yang mulia, bulan Al-Qur’an, bulan shiyam, bulan bertahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan takwa, bulan kasih sayang, ampunan dan terbebasnya hamba dari api neraka, bulan yang terdapat di dalamnya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan di mana syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka.

Bulan di mana amal kebaikan dilipatgandakan dan penuh berkah dalam ketaatan, bulan pahala dan keutamaan yang agung. Maka setiap yang mengetahui sifat-sifat tamu ini untuk menyambutnya sebaik mungkin, mempersiapkan berbagai amal kebajikan agar memperoleh keberuntungan yang besar dan tidak berpisah dengan bulan itu, kecuali ia telah menyucikan ruh dan jiwanya. Allah Ta’ala berfirman,

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),    (Asy-Syam: 9)

diriwayatkan, bahawa mereka berdoa kepada Allah agar dipertemukan kembali dengan Ramadhan sejak enam bulan sebelumnya


 Langkah membuat persiapan ramadhan

1. Berdoa, semoga Allah memperpanjang umur kita sampai pada bulan Ramadhan, seperti yang dilakukan oleh sebagian kaum salaf, begitu pula memohon kepada Allah pertolongan dan kekuatan dalam menunaikan puasa, qiyamullail dan beramal soleh di dalamnya. 

Allah Ta’ala berfirman, ertinya,
“Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan”. (Al-Fatihah:5)


2. Kebersihan dan kesucian, maksudnya adalah kebersihan ma’nawi yaitu taubat yang tulus dan sebenar-benarnya dari segala dosa dan maksiat. 


Bagaimana mungkin seseorang menunaikan puasa  sedangkan dia berbuka dengan sesuatu yang haram, atau meninggalkan shalat, atau derhaka kepada kedua orang tua, sehingga Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam melaknat dan malaikat Jibril pun mengamininya?

Bagaimana anda menginginkan puasa yang diterima dan bermanfaat, sedangkan anda berada dalam keadaan melakukan dosa ini dan itu?

Belumkah anda mendengar sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang ertinya,
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak membutuhkan(menginginka

n) puasanya dari makan dan minum”. (HR. Al Bukhari).

“Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bagian apa-apa dari puasanya, kecuali lapar dan dahaga”. (Shahih Al Jami’).

Maka Bertaubatlah dengan taubat yang tulus dan sebenar-benar taubat, sebab pintu taubat masih terbuka. Dan taubat itu bukan sekedar meninggalkan perbuatan dosa, akan tetapi dengan mengembalikan hati dan hawa nafsu kepada Dzat Yang Maha Mengetahui alam ghaib,

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
 (Adz-Dzariat:50).


Di antara persiapan jiwa dalam rangka menyambut bulan Ramadhan, hendaknya anda dengan sepenuh hati melakukan puasa sebaik-baiknya dan beramal shalih pada bulan Sya’ban. 

Sebab pada bulan Sya’ban nanti segala amal perbuatan diangkat kepada Allah, sebagaimana sabda Rasululah Shalallaahu alaihi wasalam yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid.
“Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam melakukan puasa sepanjang bulan Sya’ban atau melakukan puasa  pada bulan itu kecuali beberapa hari saja beliau tidak melakukannya”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Di antara masalah penting lainnya adalah bertafaqquh (memahami) hukum-hukum puasa dan mengenal petunjuk Nabi Shalallaahu alaihi wasalam sebelum memasuki puasa; mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, yang membatalkannya, hukum puasa  pada hari yang diragukan, apa yang boleh, wajib atau haram dilakukan oleh seseorang yang sedang melakukan puasa, apa etika dan sunnah-sunnahnya, hukum-hukum qiyamullail, berapa bilangan raka’atnya, hukum-hukum puasa bagi yang berhalangan baik kerana bermusafir atau sakit, hukum zakat fitrah dan lain sebagainya. 


