WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Wednesday, January 26, 2011

Pesta Buku Kembali Lagi!

Assalamualaikum wbt..

Tahukah anda, kunci ilmu adalah membaca?
Tahukah anda, purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja setahun, berbanding Australia sebanyak 60 buah setahun?
Tahukah anda, berapa banyak masa anda telah terbuang dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat dan membuang masa?
Berapa luaskah pengetahuan anda dengan kadar pembacaan anda setakat ini?
Berfikir apa yang nak dilakukan di hujung bulan ini?
Rak buku masih kosong?
Tak ada idea nak bagi hadiah apa kepada kawan karib anda?
Di sini ada solusinya!
Cairo International Book Fair datang lagi untuk kali ke-43.



Tahukah anda, Cairo International Book Fair adalah Pesta Buku kedua terbesar di dunia selepas di Frankfurt German?
Ia bakal menampilkan lebih dari 800 penerbit dari Mesir dan seantero dunia.
Pelbagai jenis dan variasi buku menarik dan berguna boleh didapati di sana. Daripada buku rujukan Medik antarabangsa, sehingga majalah-majalah 'coffe-table', semuanya ada!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Beruntunglah anda kerana berada di Mesir, bumi ilmu dan ulama'.
Oleh itu, Biro Akademik PERUBATAN mengajak anda semua memeriahkan Cairo International Book Fair 2011 Kali Ke-43.
Layari laman web utama Cairo International Book Fair 2011 untuk maklumat lanjut di http://www.cairobookfair.org/default_en.aspx
Marilah beramai-ramai, bersama kita tingkatkan semangat membaca, kerana membaca adalah kunci segala ilmu dan suruhan Allah yang pertama!
IQRA'!
* Gambar poster adalah sumbangan ihsan daripada Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah 


Kepada sahabat-sahabat yang ingin pergi ke maarad kutub di Cairo di bawah perubatan boleh isi Google form di  http://maaradkutub.blogspot.com/


makanan rohani

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalammualaikum wbt..

Pertama sekali,maaf buat sahabat-sahabat kerana mengambil masa anda untuk membaca post ini..
Sekadar peringatan buat diri ini dan sahabat-sahabat supaya RAHMAT dan KEREDHAAN Allah tidak jauh dari kita.
Jadikan fatrah imtihan kita sekarang sebagai satu medan untuk memperbanyakkan amalan dan mendekatkan diri dengan Allah..


**********************petikan blog saifulislam*******************************

TIPU DIRI SENDIRI

“Uih, panasnya!”, keluh Amin setibanya di rumah.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Lewat benar Amin tiba di rumah. Maklum sahaja, jalan raya petang-petang Ramadhan ini memang sibuk. Mengharungi lautan kereta memang menjemukan, tambahan pula di bulan puasa ini.

“Baik aku mandi dulu. Bagi segar sikit badan”, monolog Amin.

Sementara menanti waktu berbuka, anak muda ini masuk ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya yang lesu dan kepanasan.

“Arghhh… sedapnya”, Amin begitu menikmati siraman shower mandian beliau.

Tiba-tiba, gulp!

Air dari shower termasuk ke dalam mulut Amin. Air yang sejuk dan enak itu. Sudah berada di dalam mulutnya, di pinggir tekak yang kering, derita dan lesu dek bahang mentari Ramadhan.

TELAN ATAU LUAH

Kalaulah anda menjadi Amin, apakah anda akan menelan air itu?

Air itu bukan di dalam gelas, tetapi entah bagaimana, ia sudah berada di dalam mulut.

“Rezekikah ini?”, tanya Amin kepada dirinya.

“Masakan bukan rezeki, kalau sudah duduk di dalam mulut!”, sambungnya lagi.

Tetapi Amin teringat, bahawa rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan… bahagian untuk diri. Halal itu tujuan… hak Allah sebagai matlamat ibadah kita.

Amin tidak menelan air yang sudah separuh jalan menjadi rezekinya itu kerana air itu tidak halal. Amin berpuasa. Memang tiada siapa yang nampak kalau Amin menelannya sahaja. Tetapi Allah nampak. Jika Amin menipu, dia sebenarnya menipu Allah dan memperbodohkan dirinya sendiri!


“Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah khusus untukKu dan Akulah yang menetapkan ganjarannya semahuKu” [Hadith al-Bukhari ]

Di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak untuk menelan air itu.

DI BILIK PEPERIKSAAN

Bagaimana jika di bilik peperiksaan?

Ditakdirkan, anda duduk di belakang pelajar terbaik. Soalan yang anda terima amat sukar untuk dijawab. Buntu fikiran mencari jawapannya. Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar dan terhidang di depan mata anda.

Apakah anda mahu menjamah ‘rezeki’ itu?

“Err, bukan aku cari, tapi dia datang!”, bijak hati berkata-kata mencari alasan.

