Monday, November 21, 2011

KENYATAAN RASMI BERKENAAN PILIHANRAYA MESIR

Assalamualaikum WBT.

Semoga mahasiswa mahasiswi PERUBATAN Cawangan Iskandariah berada dalam 
keadaan sihat dan ceria selalu.

Berdasarkan situasi semasa Pilihanraya Mesir, mahasiswa mahasiswi sekalian
dikehendaki untuk sentiasa mengambil berat akan keadaan sekeliling terutamanya
dalam tempoh 26 hingga 29 November ini.

Berikut adalah peringatan penting yang mesti dipatuhi oleh semua sepanjang tempoh yang telah dinyatakan di atas.


1. Pergerakan keluar malam bermula selepas maghrib adalah DILARANG sama sekali buat semua MAHASISWA dan MAHASISWI.

2. TIDAK TERLIBAT dengan mana-mana kumpulan yang berlatar belakangkan parti politik dan gerakan Islam. 

3. Membawa dokumen peribadi bersama SETIAP MASA.

4. MENJAUHKAN DIRI dari kawasan-kawasan panas seperti Samouha, Game' Ibrahim dan MASJID-MASJID yang jelas pegangan politiknya.

5. Semua pelajar yang belum mendaftar dengan PERUBATAN Cawangan Iskandariah, HENDAKLAH berbuat demikian untuk tujuan kemaskini maklumat mahasiswa-mahasiswi yang berada di Iskandariah.

Keselamatan seluruh pihak adalah tanggungjawab bersama. Sama-samalah kita doakan agar proses piliranraya Negara Mesir dapat berjalan lancar dengan sebaik mungkin. Sentiasalah memperingati diri sendiri dan sahabat sekeliling agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Segala maklumat dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi wakil-wakil yang berikut ;

Muhammad Haris Fadillah Bin Muhamad 0114-1858534
Mohd Hafidzuddin Bin Abd Razak 0111-1649166
Abdul Rahim Bin Suhaimi 0111-9367282
Mohd Erfan Bin Edros 0114-7252723
Ahmad Zunawanis b. Hashim 0111-7875441
Mohd Faez Bin Salleh 011-16071304
Muhammad Shahir Bin Mohd Nadzir 0111-3606896
Muhammad Yadiy bin Abdullah 0111-3187786
Muhammad Zairy Fahmi Bin Muhammad Asri 0114-6790348
Sarah Suraya Bt Zaman 0111-57770181
Nawwar Afifah Bt Zakaria 0114-0953238
Nurul Izyani Bt Rosley 0114-5576811
Sakinah Bt Ismail 0111-5973853
Izzati Bt Othman 0111-3606880
Alliah Hanum Mohd Yusoff 0111-3606896
Nur Amirah Binti Mohd Jalil 0114-1474719

Seeru A'la Barakatillah.
Sekian, yang benar.

Muhammad Haris Fadillah Bin Muhamad,Muhammad Haris Fadillah Bin
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More