Begitu pula mengenai petunjuk Nabi Shalallaahu alaihi wasalam dalam bulan Ramadhan yang bertalian dengan diri beliau, puasanya, qiyamullailnya, kemurahan hatinya, pemeliharaan dirinya serta keteladanan beliau dalam bertadarrus Al-Qur’an, juga yang berkaitan dengan keluarga dan umatnya. Sebab segala sesuatu harus didahului dengan ilmu dan pemahaman sebelum mengamalkannya.


Mempersiapkan acara-acara menyambut “tamu agung”, di antara-nya dengan membaca Al Qur’an, mempelajarinya kemudian menghafalnya, qiyamullail, memberi ifthar (buka puasa) kepada orang-orang yang berpuasa, melakukan umrah, i’tikaf, dan berlomba dalam kebaikan dengan semangat fastabiqul khairat, shadaqah, dzikir, penyucian jiwa dan lain sebagainya.


Demikianlah ringkasan bagaimana kita menyambut bulan Ramadhan yang dapat kami kemukakan. Kita berdo’a semoga Allah berkenan memberi taufiq dan hidayahNya kepada kita agar dapat beramal shalih pada bulan Ramadhan.
“Ya Allah, pertemukan kami dengan bulan Ramadhan dan berilah kami pertolongan untuk dapat menunaikan puasa, qiyam, dan amal soleh di bulan Ramadhan dan di bulan-bulan lainnya. Teguhkanlah kami pada ketaatan sampai kami menemuiMu, sesung-guhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan segala do’a”. Amin.
penyampaian cenderahati kepada Saudara Shahir MTP Alex  di akhir majlis.

Sunday, June 16, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 4

Tarikh: 15 jun 2013
Tempat: Rumah Ezzati
Masa: 4.30 petang
Penyampai: Nur Izyan Hanisah binti Shahul Ikram
Tajuk: Memperjuangkan Kebenaran dan Reaksi Masyarakat Makkah, Menentang Dakwah Rasulullah.

Memperjuangkan Kebenaran dan Reaksi Masyarakat Makkah

  • Rasulullah melaksanakan tugasnya, mengingatkan berhala yang mereka sembah itu tiada nilai sedikitpun.
  • Seluruh Mekah membantah, kaum Quraisy bangun menyekat revolusi yang muncul tiba-tiba, curiga ianya akan melenyap budaya hidup mereka.
  • Mereka enggan melaksanakan kehendak Allah, kerana mengetahui beriman itu menafikan seluruh tuhan melainkan Allah.
  • Mereka menjadi bingung, lalu menemui Abu Talib untuk meminta jasa baik beliau menghalang anak saudaranya itu.
  • Ketika dakwah terang-terangan sedang dilakukan, kaum Quraisy bimbaing kerana musim haji akan tiba, maka mereka harus ada kata-kata sakti mengenai diri Muhammad saw untuk menghalang dakwah Rasulullah daripada mempengaruhi jiwa bangsa Arab.
  • Mereka berkawal di pintu masuk  dan memberi maklumat yang jahat itu.
  • Antara yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, yang mengikuti mereka dan memberitahu, 'Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama dan berdusta,"

Pelbagai cara menentang dakwah Rasulullah saw.

Setelah mendapati tidak ada cara untuk melemahkan Rasulullah, maka mereka memikirkan cara lain seperti:

1.     Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempermain-mainkan dan medusta dan mempersendakan
·        melemparkan tuduhan yang nakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah saw sebagai orang gila
·        melabelkan baginda sebagai ahli sihir dan pendusta
·        mengawasi baginda dan memerhati dengan kebencian dan rasa penuh jijik

2.     Mencacatkan imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu dan mereka  cerita palsu tentang ajaran dan peribadi Rasulullah.

3.     Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongeng supaya mereka sibuk dengannya.

4.     Melalui tawaran

·        Tawaran supaya baginda menyembah tuhan-tuhan mereka selama setahun, kemudian pihakmereka akan menyembah tuhannya selama setahun dengan cara bergilir-gilir.
·        Turunlah surah al-kafirun, di mana Allah membuat kata putus yang tegas menolak tawaran mereka ini.

