Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pada suatu pagi minggu yang dingin, seorang anak membuat 'misscall' kepada ibunya.
tak berapa lama kemudian si ibu menelefon si anak tanda menjawab 'misscall' tersebut.
dan berikut ialah butir-butir perbualan mereka.
umi : assalamualaikum. haa ada apa pagi-pagi telefon ni ? umi tak perasan tadi.
anak : waalaikumussalam. tak ada apa, saja telefon. umi tengah buat apa ?
umi : tak ada buat apa pun. duduk-duduk je.
anak : umi, result orang dah keluar. (suara takut-takut yang penuh rasa bersalah)
umi : haa macam mana? bunyi macam tak ok je.
anak : emm.. agak teruk la kali ni. dapat *@#$% je. tapi memang lecturer dah jangka result macam ni. bukan orang sorang je yang dapat teruk. (bab bagi alasan memang nombor satu)
umi : yela tu. awak tu yang kuat sangat main facebooknya, tengok cerita tu la cerita ni la, game tu game ni. macam mana tak teruk result? lain kali main la lagi.
anak : (diam seribu kata. tak tau nak bagi alasan apa dah)
umi : kena repeat ke nanti? ke macam mana?
anak : eh tak payah repeat pun sebab tu exam dalaman je. tapi nanti surat amaran akan sampai kat rumah la. umi jangan terkejut nanti. (dengan nada sedikit ketawa)
umi : boleh plak gelak. ni dah makan belum ni? pergi makan pastu jangan lupa belajar. semester ni buat elok-elok sikit.
anak : ok. insyaAllah kali ni orang akan skor punya. umi doakan la.
dan dipendekkan cerita, panggilan telefon berakhir setelah si anak mendapat beberapa kata perangsang daripada umi tercinta.
semoga si anak tersebut betul-betul insaf. kalau tak insaf juga, memang tak tahu la nak cakap apa. T__T
ni saja nak share sikit dengan korang.
korang mesti selalu atau kalau tak selalu pun, aku gerenti mesti pernah rasa malas nak belajar kan?
rasa macam tak ada mood gitu?
rasa macam bila lah nak habis belajar ni? aku tak sabar nak kahwin.
rasa macam tak ada motivasi langsung nak buka buku?
rasa macam konfiden je boleh study semua benda dalam masa yang singkat? a.k.a study last minute. padahal hampeh je
...dan bermacam-macam rasa lagi..
ada satu formula. jeng jeng jeng..
caranya ialah, korang mantapkan atau dahsyat kan niat belajar korang tu. jangan belajar semata-mata nak pass exam je, tetapi belajarlah kerana Nya. memang susah, aku tau. tapi cubalah untuk perbaharui niat belajar korang tu setiap hari. lebih baik kalau setiap masa.
kebaikan yang korang akan dapat :
~ dapat pahala. orang lain penat-penat belajar, walaupun dia berjaya, tapi semua usaha beliau hanya sia-sia di sisi Allah, kerana Allah hanya menerima dan memberi ganjaran kepada orang yang melakukan sesuatu tersebut keranaNya.
~ hal ini bermakna, semakin gigih usaha kita, semakin banyak pahala yang diganjari Allah. nanti boleh masuk syurga. kan best tuu..insyaAllah, ameeen!
~ walaupun kita gagal atau mendapat result yang kurang memberangsangkan, hati kita akan menerima kegagalan tersebut dengan tenang. sebabnya, kita dah berusaha sampai 1001 % dah. insyAllah itu yang terbaik untuk kita sekarang. Allah tahu yang terbaik, jangan sedih dan teruskan usaha.
firman Allah dalam al-Quran,
" jika kamu telah bulatkan tekadmu, maka bertawakallah kepada Allah. " [al-Imran : 159]
~ korang akan lebih faham apa yang korang belajar, daripada hafal membuta tuli je.
hal ini kerana, korang dah set kan niat,
" aku belajar kerana Allah. aku belajar sebab aku nak jadi pandai, sebab aku nak menyumbang sesuatu untuk agama aku. aku nak Islam kembali dipandang tinggi oleh masyarakat bukan Islam. aku nak jadi doktor / jurutera / cikgu / atau apa-apa je yang cemerlang untuk mengisi kekosongan fardu kifayah. "
dengan adanya niat sebegini atau lebih bagus daripada ini, insyaAllah pembelajaran kita menjadi lebih bermakna dan diberkati olehNya.
dan rasanya belajar pun lebih seronok, sebab tak stress. lebih baik daripada belajar untuk exam semata-mata kan?
~ pengurusan masa korang pun akan lebih sistematik. masa tidur, berfacebook, menonton drama-drama Korea, filem-filem antarabangsa mahupun filem tempatan, bermain game, dan segala macam aktiviti yang melaghakan akan dikurangkan. malah, pengurusan diri, dan strategi belajar akan dipertingkat dari semasa ke semasa.
" jika Allah dijadikan sebagai tujuan utama, kenapa harus dikalahkan dengan rintangan-rintangan yang kecil di hadapan mata? "
~ korang juga tidak akan mengotorkan hati dengan pelbagai jenis maksiat ataupun merosakkan fikiran dengan membaca bahan bacaan yang langsung tidak mendatangkan faedah. hati korang akan lebih dekat dengan al-Quran, kerana korang tahu, hanya Pemilik al-Quran tu yang boleh bagi korang faham apa yang korang belajar.
" Allah akan membantu sesiapa yang mengutamakanNya dalam setiap perkara."
akhir kalam, semoga kita istiqamah dalam meniti perubahan ini. berhijrah jadi baik jom!
firman Allah,
" katakanlah : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
[al-An'am : 162]
UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG!
3 HoT sTufF:
wow. THANK YOU
nice post :)
mudah2an bila kita tahu ilmu tu, dia jd kn kite lebih merendah diri.. mngakui kebesaran ciptaan Illahi yg Maha Hebat.. insyaAllah~ :') lebih2 lg bila blaja medic.. beribu2 system dlm bdn kita blaku dlm 1 saat.. pasti ada pengaturnya n pasti ada penciptaNya.. insyaAllah.. tajdid niat slalu ya kwn2.. syukran~ ^_^
Post a Comment