Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita.
Seperti yang dimaklumkan, pada hari Jumaat ini bersamaan 15hb April 2011, dengan izin Allah s.w.t. pihak Perubatan Cawangan Iskandariah akan mengadakan sebuah majlis untuk meraikan mereka yang baru sahaja mendirikan masjid di kalangan kita semua, iaitu
Majlis Keraian Raja Sehari.
Berikut adalah pelan perbelanjaan majlis:
Makan : 1000 org x 10 LE sekepala
= 10,000 LE
Lain-lain : 1000 LE
Total : 11,000 LE
Oleh hal yang demikian, kami dari pihak pelaksana ingin memohon jasa baik anda semua selaku ahli Perubatan, untuk menghulurkan 5 LE setiap seorang yang akan hadir ke majlis ini, demi meningkatkan dana untuk perbelanjaan majlis yang penuh berkat ini.
Dalam masa yang sama, kami juga dapat mengenalpasti bilangan mereka yang akan hadir ke majlis ini melalui jumlah kutipan 5LE setiap orang ini, untuk memudahkan proses-proses kerja seperti penempahan makanan dan sebagainya. Anggarannya adalah seperti berikut:
Kutipan : 1000 org x 5 LE
= 5000 LE
Dalam masa yang sama kami telah mengedarkan tabung infak ke setiap tahun demi meningkatkan dana untuk menampung perbelanjaan majlis ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang sanggup mengeluarkan sedikit dari rezeki Allah yang mereka perolehi untuk dikongsikan bersama demi meraikan pasangan-pasangan baru di kalangan kita ini.
Akan tetapi, kami difahamkan bahawa ramai diantara kita yang telah menghulurkan sumbangan yang banyak dan dalam masa yang sama tidak mengetahui bahawa mereka perlu membayar 5LE lagi sebagai kutipan wajib kepada mereka yang akan hadir ke majlis ini. Kami memohon seribu kemaafan atas perselisihan faham yang berlaku atas kelemahan kami selaku hamba Allah yang lemah.
Sebagai penyelesaian, kepada mereka yang telah mengulurkan banyak, mereka tidak perlu lagi membayar 5 LE lagi, tetapi perlu memaklumkan kepada ketua seksyen masing-masing sewaktu kutipan 5 LE ini dijalankan, bahawa mereka akan hadir ke majlis berkenaan, demi memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti yang dinyatakan di atas. Kami berharap anda semua akan berlaku jujur dalam hal ini kerana Allah maha mengetahui akan setiap sesuatu.
Sekali lagi kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Harap maklum.
Wassalam.
0 HoT sTufF:
Post a Comment