Penyiksaan.
  • ·        Apabila mereka mendapati semua usaha yang mereka cuba menemui jalan buntu, membentuk satu lujnah dan membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan.
  • ·        Tindakan ke atas kaum yang lemah tidak sukar, tetapi tidak ke atas Rasulullah kerana baginda di bawah jagaan Abu Talib, tokoh yang terbilang, disegani dan disanjung.
  • ·        Sebelum kebangkitan Rasulullah, Abu Lahab telah mengahwinkan anak lelakinya iaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah iaitu Ruqaiyah dan Ummi kalthum. Tetapi, setelah baginda mula meyeru kepada Islam, Abu Lahab memaksa anak-anaknya menceraikan kedua-dua puteri Rasulullah.
  • ·        Apabila Abdullah, anak lelaki Rasulullah meninggal dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan kerana Rasulullah kematian anak keturunan, terputus zuriat.
  • ·        Abu Lahab bukan sekadar membohongi baginda sahaja malah melontar baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia baginda itu.
  • ·        Isteri Abu Lahab, bergelar Ummu Jamil membawa batang-batang duri untuk memasang jerangkap samar di jalan-jalan yang dilalui Rasulullah, meletakkan batang duri di hadapan pintu rumah baginda. Mulutnya juga membuat fitnah dan penipuan terhadap baginda. Al-Quran menyifatkannya sebagai pembawa kayu api neraka.
  • ·        Ada dalam kalangan jiran baginda yang mengheret pundi najis biri-biri dan menghumban ke atas kepala Rasulullah ketika baginda solat, ada yang sanggup melontarkan pundi tadi ke dalam periuk Rasulullah bila diangkat ke dapur untuk memasak.

Antara sahabat yang menerima penyiksaan:

  • ·        Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus beliau ke dalam tikar daun kurma kemudian melayurkannya dengan asap dari bawah.
  • ·        Ketika ibu Mus’ab bin Umair mengetahui penganutannya dengan Islam, beliau menahan dan menghalaunya keluar dari rumah. Beliau antara orang yang paling mewah, menerima penyiksaan sehingga kulitnya menjadi kerutu dan bersisik.
  • ·        Bilal bin Rabah: Ditambat dengan tali di tengkok dan diseret mengelilingi kampung oleh budak yang nakal sehingga berparut lehernya kesan jerutan tali. Umaiyah memukul dengan tongkat, membaringkan di tengah padang pasir yang terik dan meletakkan ketulan batu yang besar atas dadanya.
  • ·        Ammar bin Yasir bersama ibu dan bapanya, disiksa di tengah padang pasir yang membakar. Ibunya disula melalui farajnya.
  • ·        Abu fakihah disiksa tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah.
  • ·        Khabab al-Arat: merentap rambutnya sekuatnya, memulas-mulas tengkoknya, membaringkan ke atas batu yang panas dan menghempaskan dengan batu yang lain ke atasnya.

Suatu amalan yang bijak dan penuh hikmah ialah Rasulullah  melarang mereka mengiklankan keislaman mereka secara lisan ataupun amalan. Pertemuan mereka pun diadakan secara rahsia untuk menjaga kemaslahatan dan keselamatan mereka. Mereka bertemu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam al Makhzumi, terletak di atas bukit Safa, agak terpencil dan jauh dari pandangan musyrikin.



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (2;214)


Saturday, June 15, 2013

ICARE MEMBERI SERIBU SATU MAKNA


Semalam (14/6/2013) warga IMUMTAZ telah berjaya mengadakan satu lawatan ilmiah ke rumah-rumah anak yatim sekitar Iskandariah. Lawatan tersebut merupakan salah satu inisiatif batch IMUMTAZ untuk mendekati masyarakat setempat dalam usaha memupuk rasa belas kasihan kepada golongan yang kurang bernasib baik, khususnya anak – anak yatim yang telah kehilangan kedua ibu bapa mereka.

