Tuesday, June 21, 2011

HOLD MY HAND~

WE ARE REAL MUSLIM (WARM)

FASA 2: HOLD MY HAND
MASA:18/6/2011-4/8/2011

"demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

fasa yang kedua telah pun tiba,
mengajak kita saling menasihati,
fasa yang lepas janganlah dilupa
kekal tersemat di dalam hati.

kembali lagi program WARM, bagi meneruskan perjuangan kita dalam membentuk sebuah BIAH SOLEHAH iaitu suatu suasana yang dipenuhi dengan gaya hidup islam yang sebenar-benarnya dan sekaligus membentuk dr muslim dan muslimah yang mempunyai kepribadian yang cemerlang.

 insya Allah untuk fasa 2 WARM, tema yang ingin ditekankan adalah 
'HOLD MY HAND' berdasarkan sepotong hadith

'SAMPAIKAN DARIKU WALAU 1 AYAT' (HR TIRMIDZI)

Dan tajuk yang ingin ditekankan dalam minggu ini ialah:
1)Mempersonakan keperibadiannya
2)Penyantun
3)Rendah hati
4)Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan

 dalam masa kita sibuk mengingati detik-detik nak exam, jangan lah kita lupa pada kematian yang akan mengetuk pintu pada bila-bila masa sahaja untuk menjemput kita ~

marilah kita sama-sama saling mengingatkan sahabat-sahabat kita dan share apa-apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada orang lain~

 'telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)
(surah al-Anbiya'-21:1 )


selamat beramal^_^

assalamualaikum....

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More