Thursday, January 6, 2011

PWtC

Assalamualaikum wbt..

Di sini saya ingin mengingatkan tentang program PWtC yang pendaftarannya akan mula dibuka pada jumaat 9hb January 2011 (esok) sehingga ahad 10hb January 2011 jam 11.59 pagi..

Yuran pendaftaran sebanyak 100LE setiap seorang dan bayaran boleh dibuat pada Shahir (011-491 1645) dan Ezzati (014-7895937)..

PWtC kali ini merupakan program MEGA Perubatan terbesar setakat ini dan insyaAllah akan memberi manfaat sahabat2 sekalian..

PWtC akan bermula pada 7hb februari dan akan tamat pada 10 hb ferbruari 2011..Mengandungi 3 Program utama iaitu :

1) Hari Keluarga
2) Seminar Perubatan Islam
3) Hari Terbuka

Penyertaan PWtC adalah secara pakej di mana pelajar perubatan yang ingin menyertai Seminar Perubatan Islam secara automatic akan menyertai Hari Keluarga dan Hari Terbuka. Ini bermakna, tiada istilah ‘ingin sertai seminar sahaja’ Akan tetapi, kepada mereka yang tidak menyertai seminar masih boleh menghadiri Hari Keluarga dan Hari Terbuka.

Penginapan juga akan disediakan kepada para peserta,akan tetapi para perserta disarankan untuk mencari penginapan di rumah rakan2 sekitar kaherah terlebih dahulu sebelum meminta AJK pelaksana menyediakan penginapan.Ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di tempat penginapan yang disediakan..


Penerangan lanjut boleh click disini...


Program insyaAllah akan berlangsung sekitar kaherah (ARMA,Univ.Kaherah,dll)..

Diharap sahabat2 sekalian dapat mengambil peluang untuk menyertai PWtC kerana program2 yang disediakan jarang sekali diadakan di mesir ini..

Marilah kita beramai2 menggunakan masa lapang ketika cuti musim sejuk ini dengan program2 yang bermanfaat..

Sekian,Terima Kasih..


AJK Promosi PWtC Iskandariah

Muhammad Shahir Bin Mohd Nadzir (011-491 1645)
Jika kamu inginkan kejayaan di dunia,
Hendaklah dengan ilmu
Jika kamu inginkan kejayaan di Akhirat,
Hendaklah dengan ilmu
dan jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya
Hendaklah juga dengan ilmu
-Imam Syafie

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More