Program yang bermula pada jam 2 petang ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut lecture masing-masing. Berikut merupakan senarai rumah – rumah anak yatim yang telah kami lawati :

1.  Dar El Radhwan, Samouha, lecture B seramai 26 orang.

2. Dar El Ali bin Abi Tolib, Samouha, lecture C seramai 17 orang.

3. Dar Khaleel, Sidi Bishr, lacture A seramai 14 orang.

Aktiviti membeli barang-barang keperluan untuk anak-anak yatim ini telah dilakukan sehari sebelumnya. Barang yang dibeli merupakan barangan asas seperti barang makanan dan alat kebersihan diri. Pihak ajk perlaksana telah menggunakan duit dana yang terkumpul dengan semaksima mungkin kerana ini merupakan satu amanah dari seluruh warga IMUMTAZ kepada mereka.

Bagi kumpulan Lecture B yang ke rumah anak yatim di Samouha, mereka tiba di destinasi tepat jam 3 petang. Seusai memunggah barang – barang yang dibawa ketempatnya, kami mula berkenalan dengan anak-anak yatim disana. Dialog biasa dimesir seperti “ enta ismu eh?” “izzayak?” dan belbagai perkataan arab mulai menutur di bibir para peserta yang mengikuti lawatan ini. Anak – anak yatim ini kelihatan agak segan dan pemalu apabila ditegur oleh kami, tetapi lama – kelamaan mereka mulai selesa dengan kami dan menganggap kami seperti abang dan kakak mereka sendiri.

Kami juga membawa juadah 'Pizza Queen' bersama bagi menjamu anak – anak yatim ini. Kami makan bersama mereka sambil suap – menyuap melayan kerenah anak-anak yatim ini. Anak – anak yatim di sini berasa gembira dengan kedatangan kami satu rombongan dan merasakan kedatangan kami membawa rahmat kasih sayang kepada mereka.
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad) 

Selesai solat  Asar kami menyambung aktiviti bergurau senda dengan anak – anak ini. Kali ini telatah dan perangai mereka bukan seperti diawal perjumpaan kami tadi, kali ini mereka sudah tidak merasa kekok bergaul dengan kami. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan seperti menyanyi, bergusti lengan, bermain futsal, bermain UNO dan lain-lain lagi. Semua ini adalah semata – mata untuk menghiburkan anak-anak yatim disini. Tetapi harus diingat bahawa kanak – kanak arab bukanlah seperti kanak-kanak di Malaysia, mereka lebih agresif dan aktif. Jadi segala persiapan mental dan fizikal harus disediakan dengan rapi bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Sebelum pulang, kami mengadakan sedikit sesi fotografi bersama anak-anak yatim disini agar menjadi salah satu pengalaman dan kenangan manis di sepanjang kami tinggal di Mesir ini. Bagi mereka yang bertuah mengikuti lawatan ini, sudi-sudilah berkongsi pengalaman kepada mereka yang tidak berkesempatan. Harapan kami agar aktiviti lawatan ini menjadi salah satu saham akhirat kelak yang diredhai dan diterima disisi-Nya. Wallahu a’lam…

Sunday, June 9, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 3:

Tarikh: 7 Jun 2013
Tempat: Rumah Ezzati
Masa: 10.30 pagi
Penyampai: Yusfadzliani binti Md Yusuff
Tajuk: Pembinaan semula kaabah dan masalah tahkim hingga peringkat dakwah Rasulullah

Pembinaan semula kaabah & permasalahan al-tahkim

Ò  Surah Al-Baqarah : 127
Ò  Hanya mereka yg dikenali sbg golongan yg baik, tidak memasukkan perbelanjaan yg haram, penjualan riba & org yg tidak menzalimi org lain terlibat dalam pembinaan.
Ò  Al-Walid bin Al-Mughirah Al-Mukhzumi à cuba merobohkannya dan tidak terkena bala.
Ò  Membahagikan ruang2 kpd setiap kabilah – dibawah seliaan arkitek berbangsa Rom (Baqum) Hajar al-aswad
Ò  Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Makhzumi – mencadangkan “org pertama yg memasuki ke dlm masjid melalui pintu besar & beliaulah yg akn mnjadi hakim” à Rasulullah SAW      (Al-Amin)
Ò  Baginda meletakkan Hajar-al-Aswad di atas hamparan kain & meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain..lalu mengangkatnya & Baginda sendiri meletakkannya ke tempat asal



Pengajaran

  1. Kaabah melambangkan syiar perpaduan umat Islam & tempat pancaran sinaran tauhid.
  2. Surah Al-Baqarah : 125
  3. Keupayaan Rasulullah menyelesaikan masalah bersumberkan dari keNabian bukan dari kepintaran semulajadi.
  4. Orang Quraisy mempercayai dengan penuh segala percakapan serta menyanjung tinggi akhlak & pekerti Rasulullah SAW sehingga digelar Al-Amin.

