Friday, November 19, 2010

PERubatAN CawangAN ISKandaRIAH

PENTING
URGENT
MUHIMMAN

Pencalonan AHLI JAWATANKUASA  baru Perubatan Cawangan Iskandariah 2011 – 2012. Sekadar mengingatkan butir-butir mengenai pencalonan adalah seperti berikut:
·         
   19 November 2010 – 22 November 2010
·         19 November - Kafe Seri Putera
·         Kaunter dibuka dari jam 0900 hingga 2100
·         20 – 22 November:
o   Rumah Pengarah – Muhammad Saufi bin Yaakob
o   Rumah T. Pengarah – Nusaibah bt Zaid
·         Kaunter dibuka dari jam 1600 hingga 2000
·         Harga borang pencalonan:
o   Pengerusi dan T. Pengerusi perubatan Iskandariah- 8 LE
o   AJK – 5 LE
·         Penyerahan borang hendaklah disertai Calon, Pencalon, dan Penyokong
·         Maklumat lanjut layari http://www.jpciskandariah.blogspot.com/


Dulu mula-mula datang Mesir kita 1st Year, masih kebudak-budakan. Sekarang kita dah senior berbangga nak cakap “aku 2nd year”. Kita semakin tua, ada yang lagi muda. Kita yang dulunya berjalan akan mula berlari. Mereka yang dahulunya baru belajar bediri akan mula bertatih jalan perlahan-lahan. Kita akan mengalami apa yang tua alami, dan yang muda akan mengalami apa yang kita pernah lalui.

Tahun demi tahun silih berganti. Ambil contoh dari lumrah, yang baru akan menjadi lama dan yang lama akan berganti yang baru. Begitu juga perihalnya PERUBATAN. Mereka sudah hampir di penghujungnya. Menanti mereka yang akan menggantikan tempat duduknya.

Bukan sifat makhluk untuk terus kekal. Yang pastinya yang lama akan turun, dan yang baru akan naik. Mungkin yang lama disukai yang baru kurang digemari. Mungkin yang lama bergaya sabar dan berkaliber, yang baru masih mentah tidak kenal erti susah malah suka menimbulkan masalah. Mereka dengan tanggungjawab mereka, kita dengan tanggungjawab kita.

Kalau mereka kerjanya mengarah, kerja kita menurut perintah. Kalau mereka kerjanya ada terbuat salah, tugas kita waktu itu adalah memberi arah, bukan marah-marah. Mereka duduk di kerusi yang sama orang lalu pernah duduki. Walaupun bertukar muka dan gaya yang hampir tidak kena, tapi mereka memikul tugas yang sama. Berkongsi idea yang sama dengan kita.

Jenama kereta yang sama terus menyelinap lebuh raya, cuma rekabentuk dan sistemnya yang berubah. Proton kian megah. (iklan). Ingat, ini tanggungjawab kita. Masa depan kita, harapan kita, tujuan kita. Semua di tangan kita. Jom sama menjayakan PILIHANRAYA CAWANGAN ISKANDARIAH...!!

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More