Assalamualaikom wbt...
TANGGAL 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhan- nya.
Peristiwa 63 tahun lepas dikenali sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka. Satu malapetaka besar buat penduduk Islam di bumi Palestin secara amnya dan kepada seluruh umat islam sebenarnya.Jika sebelum itu kita telah dimalukan dengan peristiwa kejatuhan khalifah Islam secara rasminya, sekali lagi pada 1948 kita di hina secara terang-terangan oleh golongan-golongan yang memusuhi Islam sejak dahulu lagi.
Tidak bercadang untuk mendetailkan peristiwa Nakba di sini(sahabat-sahabat boleh google sendiri), cuma ingin berkongsi satu sedikit kelainan pada tahun ini iaitu...
THIRD PALESTINIAN INTIFADA pada 15 Mei 2011.Dijangkakan intifada besar-besaran ini akan menyaksikan masyarakat dunia mengangkat kembali isu Palestin yg kini sedikit tenggelam.
Ya,ada kurang dari sebulan lagi, jika diizinkan Allah peristiwa besar ini akan berlaku.Bersediakah kita andai panggilan jihad memanggil kita dalam keadaan kita sekarang dengan masa sesempit ini? Mungkin jihad angkat senjata masih jauh dengan kita, tapi andaikan sesuatu itu tidak boleh dicapai jangan ditinggalkan kesemuanya...
Jadi cadangan amali yang ikhwah akhawat boleh laksanakan dalam tempoh kurang sebulan ini adalah:
1-Buat tabung palestin kat rumah masing2 bg yg belum ada dan wajibkan untuk derma paling kurang segenih sehari.so nanti bile diperlukan boleh terus salurkan kepada pihak-pihak berwajib.
2-Membuat persediaan jihad dlm setiap sudut especially segi fizikal(pumping,joging,sit up,berenang... etc) & thaqafah(baca kisah perang,hafal hadis2@ ayat quran berkaitan jihad)
Dari Zaid bin Khalid Al-Jahniy ra., sesungguhnya Rasulullah saw . bersabda,
"Barangsiapa menyiapkan kendaraan perang di jalan Allah berarti ia telah ikut
berperang, dan barangsiapa meninggalkan perang tetapi menggantinya dengan
kebaikan berarti ia pun telah ikut berperang.: (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud,
dan Tirmidzi)
kata-kata "ikut berperang" maksudnya: mendapatkan pahala perang.
3-Lepas ni kalau buka internet,laman web yg first skali bukak ialah web2 pasal Palestine.ini tidak bangun je tidur facebook,sblm tidur pon dah facebook ^_^.bile lagi kite nak ihtimam humum muslimin?
4-Sape2 yang anemic dan ade penyakit2 berkaitan darah,cpt2 cari rawatan.rugi klu terlepas derma darah.klu jasad xleh g palestine,plg kurang darah kite jadi hujah depan Allah nanti.
5-Ikhwah Akhwat boleh fikirkan sendiri dan kongsikan kt sini
MOGA ALLAH MENANGKAN UMMAT INI~
0 HoT sTufF:
Post a Comment