Jika di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak menjamah rezeki yang bukan hak diri, mengapa pula di bilik peperiksaan sikapnya berbeza? Mengapa jika ditelan air itu terasa bodoh, tetapi jika ditiru jawapan pelajar terbaik itu, boleh terasa pandai pula?

Bahkan apabila masuk ke alam pekerjaan, mengapa kita hilang sensitiviti terhadap rezeki? Puasa tak sanggup tipu Tuhan, tapi kalau hasil kerja, biasalah!

Inilah penyakit kita. Penyakit ‘kumpulan pemisah’ yang memisahkan antara solat dan puasa dengan peperiksaan dan kerja. Antara bilik darjah dan masjid rumah Allah. Seolah-olah selesai solat subuh semasa melipat sejadah kita berkata, “Ok Allah, jumpa lagi zohor nanti ya!”. Terlipat sejadah, selesai hubungan dengan Allah SWT.

Ia adalah cabang paradigma sekularisma.

Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehingga ia semacam sudah tidak relevan untuk disebut. Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan meniru itu pula yang dianggap ganjil dan tidak normal.

Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar bidang agama atau apa sahaja, meniru sudah secara senyapnya diterima.

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Inilah yang sering saya pesankan setiap kali berprogram bersama pelajar sekolah atau universiti. Meniru di dalam peperiksaan harus dihindarkan.

Saya tidak berhajat untuk menjustifikasikan perbuatan itu dari segi hukum syara’ kerana segalanya jelas

Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.


“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

Tetapi apa yang saya mahu, adalah untuk mengingatkan para pelajar supaya menyimpan maruah dan harga diri mereka.

Save your dignity!

Orang yang biasa meniru di dalam peperiksaan ini rendah harga dirinya. Dan kerendahan harga dirinya itu bakal memberikan implikasi yang pedih di masa hadapan.

Apabila saya menjadi bapa, saya mahukan laporan dan keputusan peperiksaan anak saya itu telus. Biar keputusan itu bodoh rupanya, supaya kebodohan itu boleh diajar. Tetapi saya tidak sanggup membayangkan anak saya memberikan keputusan peperiksaan yang palsu supaya dia kelihatan pandai, kerana hakikatnya dia memperbodohkan saya.

TIDAK PERNAH MENIRU

Syukur Alhamdulillah… semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki ke bangku sekolah hinggalah ke hari ini, saya TIDAK PERNAH meniru di dalam peperiksaan. Tidak pernah walaupun sekali.

Keputusan peperiksaan saya ada pasang surutnya. Kerana tidak meniru, ada masanya saya mengalami kemunduran. Tetapi kemunduran itu menghasilkan pengajaran dan ia menyumbang kepada pembaikan di masa depan. Failing Forward kata John C. Maxwell.

Hari ini, saya boleh mengajar anak-anak saya dan anak orang lain, tentang peri pentingnya berlaku jujur kepada diri sendiri dan menjauhkan diri dari perbuatan meniru… tanpa ada rasa terkilan atau malu. Saya tidak perlu menyembunyikan dalam diri perasaan khianat kerana bercakap apa yang saya tidak buat.

Sesungguhnya seorang lelaki hanya mampu berdiri dengan harga diri. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa.

Meniru dan menipu diri sendiri, adalah salah satu cara untuk menghina diri.

Pilihlah mana yang berkenan di hati.



********wallahu a'alam...semoga bermanfaat buat semua*****************



Tuesday, January 25, 2011

PWtC kembali lagi...








Assalamualaikum w.b.t.
Hari Keluarga Perubatan merupakan program pembuka Perubatan Winter Karnival (PWtC). Program ini bakal berlangsung pada 7 februari 2011 bersamaan hari Isnin. Aktivti yang bakal berlangsung adalah dari pagi hari hinggalah ke petang.
Bertemakan `Bersatu Teguh Sehati ’ program ini dianjurkan agar mahasiswa dan mahasiswi perubatan dapat bertemu dan berkenalan dangan sahabat-sahabat baru dari seluruh pelusuk Mesir seterusnya membina hubungan erat antara satu sama lain.



Di samping itu program ini juga merupakan salah satu medium untuk mahasiswa dan mahasiswi bersantai serta beriadah disamping mengisi waktu cuti bagi rata-rata mereka yang sudah tamat peperiksaan dan tidak mempunyai perancangan untuk pengisian cuti musim sejuk.
Pada pagi program akan diadakan acara sukaneka. Terdapat 2 konsep permainan yang bakal dijalankan iaitu permainan penyertaan dan permainan terbuka. Permainan penyertaan merupakan sukan berkumpulan melibatkan peserta seminar yang telah berdaftar.
Namun mahasiswa dan mahasiswi lain boleh menyertai pertandingan ini dengan mendaftar pada pagi program. Permainan dijangka bertempat di Gelanggang bola keranjang Stadium Abbasiyah di belakang Arma (bagi ikhwah) dan Nadi Toyota (bagi akhawat).



