Wednesday, May 15, 2013

Jaulah Maqam I-Mumtazziah 1

Pada 6 Mei 2013, satu lawatan ilmiah yang diberi nama Jaulah I-Mumtazziah telah diadakan khusus untuk akhawat batch I-Mumtazz. Lawatan ini telah dikendalikan oleh AJK BSAL Batch bersama-sama AJK BPI Batch di pihak akhawat yang dipantau oleh Timbalan Ketua Batch I-Mumtazziah, Liyana Latep bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli batch dan juga mendedahkan kepada peserta maqam-maqam para ulama yang terdapat di Kaherah.



Antara maqam yang sempat dilawati ialah:
1.       Sheikh Soleh al-Ja’fari al-Husaini.
·         Berasal dari Sudan, berkulit hitam, wafat pada 1979
·         Imam besar Masjid al-Azhar lebih dari 50 tahun
·         Ulama hadis dan feqah
·         Keturunan nabi saw (bersambung keturunannya dengan Saidina Jaafar As-Sodiq bin Muhamad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib)
·         Pengasas bagi tarikat ja’fariyah ahmadiah muhammadiah
·         Merupakan wali Allah yang masyhur diceritakan oleh ulama-ulama

2.      Saidina Sultan Hanafi Shamsuddin
·         Digelar sultan kerana merupakan penghulu para ulama di zamannya
·         Menjadi rujukan para ulama zaman dahulu
·         Antara karamah:
a)      Berjalan dengan anak muridnya di atas Sungai Nil tanpa basah
b)      Boleh memanggil anak muridnya yang dekat mahu pun yang jauh
c)       Semasa menggali telaga, anak muridnya telah mencurahkan air zam zam. Sehingga kini telaga tersebut tidak kering airnya, dan rasanya seperti air zam-zam.


3.       Saiyyidah Zainab
·         Puteri dan anak ketiga Saidina Ali dan Sayyidah Fatimah Zahra as
·         Digelar Zain Abiiha (hiasan ayahnya)
·         Berkahwin dengan Saidina Jaafar at-Tayyar
·         Suka menolong golongan yang lemah

4.       Sayyidah Nafisah
·         Merupakan wali Allah
·         Puteri Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Saidina Hasan bin Saidina Ali
·         Dilahirkan di Mekah pada tahun 145 H
·         Menetap di Mesir selama 7 tahun sehinggalah beliau menemui Allah Taala pada 208 H
·         Sezaman dengan Imam Syafie, dan Imam Syafie sendiri selalu mengunjungi beliau dan sembahyang  tarawih di bulan Ramadan bersamanya
·         Digelar Ummul ‘Ulum (ibu sekalian ilmu)
·         Selama 40 tahun tidak pernah mengambil wuduk ketika subuh melainkan wuduk ketika isyak dikekalkan sehingga subuh.
·         Beliau juga berpuasa selama 40 tahun dan wafat ketika berpuasa.
·         Apa yang beliau doakan, akan dimakbulkan. Antara kisah karamah beliau:
a)   Anak seorang kafir zimmi yang kembali ke pangkuan ibunya setelah menjadi tawanan. Perempuan tersebut terus masuk Islam. Lagi cerita.    
b)      Seorang lelaki yang dihijab dari kelihatan di hadapan seorang gabenor yang zalim selepas didoakan keselamatan oleh Sayyidah Nafisah. Lagi cerita
c)       Mak cik yang merupakan seorang penenun kain yang memberi makan terhadap anak yatim, ditimpa musibah. Selepas didoakan, mak cik tersebut mendapat dikurniakan nikmat yang berganda. Lagi cerita.
d)  Seorang anak kafir yang lumpuh dapat berjalan semula selepas terkena air wuduk Sayyidah Nafisah ketika anak kecil itu ditinggalkan ibunya bersama beliau.Lagi cerita.

5. Ibnu Sirin
  • dilahirkan pada zaman pemerintahan sahabat iaitu ketika zaman Khalifah Uthman bin Affan
  • beliau sempat hidup dan menuntut ilmu daripada beberapa orang sahabat yang hebat seperti Zaid bin Thabit, Anas bin Malik, Umran bin al-Husoin, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin a-Zubair dan Abu Hurairah
  • seorang ulama dan diberi anugerah daripada Allah untuk mentafsir mimpi.


Setakat ini dulu buat kali ini. In sha Allah, akan disambung baki maqam yang dilawati pada post yang akan datang. Semoga ziarah maqam ini dapat menambahkan rasa cinta pada sahabat-sahabat nabi, mengenal salasilah dan menjadi motivasi unntuk menambah amal ibadat kita dalam pencarian mencari reda Ilahi.

Seharusnya keberadaan kita di bumi ardul kinanah ini dimanfaatkan sebaiknya dengan melawat tempat-tempat yang ada barakah. Semoga Allah memberi kita kesempatan.








0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More