Friday, February 11, 2011

Pelajar kembali dari Mesir perlu kemuka maklumat

*Dari Akhbar Sinar Harian, 11 Feb 2011


KUALA LUMPUR - Semua pelajar universiti di Mesir yang kembali ke tanah air diminta mengemukakan maklumat peribadi kepada Bahagian Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, segera.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini, antara maklumat yang perlu dikemukakan ialah nama, nombor kad pengenalan, nama universiti di Mesir, pengajian, tahun pengajian dan alamat serta talian telefon yang boleh dihubungi di Malaysia.

Maklumat peribadi itu boleh dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi di e-mel zarida@mohe.gov.my atau alwee@mohe.gov.my dengan kadar segera, menurut kenyataan itu.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Prof Madya Dr Zarida Hambali di talian 012-330 0651.

Kenyataan itu menyebut maklumat tersebut sangat diperlukan oleh kementerian untuk membuat penyelarasan bagi segala aktiviti berkaitan pelajar berkenaan.-Bernama

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More