Friday, June 25, 2010

Setiap pertemuan ada perpisahan

Setiap pertemuan ada perpisahan

Assalamualaikum wbt

Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang hidup akan mati. Setiap yang dekat akan menjadi jauh. Setiap kebangkitan ada kejatuhan. Setiap permulaan ada pengakhiran. Setiap keukhwahan….tiada perpecahan. insyaAllah.


Seperti sahabat-sahabat pernah dengar sebelum ini, kemungkinan lecture, section dan nama akan dirombak semula dan segala-segalanya akan bertukar seperti biasa yakni seperti yang diaplikasikan dekat abang dan kakak kita. Kemungkinan besar kebanyakan besar dari kita akan terpisah dan tidak berjumpa lagi (macam tak berjumpa je ).


Ala kulli hal, sekiranya perkara tersebut berlaku, ana harap moga semua tabahkan diri dan terima dengan senang hatinya menerima hakikat ini walaupun terpaksa berpisah.

Segala jenis usaha, kritikan, komen, dan ketidak puas hatian telah disuarakan. Namun segalanya terletak pada tangan pihak Universiti juga. Mereka mempunyai sebab dan hikmah mereka sendiri mengapa perubahan tersebut dilakukan sama ada untuk mempermudahkan urusan kita atau lain-lain.

Walaubagaimanapun, ana harap berita tersebut tidak menjejaskan prestasi akademik kita. Jangan lalai dengan kenikmatan yang ada dan fokus pada akademik kita tetapi tidak dilupakan juga pada rohani kita. Ingat, kita ada ujian dunia dan juga akhirat. Moga kita skor ‘mumtaz’ kedua-duanya. Diharap sangat-sangat TIADA yang akan 'grade' dulu sebelum masanya. Moga kita masuk sama-sama dan juga keluar sama-sama.

Disamping itu, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada ahlul batch yang banyak memberi kerjasama dalam segala aspek , penyertaan dalam majlis, pengurusan dan juga penyumbangan informasi bagi membantu dalam peperiksaan kita. YOU GUYS ARE THE BEST!! Moga segala yang baik dapat diamalkan sampai bila-bila dan ana doakan agar batch kita menjadi yang terbaik dari semua aspek dan menjadi doctor yang meiya-meiya. InsyaAllah

Syukur Alhamdulillah kerana kita dipertemukan dalam batch yang serbaneka dari segi keindahan, keragaman, kepelikkan dan macam-macam lagi. Berbagai jenis kawan kita telah jumpa dan kenal. Ada yang lain ada yang pelik ada yang tah hape-hape. Namun kta jadikan perkara tersebut sebagai kekuatan. Kalau semua sama sahaja, boringlah kalau macam itu. Tapi kita cuba mengubah diri dan rakan-rakan agar menjadi lebih baik. Bagi yang kurang dari segi agama, kita tolong, atau tampungkan agar menjadi lebih baik.

Ingin diingatkan sekali lagi, Batch kita sangatlah ISTIMEWA berbanding yang lain. Kita gunakan keistimewaan sebaik-baiknya untuk kebaikan kawan sebatch tidak terlupa juga untuk membantu saudara kita yang lain. Tapi ingatlah satu, SEKIRANYA SEBELUM INI ORANG TIDAK MAMPU LAKUKAN SESUATU. YAKINLAH PADA DIRI KITA YANG KITA BOLEH. JADIKAN KEGAGALAN MASA LAMPAU SEBAGAI PEDOMAN UNTUK KITA MELAKUKAN PERUBAHAN PADA MASA YANG AKAN DATANG. Sekiranya cara sebelum ini tidak berjaya dilakukan, kita gunakan cara lain. Jangan dijadikan yang lepas sebagai satu contoh untuk kita berputus asa. Kalau orang tidak boleh, kita bolehkan. Jangan disebabkan usia yang muda membataskan tindakan yang tua.


Akhir kalam, ana ucapkan selamat berjaya untuk ujian di dunia dan juga diakhirat. Minta maaf juga andai terkasar bahasa, terlebih kata, dan lain-lain. Ana Cuma makhluk Allah yang lemah yang mempunyai banyak kelemahan. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari saya sendiri. Moga perpisahan ini pertambahan jarak antara jasad tetapi bukan ukhwah kita insyaAllah. Dengan kudrat yang masih ada, insyaAllah ehna akan cuba sedaya yang mampu untuk menolong batch kita agar menjadi MUMTAZ, TAMAM dan juga MEIYA-MEIYA.

(Walaupun segala-galanya berubah namun ingat, MUMTAZBAZZ masih ada dan tidak berubah. Gunakan medium ini sebaik-baiknya ye J)


cuba la try tekan


Selamat datang

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More