Saturday, June 22, 2013

Madrasah Nabawiyyah Akhawat 5

Tarikh: 21 Jun 2013
Tempat: Rumah Salmiah
Masa: 10.30 pagi
Tajuk: Mentari di celahan awanan mendung

Hijrah ke Habsyah

  • Raja Habsyah an-Najasyi adalah raja yang adil dan tidak menganiayai rakyatnya
  • Rasulullah memerintah kaum muslimin berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan agama mereka dari fitnah yang dihadapi
  • Hijrah pertama :Angkatan diketuai 12 lelaki dan 4 perempuan yang diketuai oleh Uthman bin Affan. Turut serta adalah anak baginda, Sayyidah Ruqiah.
  • mereka keluar pada malam hari ke pelabuhan dan menaiki kapal dagang ke Habsyah.
  • Hijrah kedua: 83 orang termasuk Ammar bin Yasir 
Tipu Helah Quraisy terhadap Muhajirin Habsyah

  • Amru ibni al-As dan Abdullah bin Abi Rabiah menghadap Raja Najasyi dan  mengirim hadiah-hadiah, memberi pelbagai alasan supaya kaum muslimin dihalau keluar
  • Najasyi raja yang adil, membuat penelitian terlebih dahulu
  • Jaafar bin Abi Talib, menjadi jurubicara kaum muslimin menerangkan tentang agama baru yang dibawa Rasulullah saw
  • Jaafar membacakan bahagian pertama surah al-Maryam sehingga menyebabkan Najasyi dan pembesarnya menangis kerana mengetahui bahawa apa yang dibawa oleh Isa adalah dari sumber yang sama
  • Rancangan kaum musyrikin gagal
Quraisy menggugut Abu Talib

  • Pemimpin Quraisy datang untuk menemui Abu Talib merayu agar Rasulullah menghentikan dakwahnya
  • Abu Talib terasa berat dengan ugutan dan peringatan lalu memberitahu Rasulullah tentang perkara tersebut
  • Baginda menyangka bapa saudaranya tidak sanggup membantunya lagi, lalu beredar sambil mengalir air mata
  • Abu Talib memanggil dan bermadah,
Demi Allah, 
seluruh mereka tidak akan menyentuh kau
hingga jasad ku di kandung tanah
pedulikan, teruslah dengan kewajipanmu
bergembiralah dan bertenanglah
kat tetap di perhatian mata...

  • Quraisy sekali lagi berdepan dengan Abu Talib dan menawarkan Ammarah, pemuda kacak kabilah Quraisy untuk ditukar dengan Nabi Muhammad. 
  • Abu Talib menolak dengan menyifatkan itu adalah sejahat-jahat tawaran

  • Di saat diselubungi penindasan, terbukalah jalan untuk mereka teraniaya dengan kemasukan Hamzah bin Abu Mutalib ke dalam Islam pada tahun enam kebangkitan Rasulullah
  • Selang 3 hari, Umar turut mengisytiharkan keislamannya.
  • Rasulullah pernah berdoa:
Ya Allah Ya Tuhanku, perkuatkanlah Islam dengan salah seorang dari tokoh yang tersayang padamu: dengan  Umar bin al-Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam. Dan orang yang tersayang itu adalah Umar ibni al-Khattab.


  • Selepas keislaman dua tokoh ini, kaum musyrikin memulakan siri tawar menawar dengan Rasulullah
  • Utbah bin Rabiah, seorang pemimpin Quraisy telah datang dan menawarkan kepada Rasulullah kedudukan, harta dan perempuan kepada baginda
  • baginda membacakan ayat suci al-Quran: surah al-Fussilat, ayat 1-5
  • Utbah meminta Rasulullah behenti apabila sampai ke ayat ke 11 kerana bimbang akan tertimpa ke atasnya ugutan Allah. Beliau balik dan menceritakan kepada kaumnya apa yang terjadi.
Pengajaran

  • Hidayah itu milik Allah
  • Hidupkan hati dengan al-Quran
  • Berhijrahlah mencari rahmat Allah, menyebar Islam

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More