Monday, June 27, 2011

Love Exchange




The LOVE Exchange

Disini disertakan beberapa tema untuk aktiviti WARM Fasa 2 kali ini

1) 1) Pemurah dan dermawan terhadap saudara-saudaranya

2) 2) Mengalirkan kebahagiaan

3) 3) Mendahulukan orang lain

4) 4) Bersungguh-sungguh

5) 5) Berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan

6) 6) Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan

7) 7) Bermanfaat bagi orang lain dan menjauhkan kemudaratan bagi mereka


Dengan menggunakan konsep portluck, setiap pelajar diminta untuk menyediakan sebuah (lebih lagi senang menang) hadiah. Cirri-ciri hadiah boleh dilihat di bawah. Hadiah-hadiah ini akan dikumpul oleh ketua section dan akan diberi semula kepada para pelajar secara rambang. Namun, nama para pelajar yang akan memberi dan menerima hadiah tersebut dirahsiakan untuk menjadikan hadiah tersebut lebih bermakna. Dan peserta yang memberi hadiah mengikut criteria-kritiria The LOVE Exchange akan mendapat sebuah “secret hamper” special di mana hadiah trsebut akan dihakimi oleh juri-juri handalan batch 2nd year kita.

Criteria bagi pemenang The LOVE Exchange

Hadiah yang paling kreatif dan cantik juga menarik

Hadiah yang paling banyak disumbang (kuantiti selaras dengan kualiti)

Hadiah yang diberi mestilah bermanfaat untuk orang lain

Hadiah yang sangat bermakna untuk penerima

Dan criteria untuk sebuah hadiah adalah tiada batasan dan sempadan daripada segala segi aspek. Setiap criteria mempunyai pemarkahan yang tersendiri dan para pelajar hendaklah membuat hadiah tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dimaksudkan dengan 'bersungguh-sungguh'. Ia membawa makna kita melakukan sesuatu perkara dengan keikhlasan dan mencurah sepenuh hati kita terhadap sesuatu perkara .


Mengapa perlu Kita sertai? Supaya dapat menang “secret hamper”? Iya, memang kita akan memenangi hadiah hamper itu tapi hamper sahajalah yang kita dapat. Sama juga seperti Dunia, jika kita mengejar dunia memang dunia kita akan dapat tetapi bagaimana pula dengan akhirat?

Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah berbalik semula pada akarnya. Mengapa kita melakukan ini dan mengapa itu. Moga-moga melalui pemberian hadiah ini dapat melatih diri kita menjadi lebih memberi dan ikhlas. Moga pemberian kita memberi manfaat kepada penggunanya. Selagi insan yang menerima menggunakan barang kita, selagi itu kita mendapat pahala. InsyaAllah. Namun yang paling penting adalah setiap perkara atau pemberian yang dilaksanakan mestilah kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah :)

Diharap semua dapat menyertai aktiviti kali ini dan semua orang mendapat hadiah.

Due date hantar hadiah : 2-7-11

Pengumuman pemenang dan pemberian hadiah : 4-7-11

Let’s EXCHANGE our LOVE peeps…!!!


0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More