Terdapat 8 permainan yang bakal dipertandingkan bagi sukan penyertaan iaitu :
1. Galah panjang
2. Sepak raga (ikhwah sahaja)
3. Twister (akhawat sahaja)
4. Bola beracun
5. Hurricane
6. Hand phone karat
7. Kaki Kurita
8. Cat dog
9. Gerabak manusia



Permainan terbuka pula merupakan permainan individu berkonsepkan “ Fun Fair “. Peserta boleh membeli kupon dan bermain mengikut permainan yang diminati memuatkan permainan-permainan menarik seperti Dam Ular Manusia, Dart, Bowling Kampung, Sudoku, Puzzle, Mind Game, Tongue Twister dan banyak lagi.
Acara dewan pula akan dijalankan selepas solat Zohor. Acara dewan dianggarkan akan berpusat di sekitar ARMA. Acara ini melibatkan peserta seminar PWTC, namun bagi mahasiswa dan mahasiswi perubatan lain, terdapat aktiviti-aktivit sampingan yang boleh turut disertai.



Terdapat 2 acara yang bakal menemukan ikhwah dan akhkwat bersaing sekali iaitu kuiz dan reka replika. Selain itu terdapat juga permainan seperti dam, menganyam ketupat, batu seremban, tudung tin@ceper dan banyak lagi permainan yang bakal mengembalikan nostalgia zaman silam anda semua. Acara dijangka akan berakhir sebelum maghrib dan akan disambung pula dengan program Majlis Apresiasi Graduan selepas itu.
Jadi diharapkan agar kita semua dapat sama-sama meriahkan Hari Keluarga Perubatan di samping mendapat pengalaman dan kenalan baru serta memori-memori indah untuk diabadikan sempena percutian musim sejuk kali ini.



Jadi sape2 yang dah dafter tu, ambikkalh peluang sertai yeH! Kalau x rugi~

Anugerah Khas Untuk Anda

Assalamualaikum wbt...



Akan datang menemui anda di Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah pada 31 Januari ini...





ANUGERAH AHLI PROAKTIF

Sempena Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah Kali ke-4 yang bakal diadakan pada 31 Januari 2011 ini, satu anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah Ahli Proaktif. Anugerah ini bakal dianugerahkan kepada 2 orang ahli matang ikhwah dan akhawat mengikut tahun, daripada tahun 2 hingga tahun 5. Bagi tahun 6, berdasarkan bilangan, hanya seorang ahli matang ikhwah dan akhawat yang bakal menerima anugerah.


OBJEKTIF:
Untuk menghargai jasa individu-individu yang telah banyak berkhidmat dan mengorbankan masa, tenaga mahupun wang untuk menjayakan sebarang aktiviti-aktiviti/program-program/gerak kerja di bawah persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

Sebagai motivasi dan dorongan untuk terus memberi sumbangan dan melibatkan diri dalam PCI pada masa akan datang.

Supaya dapat dijadikan suri teladan bagi ahli-ahli PCI yang lain untuk sama-sama menyumbang bagi membangunkan komuniti PCI.


CIRI-CIRI PENERIMA ANUGERAH :

  1. Aktif berpersatuan; pernah menjadi AJK pelaksana mana-mana program/ AJK Biro/ AJK bawahan/ menyertai dan menghadiri mana-mana program atau aktiviti anjuran PCI.

  1. Seimbang dari segi pencapaian akademik (tidak pernah gagal dalam mana-mana matapelajaran) dan dalam masa yang sama, rajin berpersatuan.

  1. Berakhlak mulia dan boleh dicontohi    

CARA PENCALONAN DAN PENGIRAAN UNDI :

  1.  Semua ahli matang dalam mana-mana jurusan pengajian layak untuk dicalonkan tanpa mengira pangkat dan jawatan dalam persatuan mahupun universiti kecuali Barisan AJK Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2010/2011.

  1. Juga, sama ada calon adalah pelajar tajaan mana-mana badan atau merupakan pelajar tajaan persendirian TIDAK sama sekali menjadi isu.

  1. SR atau wakil setiap batch akan menguruskan sesi pencalonan dan pengiraan undi pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

  1.  Pelajar lelaki boleh mencalonkan 2 orang calon lelaki mengikut tahun masing-masing.
  2. Pelajar wanita boleh mencalonkan 2 orang calon wanita mengikut tahun masing-masing.

  1.  Pelajar lelaki tidak dibenarkan mencalon pelajar wanita dan begitu sebaliknya. Sekiranya ada, pencalonan dikira rosak.

  1.  Pemenang majoriti bagi setiap tahun akan diumumkan pada hari penyampaian hadiah sempena Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah pada 31 Januari 2011 nanti.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More