We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'
Tajuk: ''Penyantun" (Sumbangan Tahun 2)
---
Muslim yang sentiasa meneguk hidayah dari sumber mata air islam, memiliki satu akhlak yang suci iaitu penyantun, mampu mengawal emosi dan melatih diri untuk sentiasa menjadi pemaaf, serta berkomunikasi dengan cara yang paling baik, sebagai pengamalan dari firman Allah s.w.t.
'(Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan).' ( QS. AL-IMRAN :134)
Juga firman-NYA,
'Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.' (QS. FUSHILAT : 34-35)
Yang demikian itu kerana menahan diri dari marah dan menggantikan dengan kemaafan dan kesantunan merupakan akhlak yang terindah dari kaum muslimin dan muslimat yang sangat dicintai Allah s.w.t .
Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata : bersabda Rasulullah kepada Asyaj Abdul Qais :
'Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang disukai oleh Allah iaitu sifat santun dan penyabar.' ( HR Muslim)
Pernah suatu ketika Rasulullah menasihati seorang lelaki yang datang kepadanya untuk meminta wasiat lalu Rasulullah wasiat kepadanya cukup dengan satu kalimat. iaitu “Laa Taghdhab”
(jangan engkau marah).
Daripada Abu Hurairah: 'Seorang lelaki berkata kepada Nabi: Nasihatilah aku, Nabi berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, Nabi berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah.' (HR Bukhari)
Tegasnya penyantun itu adalah tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaanya terhadap keinginan hawa nafsu yang dapat mematahkan segala kekuatan dan kegejolakan sifat marah dalam diri, serta menundukkannya menurut pertimbangan akal fikiran. Tetapi pada mulanya mestilah dicuba dengan menyantunkan diri dan menahankan kemarahan secara paksaan, sehingga akhirnya perbuatan itu menjadi suatu kebiasaan.
---
"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi
We.Are.Real.Muslims [WARM]
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
Posted in: Announcement
0 HoT sTufF:
Post a Comment