Sunday, April 24, 2011

Mustahak

Khidmat anda SEMUA diperlukan SEGERA!!

Sila Baca!

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110)


Ini adalah antara entri yang penting atau mustahak buat kita semua bukan kerana ia melibatkan nyawa ataupun harta. Tetapi ia melibatkan maruah dan persaudaraan kita.


Hadirin Yang Dihormati,

1. Keformalan adalah Keseriusan. Atas sebab itu entri kali ini bersifat formal seteguh-teguhnya. Entri kali ini memerlukan "feedback" atau respon dari anda semua dalam isu yang dibangkitkan pada kali ini. Cara menghantar respon adalah melalui komen di post ini atau menghantar email pada Wakil unit Akademik kita iaitu MARRY (maryam_khadijahmeow@yahoo.com)


"PRO & CONS OF OUR MODULE SYSTEM"






2. Ini bukan tajuk untuk menghasilkan karangan terbaik tetapi persoalan untuk dijawab oleh otak-otak cerdik pandai medic anda semua.


3. Antara tujuan entri kali ini adalah demi mencari kelebihan dan kelemahan dalam sistem agar pembaharuan dapat dilaksanakan. Disamping itu, mencari segala anternatif yang mungkin bagi meningkatkan prestasi akademik Batch kita dan juga ahli PERUBATAN yang lain. Selain itu, kita juga menolong Batch lain yang mengambil program yang sama dengan kita.


4. Selain itu mencari kelebihan dan membantu sahabat kita yang lemah. Jika anda merasa bertanggungjawab dan ingin membantu sahabat-sahabat anda yang kurang bernasib baik dalam akademik. Jika sebelum ini anda tidak mampu atau tidak tahu bagaimana hendak membantu? Inilah masa atau caranya untuk anda semua kemukakan cadangan dan khidmat demi membantu saudara dan menyumbang khidmat pada Batch kita.


5. Dalam dunia ini kita hidup bermasyarakat. Jika hidup bukan untuk menyumbang jadi untuk apa? Walau tidak sebesar mana sekalipun, tetapi bukan penghujungnya yang penting tetapi usaha dari penyelesaian tersebut. Paling kurang pun adalah dengan memicit beberapa butang di laptop berlandaskan idea di kepada dan puf jadilah cadangan


Mohon Bantuan dari sahabat semua bagi melancarkan Inisiatif ini

Wassalam



0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More