Friday, November 22, 2013

MN Akhawat 6: Special Edition-Briefcase dan Cincin

Nama Pembentang: Puan Rozidah Mohd Kamaruddin dan Farah Hanna binti Roslan
Tempat: Teratak Iskandar, Camp Caesar
Masa: 2.00 petang
Tajuk: Briefcase dan Cincin



Alhamdulillah, hari ini Organisasi Batch berjaya menganjurkan Madrasah Nabawiyyah Special Edition. Pengisian pada kali ini bukanlah berinti patikan sirah Nabi, tetapi lebih kepada perkongsian daripada tetamu dari Malaysia.

SLOT 1: CINCIN

Slot pertama yang disampaikan oleh Puan Rozidah yang merupakan ibu kepada Farah Hanna merupakan seorang Juru Ukur Bahan (Quantity Surveyor). Beliau berkongsi mengenai tips-tips menyediakan diri sebagai muslimah yang bekerjaya, disamping professional dalam bidang yang diceburi dan menguruskan rumah tangga dengan baik.

Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul setelah tamat pengajian. Sebagai seorang pekerja, seorang wanita tidak terlepas dari menjadi seorang isteri dan ibu setelah mendirikan rumah tangga kelak. Di dalam sebuah organisasi, idea, komitmen dan tenaga seorang wanita sangat diperlukan dalam memastikan diri cukup kompeten dalam biadng yang diceburi.

Antara tips yang boleh diterapkan bermula dari sekarang:

  1. Pengurusan masa.
  • Perkara yang sangat penting. Perlu tahu perkara yang perlu diutamakan.
  • Perlu ada jadual, dan tahu tugasan yang ingin diselesaikan secara terperinci supaya kita dapat fokus.
  • Perlu ada rancangan untuk " raise child with my own hand"
  • Tanamkan dalam hati, semoga Allah beri kekuatan
  • Perlukan komitmen yang sangat tinggi.
2. Disiplin
  • penting supaya dapat uruskan semua perkara dengan efisyen
3. Visi
  • untuk masa depan anak-anak dan keluarga
  • jadikan "Rumahku, Syurgaku"
  • setiap ibu perlu ada impian kerana impian seorang ibu adalah satu doa
4. Pengorbanan
  • Tidak dapat elakkan dari berkorban kepentingan diri untuk keluarga
5. Ilmu dan Skill
  • Sangat penting untuk dikuasai. Contohnya, kaunseling, parenting, perkahwinan, dan pengurusan kewangan.
Penyampai mengakhiri pengisian dengan menekankan supaya sentiasa mendoakan kedua ibu bapa. Dan apabila menjadi ibu bapa kelak, jangan lupa untuk mengajar anak-anak untuk mendoakan ibu bapa mereka.
Beliau turut meniupkan semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang untuk masyarakat dan menaikkan martabat Islam dan seterusnya membentuk anak-anak yang hebat.

SLOT 2: BRIEFCASE

Sedikit perkongsian ringkas dari Farah Hanna yang sudah menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, tentang cara pembelajaran di sana.

Antara nasihat yang ditekankan:

1. Rajinkan diri untuk pergi ke hospital. Beliau menyarankan untuk memperbanyakkan masa di hospital, melihat kes-kes di ward.

2. Tahu protokol hospital, contohnya dari segi definition dan management. 

3. Belajar untuk clerk patient, buat physical exam.

4. Case presentation. Kena selalu praktis present case depan doctor.

5. Tambahan: antara nilai tambah dalam sistem UIA, Islamic input dan kaunseling pesakit apabila berhadapan dengan apa-apa masalah.


 Penyampai meniupkan kata semangat sebelum habis sesi tersebut. Pelajar dari Alexandria University juga mempunyai kehebatan sendiri, dengan latar belakang teori yang kukuh berbanding dengan sistem di Malaysia. Namun, pelajar mestilah berusaha untuk memperbaiki clinical-clinical skill.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat asar berjemaah dan sedikit jamuan ringan yang dibawa oleh ahli batch. Semoga dengan pertemuan ini mengeratkan lagi ukhuwah dan memberikan semangat untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar dapat menyumbang untuk ummah kelak.


0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More