Friday, April 29, 2011

Jom Join The Apps 2 (Q&A)

Tertanya-tanya mengenai THE APPS??? Ce bace ce bace…




1. Siapakah mentor?
Mentor ni sebenarnya adalah abang/kakak dalam sebuah keluarga yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki dan menambah nilai diri dan adik-beradik serta menjadi tempat mengadu, perkongsian masalah, dan rujukan pendapat.
‘perumpamaan 2 orang yang bersaudara itu adalah perumpamaan kedua belah tangan, di mana yang satu membasuh yang lain’

2. Perlu ke saya jadi mentor ni. Kan ke ramai lagi orang yang boleh jadi?
Hakikatnya, andai semua berfikiran bahawa masih ada orang lain yang mungkin lebih layak, yang lebih bersedia untuk mengambil tempatnya memikul tanggungjawab ini, kesudahannya, tiada siapa yang akan mengisi ruang-ruang kosong dalam memikul tanggungjawab ini.
“Tidaklah Allah membebankan seseorang itu melainkan dalam lingkungan kemampuannya”.

3. Saya seganlah. Saya ni dahla tak cukup thiqoh, ilmu tak banyak mana. Nanti kalau adik-adik sc Tanya, tak pandai jawab.
Smart circle inilah medan untuk kita membina segala yang belum terbina dan merobohkan tembok-tembok yang tak sepatutnya wujud dalam diri kita.
Keyakinan harus dibina. Ilmu harus sentiasa ditimba dan ditambah. Tahu memberi makna untuk memberitahu. Tidak tahu memberi makna untuk menjadi tahu, serta menjadi penggerak untuk terus menimba ilmu.
Sharing = Gaining

4. Jadi student medic ni dah cukup busy. Ada masa ke nak bagi komitmen sebagai mentor ni?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingatlah Rasulullah saw. dahulu adalah seorang Utusan Allah, juga seorang Khalifah, juga seorang suami, seorang bapa, seorang teman, seorang hakim, seorang panglima serta seorang hamba kepada Yang Mencipta. Biarpun seribu lagi tanggungjawab yang terpikul di atas pundak baginda, namun tetap menjadi contoh terbaik kepada kita semua.

5. Kalau saya joinla, ape yang Apprentice boleh bagi kat saye?
Apprentice akan menyediakan program-program bermatlamatkan membina keyakinan diri dan kemahiran bakal mentor serta membantu mereka sebelum dan selepas mereka dilantik menjadi mentor.

6. Emm, Sc ni mende sebenarnye?
Sc dalam bahasa mudahnya adalah sebuah keluarga. Keluarga yang terdiri daripada abang/ kakak (mentor) dan adik2 (mentee) yang mengambil berat antara satu sama lain serta menjalankan pelbagai aktiviti kekeluargaan bersama-sama.
Pembetulan ye!! Sc bukan sesi kaunseling ataupon halaqah ceramah semata-mata bahkan lebih dari itu.

7. Aktiviti ape yang boleh buat dalam Sc?
MAKAN, main bola, pertandingan PES,CS, MAKAN, solat hajat, jalan2&lawatan, melancong, kuiz& games, MAKAN, bedah buku, baca AlQuran, talaqi&dengar ceramah, MAKAN, membeli-belah, pertandingan memasak, STUDY GROUP, dengar sirah Nabi saw, kelas bahasa arab, perbincangan isu2 semasa, MAKAN, dllllll.

8. X Best la Sc ni. Sc saya sendiri pon tak jalan.
Sc sebenarnye adalah keluarga kita. Yang mengBestkan dan tidak mengeBestkan keluarga kita adalah diri sendiri. Setiap ahli bertanggungjawab kepada keluarganye, bukan mentor sahaja.

9. Sc saye dulu lame sangat la. Boleh ke buat Sc ringkas?
Tempoh untuk sesuatu sc dijalankan adalah tidak ditentukan. Seeloknya SC dijalankan seminggu sekali atau paling kurang 2minggu sekali. Perjumpaan x semestinya lama, setengah jam pon memadai jika agenda hanyalah untuk berjumpa bertanya khabar dan merapatkan ukhuwah.
Walaubagaimanapun, Sc yang berkesan dan membina ahli-ahli memerlukan masa yang lebih sedikit daripada itu. Dan ia adalah berdasarkan kebijaksaan mentor serta kesepakatan ahli.

10. Aktiviti ape dlm the apps ni?
Prog2 the Apps: -
i. Latihan mempengerusikan majlis,memberi tazkirah,perbincangan berkumpulan dan praktikal ber-sc
ii. Penerangan tentang ilmu2 asas untuk menjadi mentor
iii. Pembentangan kertas kerja pengisian yang berkaitan
iv. Program iftar jamaei bersama2 dalam kalangan peserta
v. Ym conference
vi. Program mentor SC angkat bersama2 senior ataupun para ustaz dan ustazah
vii. Pertandingan membuat artikel2 ilmiah,short video,member tazkirah@syarahan,debat ilmiah,kuiz2 agama dan lain2
viii. Rehlah dan jaulah di samping memberi pengisian yang berkaitan.

p/s: Sebarang persoalan sila hubungi

MUNZIER MAHAMUD 015 2426 1041
NUR LIYANA BOLHAN 011 177 8991

Borang penyertaan, sila hantar kepada wakil2 section
Section 1 Abg Azmi
Section 2 Raja Syahrizad
Section 3 Azwan Izat
Section 4 Zikri
Section 5 Munzier
Section 6 Liyana Bolhan
Section 7 Fathi




































0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More