Tarikh: 31 Mei 2013
Tempat: Rumah Ezzati
Masa: 10.30 pagi
Masa: 10.30 pagi
Penyampai: Siti Hafsah binti Ahmad Pauzi
Kitab Rujukan: Fiqh Sirah dan Raheeq Makhtum.
Pendahuluan dari penyampai menggalakkan akhawat yang hadir untuk istiqamah walaupun dalam amalan yang nampak seperti kecil. Kerana sebaik-baik amalan itu yang istiqamah.
Perjalanan Rasulullah ke Syam.
- Baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib selepas kematian datuknya, Abdul Mutalib
- dibawa untuk berniaga ke bumi Syam, sampai di satu tempat yang bernama Kota Basra
- bertemu dengan pendeta yang bernama Buhaira(nama asal, Jarjis, Buhaira adalah gelaran kerana ilmunya yang banyak, dari perkataan bahasa Arab, Bahr; laut). Buhaira seorang yang bijak mengenai kitab Injil dan Taurat.
- beliau melihat tanda-tanda nabi akhir zaman pada Rasulullah seperti awan yang melindungi rombongan baginda, pokok yang tunduk apabila baginda berjalan di kawasan tersebut, seperti yang disebut dalam kitab Injil lalu memberi amaran kepada Abu Talib.
Pengajaran dan renungan:
- cerita pertemuan baginda dan Buhaira terdapat dalam satu hadis, membuktikan bahawa ahli kitab mengetahui tentang perutusan Nabi Muhammad seperti tanda-tanda kenabian yang telah disebut.
- seorang paderi Yahudi, Abdullah bin Salam memeluk Islam semasa diturunkan ayat:
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Surah al-Baqarah: 146)
- seorang sahabat baginda, Salman al-Farisi memeluk Islam kerana mengetahui sifat-sifat dan kedatangan Rasulullah seperti yang dikatakan dalam kitab Injil dan diperkatakan oleh paderi-paderi.
- Hikmah Rasulullah sebagai pengembala kambing: menunjukkan kepada kita bahawa sebaik-baik harta adalah hasil perusahaan sendiri demi untuk kebaikan masyarakat dan manusia keseluruhannya dan seburuk-buruk kesenangan ialah kemewahan yang diperoleh tanpa sebarang kesusahan yang langsung tidak memberi kesenangan pada masyarakat.
- Rasulullah juga mempunyai naluri untuk bersuka-suka ketika zaman remajanya, menunjukkan baginda juga seperti manusia biasa, namun Allah telah memeliharanya daripada kepada perkara mungkar. Ini menunjukkan baginda mendapat bimbingan dari Ilahi secara terus menerus.
Perniagaan dengan harta Khadijah dan perkahwinan baginda.
- khadijah adalah seorang saudagar yang masyhur, tekenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta.
- beliau mendengar berita perihal peribadi baginda yang mulia dan akhlak yang terpuji
- melihat sendiri sifat amanah baginda ketika berniaga sehingga mendapat untung yang banyak.
- dengan perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah menawarkan dirinya untuk menjadi teman hidup kepada Rasulullah.
hikmah dan pengajaran
- Rasulullah tidak mementingkan hawa nafsu apabila memilih Khadijah, seorang janda yang berumur 40 tahun ketika baginda sendiri berumur 25 tahun.
- Baginda juga tidak berpoligami sepanjang hidupnya dengan Khadijah, sedangkan manusia biasa, ligkungan umur 25-50 (umur ketika Khadijah masih hidup) merupakan musim gelora mahukan perempuan.
- Baginda boleh berkahwin lebih dari satu kerana ini tidak menyalahi adat resam orang Arab ketika itu yang berkahwin lebih dari satu atau mempunyai hamba abdi sebagai gundik.
Semoga kita sentiasa menghidupkan hati kita dengan sirah-sirah manusia agung yang mampu memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.
0 HoT sTufF:
Post a Comment