Assalamualaikum wbt
Tertanya-tanya mengenai result? slip? tasdiq? biasiswa?
Jangan risau jangan cemas.
setakat ni, kami sedang mengusahakan untuk mendapatkan result bagi sem 1 dan 2.
Kami juga sedar betapa pentingnya untuk result sem 2 untuk sahabat-sahabat memohon biasiswa.
InsyaAllah kami akan berusaha untuk dapatkan secepat mungkin untuk dapatkan result dan slip. Harap semua dapat menanti tekun eh
Tujuan post ini adalah untuk update mengenai result, seperti yang kita tahu result sepatutnya keluar hujung bulan julai. Namun apakan daya, arab menunjukkan belangnya lagi.
Hari ini ana jumpa dengan angy ( setiausaha tahun 2) dan juga bercakap dengan Dr abeer. Untuk informasi semua, Dr Abeer adalah orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan keputusan kita. Setelah melalui beberapa perbincangan dan penekanan sudah ditekankan mengenai keputusan tersebut dimana kami sangat-sangat memerlukannya atas sebab tertentu. Dan ini adalah apa yang dapat dari mereka.
Ini yang dikatakan engy:
Beliau menyatakan esok slip bagi sem 1 dah boleh angkut sebab dah siap.
Tetapi bukan untuk Sem 2. Beliau sudah contact Dr.Abeer dan dia kata result belum siap dan perlu lalui prosedur-prosedur tertentu. Beliau faham situasi dan akan cuba sedaya mungkin.
Bagaimana kata-kata Dr abeer?
"Dia menyatakan result akan keluar dalam masa seminggu. Esok beliau akan berbincang dengan Dr yang tidak dikenali. Keputusan akan keluar lebih kurang hari sabtu.
Memang dah ditegaskan diorang janji hujung julai. Tapi masa yang diberikan tersebut tidak mencukupi dan mereka kerana penandaaan dan semakan yang memerlukan masa yang banyak." Kata beliau.
Moga-moga mereka antara orang yang mengotakan janji~
Result JPA masih boleh dimohon 10 hari bekerja selepas 31 julai?
jangan risau...
Sekiranya keputusan keluar sabtu. Masih sempat lagi untuk isi borang. Fikir apa yang terbaik untuk kita semua
InsyaAllah masih ada masa lagi. Selagi tu kita banyakkan berdoa untuk diri kita dan juga sahabat yang tiada scholar lagi untuk mendapat slip keputusan yang cepat dan juga kejayaan yang cemerlang. (selit2lah dalam doa hampa 2)
ANDAI KATA, (andai sahaja harap tak). ANDAI KATA keputusan keluar lambat dan tarikh permohonan tidak sempat nak diisi.
1) Jangan risau kerana permohonan dibuka lagi februari nanti
2) mungkin bukan rezeki kita lagi setakat ni. Allah ada plan yang lebih baik lagi untuk kita dan ingat setiap benda yang terjadi ada hikmahnya.
3) Cuba jangan fikirkan keburukan tapi lebih kepada kebaikan dari perkara yang terjadi dan membuat perancangan baru pada masa yang akan datang
Apa-apa nanti akan diinformkan semula.
syukran
0 HoT sTufF:
Post a Comment