WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Wednesday, February 29, 2012

Tidak Mengharapkan Sesuatu dalam Doamu

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.


Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.


Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.


Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.


Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.


Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.


Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong :
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”


Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis : “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…


Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.


Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.


Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.


Semoga bermanfaat cerita ini dan semoga Allah redha dengan kita.
AMIN….
halwa telinga..

Friday, February 24, 2012

alert! subject changes for 25/2/2012 (tomorrow)

for the orientation lectures were supposed to starts 8-9 but it been changed to physio lecture and it will start 9-10. thank you
~email from miss lina~

Wednesday, February 22, 2012

Schedule for GIT Module



GIT 1st Week Till 8th Week(1)

Tuesday, February 21, 2012

SCHEDULE AND NOTES OF PROFESSIONAL SKILLS CLASS



Professional Skills Schedule


Cardic Compression


Nasogastric

NGT


Recovery Position

Sunday, February 12, 2012

JUBAH GRADUASI

Assalamualaikum wbt


Seperti yang kita semua sedia maklum, abang-abang dan kakak-kakak batch pertama akan grad pada tahun ini. jadi, untuk lebih adil dan mewakili semua, kami pihak urusetia jubah majlis graduasi tahun 6 [2006/2012] akan membuat 1 design jubah yang melambangkan lepasan medical student alexandria university yang mana jubah ini juga bakal diwarisi dan bakal disarungkan oleh generasi-generasi seterusnya

Di sini terdapat 3 pilihan warna lining yang berbeza dengan hanya 1 warna untuk basic : hitam.


a. green signifies medicine

b. turquoise/ocean blue signifies alexandria

c. maroon signifies professionalism

GREEN
TURQOISE
MAROON
                    
jika ada cadangan warna baru, sila ambil 1 undian yg tertinggi sahaja. sertakan juga bilangan undian utk cadangan warna baru itu.


undian ini akan bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari rabu 15/2/2012 10 p.m.


Sunday, February 5, 2012

More Past Year Questions!



Question Genitourinary

MORE PAST YEAR QUESTIONS INSIDE THE BOXNET WIDGET!

LOOK FOR : GENITOURINARY SYSTEM > QUESTIONS

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More