Sunday, August 5, 2012

Visi, Misi, Motto I-MUMTAZ

Assalamualaikum...


Sayangkan anak tangan-tangankan...
Sayangkan I-mumtaz sila buktikan...

Kami di barisan pimpinan Batch I-Mumtaz ingin meminta jasa baik kalian untuk meluangkan sedikit masa untuk memberi sebarang komen, cadangan atau penambahbaikan terhadap visi, misi dan motto I-Mumtaz. Berikut merupakan cadangan daripada pihak kami:




Visi

-Mencorak dunia perubatan global dipacu dengan moral islam selaras dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah

Misi

-Menggembleng tenaga bersama dalam melahirkan doktor-doktor yang kompeten seterusnya menjadi model terbaik dalam masyarakat

Motto

-Care for Cure




Sebarang komen, kritikan dan cadangan untuk menambahbaik atau menukar Visi, Misi dan Motto I-Mumtaz sangat-sangatlah dialu-alukan.

Berikanlah sumbangan anda pada I-Mumtaz. Buktikan keperihatinan anda!


Ramadhan Kareem. =)

5 HoT sTufF:

salam. terima kasih bagi respon. =)

ada apa2 cadangan lain? ada lagi komen utk menambahbaik?

Salaam akhir ramadhan
sedikit kata. misi ialah perkara yg dibuat utk capai visi. nak gambaran mudah. haaa

sebagai cth :)

Malaysia di Sukan Olimpik
Visi - kontijen mesia komited utkmeraih pingat emas pertama negara

Misi - semua atlet bersungguh-sungguh utk mendapatkan pingat emas pertama yg akan menjadi kebanggaan negara



di bawah ini visi dan misi pihak admin yg da diedit skit. moga buleh diedit menjadi lebih baik.

Visi
Imumtaz bermatlamat untuk melahirkan doktor muslim terbilang dalam dunia perubatan global.

Misi
Untuk merealisasikan visi tersebut, setiap warga iMumtaz mesti bersungguh-sungguh mengamalkan ilmu yang telah dipelajari berteraskan nilai-nilai Islam dengan berlandaskan alQuran dan asSunnah

motto
(silakan letak motto terbaek anda)

Salam satu malaysia...

Terima kasih warga tanah melayu atas komen yang diberikan...

insyaAllah kami akan mengubahsuai visi dan misi iMumtaz supaya menjadi lebih baik...

siapa2 lagi ada cadangan lain yang ingin dikongsi?

silakan sebelum kami hantar kepada pihak magazine team utk dimuatkan ke dalam majalah batch.

syukran.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More