Kemenangan umat islam di bulan Ramadhan
"Kamu orang-orang Islam tidak akan dapat dikalahkan karana
jumlah yang kecil. Kamu pasti dapat dikalahkan walaupun mempunyai jumah yang
banyak melebihi jumlah musuh jika kamu terlibat di dalam dosa-dosa." (Abu
Bakar Shiddiq)
Menjadi fakta sejarah, bulan Ramadhan merupakan bulan kemenangan
umat Islam. Banyak kemenangan umat Islam dalam peperangan terjadi pada bulan
Ramadhan. Bermula dari kemenangan pertama umat Islam terhadap orang-orang
musyrik Makkah pada perang Badar hingga Perang Arab-Israel Oktober 1973.
Antara kemenangan umat islam dalam bulan ramadhan :
1. Perang badar -2H
Tahun pertama pensyariatan puasa
2. Pembukaan kota mekah -8H
3. Perang tabuk -9H
4. Pendaratan tentera islam di pantai andalusia -91H
-kisah tariq bin ziyad
5. Perang ain jalut 658H
Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah
umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri
serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan
kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang
hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat
dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke
atas umat Islam.
Menurut Abul Hasan Ali an-Nadwi, umat Islam yang terbunuh di
dalam peristiwa kejatuhan Baghdad tersebut adalah 1,800,000 orang. Satu angka
yang cukup menakutkan sesiapa sahaja yang cuba membayangkannya. Darah mengalir
di jalanan. Buku-buku dicampak ke dalam sungai dan semua itu dianggarkan
berjumlah sebanyak dua juta naskhah buku. Ahli sejarah menganggap itu sebagai
punca kemunduran umat Islam selepas itu. Semua itu berlaku dalam masa 40 hari.
Penarikan mundur pasukan Rusia dari Afghanistan juga terjadi
pada bulan Ramadhan. Berhentinya peperangan di Bosnia-Herzegovina, sehingga
umat Islam dapat hidup relatif tenang, pun terjadi pada bulan Ramadhan.
Sunnah menyambut bulan ramadhan??
seseorang itu akan melakukan persiapan yang sangat kemas jika
ada seorang vip datang ke tempatnya..
Tamu yang dimaksud itu tidak lain adalah Ramadhan, bulan yang
mulia, bulan Al-Qur’an, bulan shiyam, bulan bertahajjud dan qiyamullail, bulan
kesabaran dan takwa, bulan kasih sayang, ampunan dan terbebasnya hamba dari api
neraka, bulan yang terdapat di dalamnya suatu malam yang lebih baik dari seribu
bulan, bulan di mana syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu syurga
dibuka.
Bulan di mana amal kebaikan dilipatgandakan dan penuh berkah
dalam ketaatan, bulan pahala dan keutamaan yang agung. Maka setiap yang
mengetahui sifat-sifat tamu ini untuk menyambutnya sebaik mungkin,
mempersiapkan berbagai amal kebajikan agar memperoleh keberuntungan yang besar
dan tidak berpisah dengan bulan itu, kecuali ia telah menyucikan ruh dan
jiwanya. Allah Ta’ala berfirman,
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang
sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Asy-Syam: 9)
diriwayatkan, bahawa mereka berdoa kepada Allah agar
dipertemukan kembali dengan Ramadhan sejak enam bulan sebelumnya
Langkah membuat persiapan ramadhan
1. Berdoa, semoga Allah memperpanjang umur kita sampai pada
bulan Ramadhan, seperti yang dilakukan oleh sebagian kaum salaf, begitu pula
memohon kepada Allah pertolongan dan kekuatan dalam menunaikan puasa,
qiyamullail dan beramal soleh di dalamnya.
Allah Ta’ala berfirman, ertinya,
“Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah
kami minta pertolongan”. (Al-Fatihah:5)
2. Kebersihan dan kesucian, maksudnya adalah kebersihan ma’nawi
yaitu taubat yang tulus dan sebenar-benarnya dari segala dosa dan
maksiat.
