Friday, June 17, 2011

Blogger sekalian



Assalamualaikum w.b.t

Maaf mengganggu time korang semua tgh struggle tok exam..Post ni tok mereka2 yg bergelar blogger..Di sini nak minta sumbangan para blogger yang sudi nak membuat artikel dan
mengumbangkannya utk bacaan org ramai..

-Artikel2 ini akan disebarkan d dalam program WARM yang insyaAllah akan memasuki fasa ke-2
-Setiap minggu akan ada 4 pilihan tajuk utk para blogger pilih dan buatlah artikel mengikut daya kekreatifan korang sendiri..
-Pengisian artikel adalah bersumberkan blogger itu sendiri, kami hanya memberikan tajuk artikel supaya para blogger tidak terlalu terikat utk menulis artikel
-Artikel tidaklah perlu panjang berlebar-lebar..Cukup lah setakat pengisian yang padat dan kemas asalkan isi utama dpt disampaikan kepada pembaca dgn mudah..
-Pengisian bersertakan dalil2 adalah sgt digalakkan utk menguatkan lagi isi2 yang akan ditulis
-Format pengisian adalah bebas bermaksud para blogger boleh la buat apa2 sahaja cara penulisan sama ada dlm bentuk cerita seperti sirah2 nabi ataupun pengalaman sebenar dlm kehidupan ; asalkan ada kaitan dgn tajuk yang dipilih dan memberikan manfaat kepada pembaca
-InsyaAllah dgn berkongsi ilmu yang para blogger ada, Allah memberi keberkatan dlm hidup antum..Sesungguhnya berdakwah bknlah hanya boleh dibuat dgn berdiri d hadapan org ramai tetapi penulisan blog ni juga dpt memberikan pengaruh yg kuat dlm medan dakwah..Bayangkan seseorg mendapat sesuatu manfaat yg sblm ni tidak diketahui olehnya hasil daripada pembacaan artikel antum, dan org itu beramal atas manfaat tersebut..insyaAllah antum akan mendapat pahala yang setimpal dgn amalan org tersebut secara tidak lansung..dan tidak terhenti disitu, sekiranya org tersebut mengajar pula kepada org yg lain, insyaAllah antum turut mendapat habuan..MasyaAllah, betapa mudahnya Allah nak memberikan pahala kepada kita..
-InsyaAllah pada setiap minggu, kami akan menilai artikel2 yang terbaik pada minggu itu dan akan memberikan sedikit "habuan" sebagai penghargaan..So, para blogger bolehlah membuat artikel dgn penuh kekreatifan dan menarik..Apa2 sekalipun, first niatkan menulis kerana Allah ok ^^
-Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja "ikhwah atau akhawat" di seluruh dunia x kira umur, warna kulit, bangsa, warna mata dan macam2 lg...

Tajuk untuk minggu pertama ( 18/6 - 23/6 )
1. Mempersona keperibadiannya
2. Penyantun
3. Rendah hati
4. Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan

-Artikel bolehlah diserahkan seawal yang boleh
-Sebelum menulis artikel, bolehlah menghubungi kami terlebih dahulu utk memberikan tajuk yang dipilih dan untuk diberikan sedikit maklumat yang lebih terperinci
-Sebarang kekeliruan bolehlah contact :

Ahmad Abid Amin @ mat rider
ym : drabid91
fb : drabid91@gmail.com

"Sampaikan dariku walau 1 ayat" HR Tirmidzi

Sekian, terima kasih..Assalamualaikum

1 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More