Monday, June 6, 2011

100 Dollar


Assalamualaikum wbt

Pengumuman yang agak penting buat semua. Diminta kerjasama antara Batch 2nd year dan juga lain member sokongan penuh dalam program kali ini. Disini kami ingin mengumpulkan informasi mengenai kadar bayaran bagi setiap kertas yang diulang atau lebih dikenali “Money Of Repeaters”.

Seperti yang kita tahu, Kadar bayaran bagi setiap pengulang kertas adalah sebanyak 100 Dollar. Perkara ini adala antara isu yang telah dibangkitkan pada perjumpaan lepas bersama Dr Wafa dan Dr Hala kerana kadarnya amatlah mahal. Tambahan lagi Hala tuju 100 dollar tidak diketahui, oleh itu kami ingin melakukan selidik dan selaraskan kadar yang sepatutnya dengan mengumpul informasi dari Universiti lain yang berada di dalam Mesir.

Bukannya kami lokek hendak membayar, Cuma hendak menyelaraskan harga yang sepatutnya bagi semua university kerana terdapat informasi mengatakan pembayaran berlainan bagi lain Universiti. Tetapi itu adalah ura-ura dan pengesahan sebenarnya tidak diketahui lagi. Jika itu adalah ketetapan yang sebenar tidak mengapalah tetapi sekurang-kurangya kita tahu bagaimana peredaran duit itu pergi. Lagipun bukan semua antara kita banyak duit dan bukan semua berbiasiswa punya banyak harta. Oleh itu kawan-kawan semua dimohon agar dapat memberi sumbangan informasi sedikit dalam menyelesaikan “puzzle” ini.

Tugas anda semua senang sahaja. Diminta sesiapa yang mempunya sahabat di cawangan lain. Mohon mendapatkan informasi mengenai kadar yang ditetapkan bagi pengulangan satu kertas bagi satu individu. Sekiranya boleh sertakan sekali dengan slip bayaran amatlah terbaik. Harap sahabat semua tidak mengambil ringan perkara ini kerana ia member implikasi kepada kita dan baik dan buruk itu terletak ditangan kita. Sekian

6 HoT sTufF:

haha 100 LE boleh accept lagi
dgr u lain 70 LE je

Just a question for the author.
Perlu ke penyelarasan harga tu since kita belajar di Alex dan bukan di muhafazah lain so kenapa kita kne ikut sistem universiti lain?
lgpun bukankah penentuan denda tersebut hak universiti n being implemented to all the batches.
I admit the fine is quite high tp sepatutnya kita anggap la itu sbg motivasi utk kita tidak repeat since dari 1st year lg kita dh tau klau repeat kne byr 100usd

Answer for Anonymous,
Thank you for the question.


Menjawab persoalan pertama, Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak mengikut sistem mereka tetapi mengemas kini menjadikan sistem lebih teratur dan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Universiti adalah tempat mendidik seseorang menjadi manusia bukan melatih manusia untuk berlandaskan wang sebagai faktor penolak. At the end, doktor yang dihasilkan atas dasar kewangan bukan atas motivasi diri.

Persoalan kedua, Benar dan memang secara hakikinya pihak Universiti adalah penentu segala perkara yang terjadi didalamnya. Tetapi kita datang kesini boleh dikira sebagai duta kecil dan kita juga mempunyai juga hak keatas universiti tersebut walaupun sedikit. Jadi tidak Salahkah kita sebagai pengguna meminta what should be ours and benefits both.Bukanlah seperti lembu yang ditarik hidungnya semata-mata.


Jika Jika universiti lain boleh menggunakan amount yang sedia ada bagi memberikan motivasi untuk pelajar belajar bersungguh-sungguh, tiada bezanya jika kita rendahkan harga tetapi membuahkan hasil dan situasi yang sama pada diri setiap repeaters. Sekurang-kurangnya kita boleh mewujudkan motivasi dalam diri repeaters dimasa yang sama kita menolong mereka yang mana tidak berapa berkemampuan. Tidak semua diantara kita yang berscholar dan yang berscholar sendiri pun tidak semestinya senang.

Lagipun kegagalan sesetengah pelajar bukanlah atas tanggungang individu itu sahaja. Tetapi terletak atas diri kita juga. Bagaimana kita memirkan cara atau program bagi membantu sahabat kita bukan hanya bercakap dihadapan bermotivasi semata-mata tanpa hasil usaha dari diri. Lagipun sekiranya pelajar itu sendiri tidak hendak belajar, dan hendak berhenti. Cara apa sekalipun tidak dapat memberi impak kepada pelajar tersebut kerana semuanya terletak atas pelajar itu sendiri juga akhirnya.


Yes, memang kami tahu repeaters kena bayar 100 dollar dan mereka memang TAHU mereka akan gagal dan mengulang paper pada masa hadapan. Tetapi itu semua ketentuan yang kita tidak ketahui. Apa yang kita boleh lakukan adalah bersedia dan melakukan apa juga untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada.

Dan saya merasakan ini adalah tanggungjawab saya dan ini adalah antara langkah-langkah yang perlu saya ambil sebagai pelajar yang tiada apa-apa kuasa terhadap mana-mana pihak untuk menolong sahabat-sahabat saya yang lain.

Walaubagaimana pun, segala keputusan terletak pada tangan Universiti. What should be will be. We're gonna accept any result that comes but atleast we try and fight for it.

salam~

sy x kisah bayar kt uni pun,tp biar betul nilainya. contoh: bayaran utk prof buat class revision,paperwork,staff etc.

ini kalau amik simple 100usd tanpa bgtau secara detail duit tu kemana,kami rasa mcm kene scam (macam skim cepat kaya,cumanya kami jd cepat miskin)

saidina ali pernah berkata,"jangan lakukan kepada orang lain apa yg tidak disuka dilakukan pada diri sendiri."

selamat beramal,majulah sukan untuk negara.

-ramly

o yah,pasal bayaran tu,lepas dievaluate, pls mintak selepas buat exam,not before. sbb mana nk carik duit nk bayor? @____@

-ramly

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More