Bagaimana mungkin seseorang menunaikan puasa sedangkan dia berbuka dengan sesuatu yang
haram, atau meninggalkan shalat, atau derhaka kepada kedua orang tua, sehingga
Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam melaknat dan malaikat Jibril pun
mengamininya?
Bagaimana anda menginginkan puasa yang diterima dan bermanfaat,
sedangkan anda berada dalam keadaan melakukan dosa ini dan itu?
Belumkah anda mendengar sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam
yang ertinya,
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan
dusta, maka Allah tidak membutuhkan(menginginka
n) puasanya dari makan dan minum”. (HR. Al Bukhari).
“Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bagian
apa-apa dari puasanya, kecuali lapar dan dahaga”. (Shahih Al Jami’).
Maka Bertaubatlah dengan taubat yang tulus dan sebenar-benar
taubat, sebab pintu taubat masih terbuka. Dan taubat itu bukan sekedar
meninggalkan perbuatan dosa, akan tetapi dengan mengembalikan hati dan hawa
nafsu kepada Dzat Yang Maha Mengetahui alam ghaib,
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah
kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku
diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
(Adz-Dzariat:50).
Di antara persiapan jiwa dalam rangka menyambut bulan Ramadhan,
hendaknya anda dengan sepenuh hati melakukan puasa sebaik-baiknya dan beramal
shalih pada bulan Sya’ban.
Sebab pada bulan Sya’ban nanti segala amal perbuatan diangkat
kepada Allah, sebagaimana sabda Rasululah Shalallaahu alaihi wasalam yang diriwayatkan
oleh Usamah bin Zaid.
“Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam melakukan puasa sepanjang
bulan Sya’ban atau melakukan puasa pada
bulan itu kecuali beberapa hari saja beliau tidak melakukannya”. (HR.
Al-Bukhari dan Muslim).
Di antara masalah penting lainnya adalah bertafaqquh (memahami)
hukum-hukum puasa dan mengenal petunjuk Nabi Shalallaahu alaihi wasalam sebelum
memasuki puasa; mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, yang
membatalkannya, hukum puasa pada hari
yang diragukan, apa yang boleh, wajib atau haram dilakukan oleh seseorang yang
sedang melakukan puasa, apa etika dan sunnah-sunnahnya, hukum-hukum
qiyamullail, berapa bilangan raka’atnya, hukum-hukum puasa bagi yang
berhalangan baik kerana bermusafir atau sakit, hukum zakat fitrah dan lain
sebagainya.
Begitu pula mengenai petunjuk Nabi Shalallaahu alaihi wasalam
dalam bulan Ramadhan yang bertalian dengan diri beliau, puasanya,
qiyamullailnya, kemurahan hatinya, pemeliharaan dirinya serta keteladanan
beliau dalam bertadarrus Al-Qur’an, juga yang berkaitan dengan keluarga dan
umatnya. Sebab segala sesuatu harus didahului dengan ilmu dan pemahaman sebelum
mengamalkannya.
Mempersiapkan acara-acara menyambut “tamu agung”, di antara-nya
dengan membaca Al Qur’an, mempelajarinya kemudian menghafalnya, qiyamullail,
memberi ifthar (buka puasa) kepada orang-orang yang berpuasa, melakukan umrah,
i’tikaf, dan berlomba dalam kebaikan dengan semangat fastabiqul khairat,
shadaqah, dzikir, penyucian jiwa dan lain sebagainya.
Demikianlah ringkasan bagaimana kita menyambut bulan Ramadhan
yang dapat kami kemukakan. Kita berdo’a semoga Allah berkenan memberi taufiq
dan hidayahNya kepada kita agar dapat beramal shalih pada bulan Ramadhan.
“Ya Allah, pertemukan kami dengan bulan Ramadhan dan berilah kami
pertolongan untuk dapat menunaikan puasa, qiyam, dan amal soleh di bulan
Ramadhan dan di bulan-bulan lainnya. Teguhkanlah kami pada ketaatan sampai kami
menemuiMu, sesung-guhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan segala
do’a”. Amin.
penyampaian cenderahati kepada Saudara Shahir MTP Alex di akhir majlis. |
0 HoT sTufF:
Post a Comment