Tuesday, November 12, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 6

Nama pembentang: Nor Syafira Erlina binti Noraja
Tempat: Rumah Fatimah Zahra
Masa: 3.30 petang
Tajuk: Pemboikotan Ramai dan Tahun Kesedihan.

4 peristiwa besar yang berlaku dalam tempoh 4 minggu:

  • Saidina Hamzah memeluk Islam
  • Saidina Umar memeluk Islam
  • Penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya
  • Persetujuan Bani Mutalib dan Bani Hasyim, muslim dan kafir untuk memberikan perlindungan dan pertahanan kepada Muhammad saw.
Piagam penyiksaan dan kezaliman

Musyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan bermesyuarat, bersumpah setia untuk memusuhi Bani Hasyim dan Bani Mutalib untuk tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan mencampuri urusan mereka melainkan mereka menyerah Muhammad saw untuk dibunuh.

Piagam ditulis, dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya.

Selama 3 tahun, pihak musyrikin  Mekah mengepung bekalan makanan yang masuk ke Mekah supaya tidak sampai ke tangan orang Islam.

Setelah 3 tahun, berlaku perlanggaran piagam kerana ada kalangan orang Quraisy yang tidak bersetuju, malah membangkangnya.

Orang pertama yang berusaha ke arah itu, Hisyam bin Amru dari qabilah Bani Amir bin Luai, yang selalu membawa makanan secara rahsia. Beliau menemui Zuhair bin Umaiyah al-Makhzumi dan sama-sama mengajak ramai lagi untuk melanggar piagam tersebut.

Berlaku perbalahan antara mereka dengan Abu Jahal sehingga datanglah Abu Talib memaklumkan bahawa Allah telah memusnahkan piagam tersebut dengan menghantar anai-anai untuk menggerit segala sebutan zalim dan meninggalan perkataan Allah sahaja.

Perwakilan Quraisy Menemui Abu Talib Untuk Kali Terakhir.

Setelah pemulauan itu berakhir, usia Abu Talib melewati 80 tahun dan mula diserang penyakit yang berat.  Dengan peristiwa keislaman Umar dan Hamzah, dan Islam yang semakin berkembang, timbul kerisauan dalam kalangan orang Quraisy, takut-takut setelah kematian Abu Talib, Muhamad saw yang akan menguasai , menggantikan Abu Talib. Maka, mereka pun pergi berjumpa dengan Abu Talib dan berbincang dengannya.

Maka, pemimpin-pemimpin kaum Quraisy dan Nabi Muhammad dan Abu Talib berkumpul untuk berbincang supaya membuat syarat supaya Nabi Muhammad berhenti mengancam mereka dan mereka berhenti menentang baginda. Apabila Rasulullah mengajak mereka untuk mengucapkan kalimah, ":La ilaha illallah", maka mereka berpaling.

Tahun Perkabungan

Kematian Abu Talib

Beliau meninggal pada bulan Rejab, tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, 6 bulan selepas pemulauan terhadap orang Islam berakhir.

Rasulullah cuba untuk mengajak Abu Talib untuk memeluk agama Islam pada saat-saat terakhir, manakala Abu Jahal pula sedaya upaya memastikan Abu Talib kekal dalam agama nenek moyang mereka. Akhirnya, Abu Talib meninggal dalam keadaan kufur.

Khadijah Kembali ke Rahmatullah

Khadijah meninggal setelah lebih kurang 2-3 bulan setelah kematian Abu Talib. Khadijah adalah nikmat dan anugerah teragung kepada Rasulullah, seperti yang disebut baginda:

beliau beriman denganku ketika manusia kufur denganku,
membenarkan daku ketika manusia mendustaiku,
berkongsikan daku harta-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku,
dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengurniakan andak dari yang lain.

Dukacita yang silih berganti

Selepas 2 peristiwa yang berlaku dalam tahun yang sama itu, mereka lebih berani mengancam baginda. Selepas kematian Abu Talib, baginda berasa duka dan berputus asa, pergi ke Taif dengan harapan penduduk di sana menyahut seruannya, tetapi tiada siapa yang menyokong, bahkan baginda menghadapi penentangan yang lebih teruk lagi.

Oleh kerana bertubi-tubi penyiksaan dan kesedihan dinamakan tahun ini tahun perkabungan dan dukacita.

Perkahwinan dengan Sawdah ra.

Perkahwinan ini berlaku pada bulan Syawal di tahun sepuluh kebangkitan baginda. Sawdah adalah antara wanita terulung yang memeluk Islam dan menyertai hijrah ke 2 ke Habsyah bersama suaminya, al-Sakran bin Amru yang wafat di bumi Habsyah.




0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More