Saturday, January 8, 2011

MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN

ISU PENDAFTARAN UNTUK MENJADI PERWAKILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) ISKANDARIAH KALI KE-4


Assalamualaikum wbt,

    Untuk pengetahuan semua, tujuan pendaftaran untuk perwakilan adalah untuk menganggar bilangan ahli yang akan menyertai MTC kali ini. Pihak jawatankuasa pelaksana perlu menyediakan tempat, makanan, handout dan sebagainya untuk persiapan MTC kali ini. Tidak dapat tidak mereka perlu mengetahui jumlah ahli PCI yang akan hadir bagi mengelakkan kekurangan atau pembaziran.

    Hal ini tidak bermaksud sesiapa yang tidak mendaftar maka tidak boleh menghadiri MTC kali ini. Semua ahli yang matang (lebih dari setahun berada di Mesir) dan  membayar yuran PERUBATAN boleh hadir dalam mesyurat ini. Untuk lebih memudahkan AJK pelaksana majlis, ahli-ahli sebaiknya mendaftar dan menyertakan butir-butir diri seperti yang telah diwar-warkan dalam blog MTC.

    Segala kesulitan amat dikesali. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama dan mengurniakan kecemerlangan kepada kita dunia dan akhirat

Sekian terima kasih.


Ahmad Hanif bin Mohd Hafiz
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
2009/2010




UNIT PROMOSI DAN PERHUBUNGAN
MESYUARAT TAHUNAN ISKANDARIAH KALI KE-4

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More