Sejarah ringkas sebelum kebangkitan

Ò  Baginda paling benci berhala-berhala
Ò  Sabda Baginda : “Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah swt menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dgn risalahNya.”
Ò  Di keramaian majlis perkahwinan – Allah telah menulikan telinga Baginda & membuatnya terlena.
Ò  Aurat Rasulullah SAW dipelihara Allah.
Ò  Khadijah menyifatkan Rasulullah SAW sbg :
Ò  “ Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran.

Berkhulwah di gua hira’

Gua Hira


Ò  Baginda gemar mengasingkan diri di gua Hira’, bukit Al-Nur (2 batu ke bandar Makkah)

Jabal Nur


Ò  Selama 1 bulan Ramadhan
Ò  Baginda menghabiskan masa utk beribadat & berfikir mengenai alam semesta, kudrat di sebalik penciptaanNYA.
Ò  Sbg persiapan utk menangani persoalan agung & memikul amanah agung di muka bumi ini.
Ò  Selama 3 tahun sebelum turunnya wahyu Allah swt.

Pengajaran :

  1. Diri manusia sntiasa diselaputi penyakit hati& akan diubati dgn mengasingkan diri, memuhasabah diri di tempat yg sunyi, jauh dari suasana dunia.
  2. Demi menanamkan bibit2 cinta kpd Allah swt di dlm hati sanubari & merupakan sumber pengorbanan, perjuangan & asas utama kpd dakwah yg memarak.
  3. Membawa kpd memandang kecil segalanya, tidak menghiraukan sebarang godaan, tidak mempedulikan sebarang azab sengsara malah mampu mengatasi segala-galanya dengan mudah & senang.
Jibril menyampai wahyu

Ò  Bulan Ramadhan tahun ke-3 Baginda beruzlah.
Ò  Isnin, 21 Ramadhan = 10 Ogos 610 Masihi
Ò  Permulaan wahyu : mimpi yg baik lagi benar, berulang-ulang
Ò  Saat turunnya Jibril, Jibril menemui Baginda & memerintah Baginda membaca dgn katanya : “Bacalah….” – 3 kali
Ò  Surah Al-Alaq : 1-5 (wahyu pertama diturunkan)
Ò  Dgn keadaan menggeletar, Baginda pulang ke rumah menemui Khadijah r.a & meminta diselimutkan.
Ò  Khadijah membawa Baginda bertemu dgn Waraqah bin Naufal
Ò  “Itulah dia Malaikat yg telah mendatangi Musa a.s…” - Waraqah
Ò  Rasulullah SAW diberitahu bahawa Baginda akan ditentang.
Jibril membawa wahyu kali ke-2
Ò  Penangguhan wahyu bertujuan utk membuang perasaan gerun di hati Baginda & utk membangkit perasaan rindukan wahyu.
Ò  Baginda yakin beliau adalah nabi utusan Allah à cekal & sanggup menerima tugas dakwah.
Ò  Surah Al-Muddathir : 1-5
Ò  7 peringkat wahyu
Perintah berdakwah ke jalan Allah
Ò  Tafsiran Surah Al-Muddathir : 1-7

  • Mengesakan Allah
  • Mengimani Hari Akhirat
  • Berusaha membersihkan diri dgn meninggalkan kemungkaran & kejahatan
  • Tidak mengharapkan balasan selain dari  Allah swt & bersabar keranaNYA
  • “Wahai orang yang berselimut, bangun lalu berilah inzar (peringatan)”
  • Rasulullah SAW tidak hidup utk diri-sendiri, Baginda bangun utk dakwah Allah, memikul beban yg berat & tidak pernah lesu dan patah semangat…selama 23 tahun.

