Semalam (14/6/2013) warga IMUMTAZ telah berjaya mengadakan
satu lawatan ilmiah ke rumah-rumah anak yatim sekitar Iskandariah. Lawatan
tersebut merupakan salah satu inisiatif batch IMUMTAZ untuk mendekati masyarakat
setempat dalam usaha memupuk rasa belas kasihan kepada golongan yang kurang bernasib baik, khususnya anak – anak yatim yang telah kehilangan kedua ibu bapa
mereka.
Program
yang bermula pada jam 2 petang ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan
mengikut lecture masing-masing. Berikut merupakan senarai rumah – rumah anak
yatim yang telah kami lawati :
1. Dar El Radhwan, Samouha,
lecture B seramai 26 orang.
2. Dar El Ali bin Abi Tolib,
Samouha, lecture C seramai 17 orang.
3. Dar Khaleel, Sidi Bishr,
lacture A seramai 14 orang.
Aktiviti membeli barang-barang
keperluan untuk anak-anak yatim ini telah dilakukan sehari sebelumnya. Barang
yang dibeli merupakan barangan asas seperti barang makanan dan alat kebersihan diri.
Pihak ajk perlaksana telah menggunakan duit dana yang terkumpul dengan
semaksima mungkin kerana ini merupakan satu amanah dari seluruh warga IMUMTAZ
kepada mereka.
Bagi kumpulan Lecture B yang ke
rumah anak yatim di Samouha, mereka tiba di destinasi tepat jam 3 petang.
Seusai memunggah barang – barang yang dibawa ketempatnya, kami mula berkenalan dengan anak-anak yatim disana. Dialog biasa dimesir seperti “ enta ismu eh?”
“izzayak?” dan belbagai perkataan arab mulai menutur di bibir para peserta yang
mengikuti lawatan ini. Anak – anak yatim ini kelihatan agak segan dan pemalu
apabila ditegur oleh kami, tetapi lama – kelamaan mereka mulai selesa dengan
kami dan menganggap kami seperti abang dan kakak mereka sendiri.
Kami juga membawa juadah 'Pizza
Queen' bersama bagi menjamu anak – anak yatim ini. Kami makan bersama mereka
sambil suap – menyuap melayan kerenah anak-anak yatim ini. Anak – anak yatim di sini berasa gembira dengan kedatangan kami satu rombongan dan merasakan
kedatangan kami membawa rahmat kasih sayang kepada mereka.
0 HoT sTufF:
Post a Comment