Sambungan bahagian kedua..
Banyak juga maqam yang sempat dilawati walaupun sekejap-sekejap untuk setiap tempat lantaran masa yang terhad. Dan dalam melawat maqam keluarga nabi, tidak dapat tidak, harus kita ketahui salasilah keluarga baginda untuk kita kenal siapa cucu-cicit keturunan junjungan besar s.a.w.
Salasilah keturunan Saidina Ali iaitu, menantu, sepupu dan sahabat nabi yang berkahwin dengan Saidatina Fatimah az-Zahra, puteri kesayangan Rasulullah. |
Antara maqam lain yang sempat dilawati:
1. Sayyidah Sukainah Sughra
2. Sayyidah Sukainah Kubra
- 3. Sidi Ali Zainal Abidin
4. Sayyidah Atikah binti Umar bin Nufail al-Qarshi
- berkahwin dengan Zubair al-Awwam dan Muhammad bin Abu Bakar
5. Sayyidah Ruqayyah
6. Saidina Ali Muhammad bin Jaafar Sadiq
7. Saidina Uqbah bin Umair
- berdampingan dengan Rasulullah bagaikan bayang-bayang dengan orangnya dalam peperangan Uhud
- Ditugaskan sebagai pemanah dalam peperangan Uhud
- mempunyai suara yang cukup merdu. Ia menjadi ingatan bagi para sahabat yang berjumpa dengan beliau, bahawa mahu mendengar bacaan al-Quran darinya.
- berpesan kepada anak-anaknya dengan 3 pesanan penting, iaitu tidak mengambil hadis kecuali dari orang kepercayaan, agar tidak hutang walaupun terpaksa memakai pakaian compang-comping, dan agar tidak lalai dari membaca al-Quran walaupun sibuk dengan syair-syair indah.
8.Rabiatul Adawiyah
- lahir pada kurun 2 Hijrah di pinggiran terpencil Kota Basrah
- salah seorang wanita yang memeluk agama Islam
- beliau tidak pernah berkahwin, seluruh kehidupannya digunakan untuk berzikir, bertilawah dan berwirid
- meninggal dunia pada tahun 185 H bersamaan 796 M
9. Zunnun al-Misri
- nama sebenar: Al-Imam al-'Arif Al-Sufy Al-Wasil Abu Faidl Tsauban bin Ibrahim Al-Misri
- berasal dari Akhataman salah satu kota di daerah pedalaman di Mesir
- seorang sufi yang masyhur di Mesir
- terkenal dengan ilmu makrifat
- beliau mengatakan, "neraka bukanlah yang harus ditakuti, yang lebih ditakuti adalah ketika berpisah dengan kekasih sejati"
10. Imam Hasan al-Banna
- dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya, Iskandariah Mesir
- pengasas Ikhwan Muslimin
- pada 12 Februari 1949, setelah selesai menunaikan solat isyak, 2 orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi yang ditahan oleh beliau dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan.
- beliau terkena 7 tembakan, tetapi masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambuland untuk membawa mereka mereka ke hospital
- setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhmaad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna
- pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
- antara hasil karyanya yang terkenal ialah: ad-Dakwah wa Daiyah, Majmuk Rasail, Allah Fi Aqidah Islamiah dan banyak lagi.
Sedikit sebanyak perkongsian untuk jaulah kali ini. Diharap semua peserta dan pembaca mendapat manfaat dan disebarkan juga kepada sahabat yang lain. Semoga dapat menambahkan rasa cinta dan kasih kepada keluarga baginda dan para salafussoleh..amin..
0 HoT sTufF:
Post a Comment