Friday, June 24, 2011

Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan

We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'

Tajuk: ''Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan" (Sumbangan Tahun 4)

Islam itu indah. Jalinan persaudaraan dalam Islam bermula apabila kita mengucapkan kalimah syahadah, kalimah yang mengisytiharkan diri sebagai seorang muslim dan menyatukan umat Islam yang lain dengan ikatan persaudaraan yang tulus suci. Islam wujud atas dasar cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah dan cinta sesama manusia. Masyarakat berteladan dalam konteks Islam adalah berlandaskan cinta, persaudaraan dan nasihat. Cinta sesama manusia bermula dengan ukhuwah dan seindah-indah ikatan adalah ukhuwah Islamiah.

Jika kamu mahu masuk ke syurga, haruslah kamu beriman dan untuk menjadi seorang yang beriman, haruslah kamu saling mencintai dan untuk menggapai cinta itu, tebarkanlah salam antara kamu.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawasanya, Nabi bersabda : “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu hal yang apabila kamu mengerjakannya maka kamu akan saling mencintai? Tebarkan salam di antara kamu.” (HR. Muslim)

Rasullullah menganjurkan salam sebagai pembuka pencintaan sesama muslim. Dengan ungkapan yang simple , kita telah mendoakan kesejahteraan saudara muslim yang lain. Selepas salam sebagai pembuka, kita ikuti pula dengan perkenalan. Bagaimana mahu mencintai sekiranya saling tidak mengenali? Dengan mengenali saudara yang lain, kita akan mampu berkongsi detik suka, duka dan seterusnya cinta. Akan tetapi, iman tidak sempurna selagi hubungan sesama muslim terselit dengan rasa benci dan dengki. Jalinan persaudaraan dengan saudara se-Islam atas dasar cinta kepada Allah, dengan penuh hati, kasih sayang dan kebaikan dapat memadamkan rasa dengki, iri hati, benci, permusuhan sehinggakan persaudaraan kerana Allah terikat kuat dan jalinan kasih semakin erat. Oleh itu, amatlah penting bagi setiap umat Islam untuk menanam sifat cinta di dalam hati kepada saudara sesama Islam kerana Allah kerana inilah yg dituntut untuk menghasilkan buah cinta yang tulus dan murni sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang kuat, mampu memikul tanggungjawab jihad dan rela berkorban demi Islam.

Atas dasar cinta yang tulus dan keakraban antara Rasulullah s.a.w dengan para sahabat, terbinalah satu ikatan persaudaraan yang sangat erat bagai aur dengan tebing atas dasar ukhuwah Imaniyyah yang mampu memikul tanggungjawab jihad dan rela berkorban. Usaha tersebut melahirkan asas kekukuhan syiar Islam dan peranan mereka menjadi contoh yang amat sempurna sehingga kini. Buktinya, umat Islam di seluruh dunia bersatu padu atas landasan yang pernah dibina oleh baginda.

Dalam sebuah sabda Rasulullah :

“Orang mukmin yang satu dengan orang mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan, antara yang satu dengan yang lain saling menguatkan.” (Muttafaq’alaihi)

Umat Islam saling membutuhkan antara satu sama lain. Umpama tubuh fisik manusia, kita kuat apabila imunisasi lengkap. Kita lemah walau hanya satu anggota yang sakit. Bukti solidaritas adalah tunjang kekuatan ummat.

“...apabila salah satu dari anggota tubuhnya yang sakit, maka seluruh anggota tubuhnya merasakan sakit dan demam.” (Mutatafaq’alaihi)

Pondasi Islam itu ialah cinta, yakni cinta pada Allah. Agama Islam juga amat menitikberatkan jalinan cinta sesama muslim sehingga ianya menjadi syarat keimanan. Tambahan pula, peranan muslim umpama bintang-gumintang yang menyinarkan cahaya cinta dan persaudaraan kerana Allah. Terus, kegelapan sifat bobrok dengki dan iri dalam hati manusia akan terhapus pabila cahaya cinta nurani pada Tuhan sampai ke dasar hatinya.

Tuntasnya, jika umat Islam benar-benar bersatu kerana cinta Ilahi, nescaya kekuatan itu akan mampu mengembalikan syiar kegemilangan Islam. InsyaAllah..

Akhir kalam,

Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;

"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya." (Hadis sahih Abu Daud)

-----

"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi

We.Are.Real.Muslims [WARM]

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

1 HoT sTufF:

salam tumpg tnya, apa mkna pondasi dlm ayat di atas,?
serta hadis yg b'bunyi
Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;

"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya." (Hadis sahih Abu Daud)

"beritahukan kpd.."kpd dia ke ?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More