Pengajaran :

  1. Wahyu yg diturunkan menolak syak wasangka bahawa apa yg dibawa Rasulullah SAW benar2 drpd Allah swt, bukan rekaan Baginda.
  2. Juga bukan drpd dorongan jiwa dalam Rasulullah SAW.
  3. Perasaan takut & menggeletar ketika menerima wahyu tidak boleh dibuat-buat.

Peringkat-peringkat dakwah
          Makkah – 13 tahun
          Madinah – 10 tahun

Tahap dakwah di makkah

  1. Secara rahsia – 3 tahun
  2. Iklan & keterbukaan dakwah – tahun ke-4 hingga tahun ke-10
  3. Keluar ke kota Makkah & penyebaran di kalangan mereka – penghujung tahun ke-10 hingga ke Hijrah Rasulullah SAW

Tahap pertama (1)

3 tahun dakwah secara rahsia
Ò  Makkah – pusat agama bangsa Arab
Ò  Supaya tidak mengejutkan penduduk Makkah dgn suatu yg boleh membangkitkan kemarahan mereka.

Generasi pertama
Ò  Baginda memperkenalkan Islam kpd org2 terdekat, keluarga & sahabat2 serta org2 yg dikenali dgn kebaikan mereka.
Ò  Bertempat di rumah Al-Arqam
Ò  Generasi AL-SABIQUN AL-AWWALUN :
     - keturunan Quraisy
     - 40 orang


Ò  SolatPerintah yg terawal diturunkan – 2 rakaat di pagi hari & 2 rakaat di malam hari
Ò  Firman Allah à Surah Al-Mu’min : 55
Ò  Jibril mengajar Baginda cara berwuduk di permulaan penurunan wahyu
Ò  Rasulullah SAW & para sahabat keluar ke lorong tertentu utk menunaikan solat,  bersembunyi dari kaum mereka.

Maklumat telah sampai ke pengetahuan quraisy

Ò  Tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.
Ò  Mereka menyangka Rasulullah SAW jenis manusia yg kuat beragama, yg bercakap mengenai ketuhanan & tugasnya.
Ò  Walaubagaimanapun, pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya.
Ò  Akhirnya, tertegak sebuah jemaah golongan mukmin yg bertunggakan persaudaraan & sanggup tolong-menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad & mengemaskan tapak perjuangannya.
Ò  Selepas 3 tahun, Rasulullah diminta mengisytiharkan dakwahnya.

Pengajaran :

Dakwah secara rahsia
  1. Pembesar Quraisy menganggap mereka sbg ketua dan penganjur Quraisy & tidak mahu tunduk mnjadi pengikut Rasulullah SAW.
Tahap kedua (2)
Arahan awal menggerakkan dakwah
Ò  Firman Allah à Surah Al-Syu’ara’ : 214
  • Mengisahkan Musa & Firaun
  • Dan kesudahan mereka yg ingkar dgn utusan Allah, cthnya kaum Nuh, ‘Aad

Seruan kpd keluarga terdekat

Ò  Tindakan awal Rasulullah SAW – menjemput anggota Bani Hasyim (45 org)
  • Abu Lahab bersuara & menentang.
  • Sekali lagi Rasulullah menjemput & berkata : “……..”
  • Abu Talib menyahut Rasulullah SAW & dibalas oleh Abu Lahab, Abu Talib tetap mempertahankan Rasulullah SAW =)

Di bukit al-Safa

Ò  Rasulullah SAW menyeru keluarga qabilah Quraisy berkumpul di bukit Safa.
Ò  Rasulullah mengajak mereka utk beriman dgn Allah yg Esa, dgn risalahNya & dgn Hari Akhirat.
Ò  “Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu bahawa azab sengsara sedang menanti kamu” – Rasulullah SAW


 Disediakan oleh: Yusfadzliani binti Md Yusuff

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More