Wednesday, June 22, 2011

RENDAH HATI

We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'



Tajuk: ''Rendah Hati" (Sumbangan Tahun 3)

Rendah hati...
Meninggikan harga diri...

Seharusnya seorang mukmin itu ibarat padi. Semakin berisi semakin tunduk...
Barangsiapa yang bersikap tawadhu(rendah hati) karena mencari keredhaan Allah, maka Allah akan meninggikan darjatnya. Dia menganggap dirinya tiada berharga, namun dalam pandangan orang lain dia sangat mulia. Barangsiapa yang menyombongkan diri, maka Allah akan menghinakannya. Dia menganggap dirinya mulia, padahal di pandangan orang lain dia sangat jelek, bahkan lebih hina daripada anjing dan babi,” (HR al-Baihaqi).

Abdul Rahman Bin Auf, salah seorang daripada sepuluh sahabat baginda yang digembirakan bakal menikmati syurga. Beliau dianugerahkan dengan kurniaan harta yang melimpah-ruah, namun beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan diri daripada pengaruh kekayaannya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu, lalu sahabat bertanya, ”Mengapa kamu menangis wahai Abdul Rahman Bin Auf?”, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab lebih baik daripadaku kerana dia meninggal dunia pada zaman Rasul dan ketika meninggal dunia, dia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Aku khuatir sekiranya termasuk dalam golongan orang-orang yang dipercepatkan untuk menikmati kesenangan dunia fana ini dan aku bimbang sekiranya tersisih daripada para sahabat Nabi di akhirat kelak disebabkan oleh memiliki harta yang banyak”.

Pada tahun 31 Hijrah,kembalilah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah ketika berusia 75 tahun. Sebelum pemergiannya, Ummul Mu'minin Aisyah telah bertanya kepada Abdul Rahman, “Mahukah makammu ditempatkan di sisi baginda, Abu Bakar dan Umar?” Dengan suara yang merendah diri, beliau menjawab ,”Aku malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul.”

Sungguh, Allah sangat suka terhadap hamba yang merendah diri, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,” (QS an-Nisa: 36).

Kita, makhluk serba terbatas,masakan ingin melihat kotoran di hidung sendiri pun tidak mampu. Malahan, kita membutuhkan cermin dan alat bantu agar bisa melihatnya.

Ironinya, kini kesombongan menjadi “pakaian” yang dikenakan banyak orang. Suka membanggakan diri, merasa tinggi melebihi orang di sekitarnya, merasa orang lain memerlukannya, suka mempamerkan apa yang dimilikinya, dan enggan menyapa lebih dahulu menjadi fenomena yang mudah dilihat di mana-mana.
---

"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi


We.Are.Real.Muslims [WARM]

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More