Assalamualaikum warahmatullah, esok akan diedarkan satu borang penilaian akademik untuk diimplementasikan dalam sistem akademik Universiti Iskandariah..
Sepertimana sedia maklum, sistem pembelajaran pelajar-pelajar Tahun Dua Universiti Iskandariah menggunakan sistem pembelajaran secara modul, tidak seperti senior-senior yang masih menggunakan sistem blok.
Namun, setelah beberapa lama, keadaan ini dilihat semakin membimbangkan dan mendatangkan beberapa masalah,khususnya kepada pelajar yang perlu mengulang banyak modul. Jadi, timbul satu usul yang mencadangkan supaya pelajar yang mengulang lebih daripada tiga modul perlu mengulang tahun. Dalam erti kata lain, mereka akan mempelajari semula modul yang berkaitan bersama junior-junior.
Antara kebaikan yang diharapkan daripada cadangan ini, tidak membebankan pelajar. Pelajar dapat menumpukan fokus pada pelajaran modul yang perlu diulang, kerana mereka seperti mengambil kelas semula bagi pelajaran-pelajaran tersebut. Mereka tidak perlu membebankan fikiran dengan modul yang yang perlu diulang, dan dalam masa yang sama perlu menumpukan perhatian pada modul semasa yang dipelajari. Tambahan pula, tahun 2 dan tahun 3 terutamanya, kita dilambakkan dengan kelas ICDL dan subjek-subjek elektif di samping kuliah-kuliah harian.
Dalam masa yang sama, cadangan ini diharapkan dapat membuatkan pelajar memandang berat tentang akademik, belajar dengan bersungguh-sungguh, sekaligus meningkatkan kualiti prestasi akademik pelajar, serta prestasi universiti. Dengan mengulang tahun, mereka akan mendapat masa yang mencukupi untuk bukan sahaja belajar, tetapi memastikan mereka benar-benar menguasai sesuatu topik. Hal ini pastinya memastikan mereka dapat memantapkan ilmu.
Di samping itu, jangkamasa yang lama sebelum ‘repeat exam’ juga membolehkan Unit Akademik, khususnya wakil-wakil pelajar untuk menyusun program-program bagi membantu para pelajar tersebut. Masa cuti terutamanya sewaktu ‘summer’ diharapkan akan menyediakan waktu yang cukup bagi mmeberi perhatian lebih kepada mereka.
Namun di sebalik semua ini, terdapat juga kepincangan tentang usul ini. Yang paling utama, pastinya akan mengundang tanggapan negatif pihak penaja dan universiti terhadap pelajar. Pertambahan jumlah ‘repeaters’ adalah indikator mudah yang melambangkan prestasi akademik kita.
Selain itu, pelajar akan terus-menerus dibebankan dengan kerugian dari aspek yuran, masa, dan umur. Kita sedia maklum yuran setahun pengajian sekurang-kurangnya 800USD. Dari segi masa pula, pelajar akan ketinggalan sekurang-kurangnya setahun daripada rakan-rakan sepengajian yang lain.
Pro:
1. Tidak membebankan pelajar
2. Pelajar lebih bersungguh-sungguh.
3. Meningkatkan prestasi akademik dan kualiti universiti.
4. Memantapkan ilmu.
5. Masa yang cukup untuk menyusun program bagi ‘repeaters’
Kontra:
1. Mengundang tanggapan negatif penaja dan universiti.
2. Rugi dari aspek wang, masa, dan umur.
0 HoT sTufF:
Post a Comment