Sunday, June 16, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 4

Tarikh: 15 jun 2013
Tempat: Rumah Ezzati
Masa: 4.30 petang
Penyampai: Nur Izyan Hanisah binti Shahul Ikram
Tajuk: Memperjuangkan Kebenaran dan Reaksi Masyarakat Makkah, Menentang Dakwah Rasulullah.

Memperjuangkan Kebenaran dan Reaksi Masyarakat Makkah

  • Rasulullah melaksanakan tugasnya, mengingatkan berhala yang mereka sembah itu tiada nilai sedikitpun.
  • Seluruh Mekah membantah, kaum Quraisy bangun menyekat revolusi yang muncul tiba-tiba, curiga ianya akan melenyap budaya hidup mereka.
  • Mereka enggan melaksanakan kehendak Allah, kerana mengetahui beriman itu menafikan seluruh tuhan melainkan Allah.
  • Mereka menjadi bingung, lalu menemui Abu Talib untuk meminta jasa baik beliau menghalang anak saudaranya itu.
  • Ketika dakwah terang-terangan sedang dilakukan, kaum Quraisy bimbaing kerana musim haji akan tiba, maka mereka harus ada kata-kata sakti mengenai diri Muhammad saw untuk menghalang dakwah Rasulullah daripada mempengaruhi jiwa bangsa Arab.
  • Mereka berkawal di pintu masuk  dan memberi maklumat yang jahat itu.
  • Antara yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, yang mengikuti mereka dan memberitahu, 'Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama dan berdusta,"

Pelbagai cara menentang dakwah Rasulullah saw.

Setelah mendapati tidak ada cara untuk melemahkan Rasulullah, maka mereka memikirkan cara lain seperti:

1.     Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempermain-mainkan dan medusta dan mempersendakan
·        melemparkan tuduhan yang nakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah saw sebagai orang gila
·        melabelkan baginda sebagai ahli sihir dan pendusta
·        mengawasi baginda dan memerhati dengan kebencian dan rasa penuh jijik

2.     Mencacatkan imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu dan mereka  cerita palsu tentang ajaran dan peribadi Rasulullah.

3.     Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongeng supaya mereka sibuk dengannya.

4.     Melalui tawaran

·        Tawaran supaya baginda menyembah tuhan-tuhan mereka selama setahun, kemudian pihakmereka akan menyembah tuhannya selama setahun dengan cara bergilir-gilir.
·        Turunlah surah al-kafirun, di mana Allah membuat kata putus yang tegas menolak tawaran mereka ini.

Penyiksaan.
  • ·        Apabila mereka mendapati semua usaha yang mereka cuba menemui jalan buntu, membentuk satu lujnah dan membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan.
  • ·        Tindakan ke atas kaum yang lemah tidak sukar, tetapi tidak ke atas Rasulullah kerana baginda di bawah jagaan Abu Talib, tokoh yang terbilang, disegani dan disanjung.
  • ·        Sebelum kebangkitan Rasulullah, Abu Lahab telah mengahwinkan anak lelakinya iaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah iaitu Ruqaiyah dan Ummi kalthum. Tetapi, setelah baginda mula meyeru kepada Islam, Abu Lahab memaksa anak-anaknya menceraikan kedua-dua puteri Rasulullah.
  • ·        Apabila Abdullah, anak lelaki Rasulullah meninggal dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan kerana Rasulullah kematian anak keturunan, terputus zuriat.
  • ·        Abu Lahab bukan sekadar membohongi baginda sahaja malah melontar baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia baginda itu.
  • ·        Isteri Abu Lahab, bergelar Ummu Jamil membawa batang-batang duri untuk memasang jerangkap samar di jalan-jalan yang dilalui Rasulullah, meletakkan batang duri di hadapan pintu rumah baginda. Mulutnya juga membuat fitnah dan penipuan terhadap baginda. Al-Quran menyifatkannya sebagai pembawa kayu api neraka.
  • ·        Ada dalam kalangan jiran baginda yang mengheret pundi najis biri-biri dan menghumban ke atas kepala Rasulullah ketika baginda solat, ada yang sanggup melontarkan pundi tadi ke dalam periuk Rasulullah bila diangkat ke dapur untuk memasak.

Antara sahabat yang menerima penyiksaan:

  • ·        Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus beliau ke dalam tikar daun kurma kemudian melayurkannya dengan asap dari bawah.
  • ·        Ketika ibu Mus’ab bin Umair mengetahui penganutannya dengan Islam, beliau menahan dan menghalaunya keluar dari rumah. Beliau antara orang yang paling mewah, menerima penyiksaan sehingga kulitnya menjadi kerutu dan bersisik.
  • ·        Bilal bin Rabah: Ditambat dengan tali di tengkok dan diseret mengelilingi kampung oleh budak yang nakal sehingga berparut lehernya kesan jerutan tali. Umaiyah memukul dengan tongkat, membaringkan di tengah padang pasir yang terik dan meletakkan ketulan batu yang besar atas dadanya.
  • ·        Ammar bin Yasir bersama ibu dan bapanya, disiksa di tengah padang pasir yang membakar. Ibunya disula melalui farajnya.
  • ·        Abu fakihah disiksa tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah.
  • ·        Khabab al-Arat: merentap rambutnya sekuatnya, memulas-mulas tengkoknya, membaringkan ke atas batu yang panas dan menghempaskan dengan batu yang lain ke atasnya.

Suatu amalan yang bijak dan penuh hikmah ialah Rasulullah  melarang mereka mengiklankan keislaman mereka secara lisan ataupun amalan. Pertemuan mereka pun diadakan secara rahsia untuk menjaga kemaslahatan dan keselamatan mereka. Mereka bertemu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam al Makhzumi, terletak di atas bukit Safa, agak terpencil dan jauh dari pandangan musyrikin.



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (2;214)


0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More