Friday, April 1, 2011

OGLO




Jika Kaabah sudah dibebaskan dari kejahilan arab jahiliah,
Jika mesir sudah keluar dari kepompong diktator mubarak,
Jika vice dean sudah mutasi kearah jabatan lain,

Kini tiba masa untuk kita keluar dari kegelapan,
dan Pengenalan OGLO sebagai permulaan,
untuk kejayaan pada masa hadapan.


Assalamualaikum wbt

Pada minggu ini, kita akan mengadakan sesi penciptaan OGLO anjuran batch 0910. Kepada mana-mana ahli yang ingin memberikan karya? idea? ataupun logo rekaan sendiri yang menepati 'cita rasa' batch kita. Bolehlah mula dari sekarang dengan membaca bawah ni!


KENAPA perlu?

1) setiap makhluk memerlukan identiti bagi menerukan perjalanan. Dari perkara yang kecil sehinggalah paling besar. Kita dikenali sebagai manusia, dan itulah yang membezakan kita dengan binatang. 'Facebook' dan juga' Twitter', kedua-duanya adalah organisasi yang besar, Tetapi mengapa ramai fokus dekat 'Facebook'? Kerana 'Facebook' dan 'Twitter' adalah 2 entiti yang berlainan sama ada sistem, tarikan mahupun logo.


Ciri-ciri?

1) Bebas
2) Berunsur yang baik sahaja
3) Melambangkan kita


Syarat-syarat

1) semua OGLO akan melalui suatu sesi pencalonan, sekiranya lepas akan pergi kepada sesi pengundian.

2) OGLO hendaklah bertemakan perubatan, islam, batch ataupun

3) Peserta hendaklah menghantar OGLO sekali dengan caption bagi menerangkan OGLO tersebut

4) Ahli boleh menyerahkan OGLO ciptaan sendiri ataupun memberi idea bagi menambah baik pulihkan OGLO yang dicalonkan

5) Sekiranya tiada pencalonan,ini menunjukkan semua bersetuju akan OGLO yang terhasil dan ia akan menang tanpa bertanding.


Diharap semua ahli boleh memberi KERJASAMA PENUH terhadap setiap aktiviti yang dijalankan oleh batch. Bukan aktiviti ini sahaja, malah sebelum ini dan juga akan datang. Janganlah jadi katak di bawah tempurung dimana hanya mengambil tahu hal sendiri dalam tempurung tanpa mengambil kisah perkara diluar tempurung.

Selagi apa yang dilaksanakan tidak melanggar syariat atau hukum, apatah lagi jika membawa kebaikan. Salahkah untuk kita menyertai walhal baik untuk kita?
Andai kata kita diam dan pasif, tidak membawa kebaikan untuk diri dan orang lain. Tidak berjasa pada diri dan juga orang lain. Ada ertikah hidup berseorangan?


Jadi kepada sesiapa diluar sana yang ingin menyumbang idea atau OGLO
Sila hantarkan semua idea atau OGLO tersebut kepada admin blog. :)

1 HoT sTufF:

tolong laa sape2 yg kreatif buat OGLO tu!!

(aku komen ni, ade 1 hot stuff) :D

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More