Tahniah pada pucuk pimpinan yang baru
tidak ketinggalan juga pada akar pimpinan yang lama
sebagai pembuka bicara
Blog dan ahli ahliah Tahun 2 (2010/11)mengucapkan:
TERIMA KASIH atas segala jasa yang telah disumbangkan untuk batch kita selama hampir 1 tahun
Nescaya, jasa anda semua tidak akan dilupakan
Hanya Allah boleh membalas segala keikhlasan anda yang telah dicurahkan bagi menolong dan membantu mempermudahkan segala urusan mengenai batch.
Tahniah juga pada yang baru dilantik,
tapi
bak kata spiderman: Big power comes with big responsibility
kata-kata ini bukan diungkapkan sewenang2nya
bukan untuk menakut-nakutkan atau untuk meruntuhkan semangat.
Tapi memperingatkan kita, bila mempunyai sesuatu kuasa atau jawatan TANGGUNGJAWAB yang akan dipikul adalah sangaaaaaaat besau. Sebab?
segala jenis beban, kesusahan, perhatian, baik buruk akan jatuh pada kita sekiranya berlaku apa-apa.
Oleh itu, kata-kata rahsia ayat tersebut nak mengingatkan kita sebelum atau selepas memegang apa-apa 'superpower', keluar benang dari tangan ke, boleh tembak dari mata ke, badan kebal macam kereta Hummer ke,
kita mempersiapkan diri secara fizikal ataupun mental bagi memimpin diri dan juga orang lain kerana segala hasil baik atau buruk terletak pada pimpinan tersebut.
Musyawarah
Pemimpin dipilih berdasarkan musyawarah iaitu melalui perbincangan dan kata sepakat semua.
Pemimpin dipilih setelah ramai bersetuju bahawa dialah yang paling layak untuk memikul tanggungjawab tersebut. KEPERCAYAAN yang diberi adalah suatu amanah pada diri bukan suatu BEBANAN. Kita diberi kepercayaan, maka jangan kita hancurkan kepercayaan itu sepertimana pecahnya kaca. Sebaliknya kita kena jaga dengan rapi dan tidak akan sesekali membiarkan ia pecah atau 'pecah' kepercayaan yang diberi pada kita.
surah al-baqarah ayat 286
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Pemimpin yang baik tidak akan sesekali menjadikan tanggungjawab yang dipikul sebagai bebanan, bahkan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu cabaran untuk kita secara konsistennya melatih diri menjadi lebih baik dan juga memberi kebaikan pada kawan-kawan. Tidak akan putus asa dalam segala perkara kerana kita sedar, ada orang yang memerlukan bantuan kita dan tidak boleh sesekali mengecewakan mereka yang memerlukan. Tidak kiralah kalau kita susah tetapi orang lain senang, tapi ingat segala kesusahan yang disertai keikhlasan insyaAllah akan dibalas sebaik-baiknya didunia atau yang lebih baik lagi diakhirat.
Pemilihan
pemilihan seorang Pemimpin amatlah perlu dititikberatkan. Tidak boleh diambil ringan dengan menganggap pimpinan pelajar hanya sekadar 'main mak mak'. Bahkan perkara itu yang menentukan nasib kita pada masa akan datang.
Mencadangkan nama semata-mata beliau kawan dan SEDAP dikenakan tetapi bukan disebabkan sifat tanggungjawab dimiliki oleh beliau. Kalau produk kurang memuaskan, nak salahkan dia?
KEPERCAYAAN
DILANTIK menjadi pemimpin tidak semestinya kita bagus atau lebih baik dari orang lain. Ada ramai orang yang berkebolehan tetapi kita yang diberi kepercayaan oleh orang ramai kerana sifat tanggungjawab yang terpampang pada mata hati mereka. Diberi kepercayaan kerana kita mampu untuk menjalankan tugas, menanggung apa yang sepatutnya ditanggung. Jadi janganlah timbul sedikit pun ujub , riak dan takbur. Kalau ada, Sama-sama kita tegur menegur sesama kita :D
KERJA
berkhidmat memimpin?
Beratnya tanggungjawab pemimpin nak diceritakan sehinggakan pada akhirat nanti peminpin yang akan senang masuk syurga dan pemimpin jugalah yang senang masuk neraka. Semua berdasarkan atas perlakuan dan apa yang telah dilakukan pada orang dibawah beliau.
Sebagai pelajar dan juga pucuk pimpinan pelajar, lebih-lebih lagi medik, tambah-tambah lagi dalm universiti ARAB. Kita bukan sekadar dengar, dapat dan lakukan. Macam boneka la pulak.
Selain dari menyampaikan, melaksanakan dan menyuruh. Pelbagai aspek lagi perlu dititikberatkan setelah bergelar pemimpin. Bukan hanya sekadar menjadi boneka mainan orang atasan. Jika ada sebarang 'penindasan' atau berlaku 'parasitisim' dimana sebelah pihak hanya mengambil keuntungan semata-mata dan mengabaikan yang lain. Maka siapa lagi nak berdiri dan menuntut keadilan untuk kita? PEMIMPIN kita!!!
Merekalah yang akan melawan, membantah, dan menegakkan kebenaran untuk kesejahteraan semua. Sanggupkan ditindas dicaci dihina diambil KESEMPATAN secara 'directnya' macam saudara di GAZA? Kalau kita tidak dapat tolong secara terus menerus untuk GAZA, kita tolong dengan menyumbang duit, boikot barang produk israel. Sama juga situasi, kalau kita ditindas, lawan ,lawan dan lawan sehingga kebenaran dipihak benar. Mulakan dengan perbincangan akhiri dengan pergaduhan? tidak....Mulut manusia dicipta sehingga boleh diumpamakan lagi tajam dari Pedang. Gunakan sebaiknya~
Rakyat
Tanpa rakyat, siapalah pemimpin. Tanpa pemimpin, siapalah rakyat
begitulah 'life cycle' kehidupan bermasyarakat.
Menghilangkan ia amatlah senang, nak dapatkan ia sangatlah susah
Pemimpin yang tanpa sokongan mudah rapuh. Oleh itu, satu perkara yang dititik beratkan dalam pimpinan adalah kerjasama atau nama sedapnya UKHWAH
Pemimpin membawa peranan penting dalam menyatukan umat.
Nabi Muhammad menyatukan Muhaijirin dan Ansar dan penyatuan tersebut kekal sehingga nabi wafat
Penyatuan tersebut juga berdasarkan atas persetujuan 2 pihak.
Moga pemilihan yang bakal datang adalah persetujuan 2 pihak dan semua boleh memberikan kerjasama sepenuhnya pada pemimpin yang dilantik. Semua boleh beliau seadanya.
Bukan memilih berdasarkan ke'rasicsm'
Bukan memilih berdasarkan puak
bukan memlilih berdasarkan ke'lecture'an
bukan memilih berdasarkan ke'section'an
bukan memilih kerana keagensian
bukan memilih kerana pertaruhan
Bukan memilih berdasar kekawanan
bukan memilih berdasarkan kepopularitian
bukan memilih berdasarkan keganasan
tetapi
kerana kita YAKIN dia boleh!
Tahniah untuk yang menurun jawatan. Bukan sebab turun, tapi sebab bahu dah ringan sikit
Takziah juga untuk yang baru dilantik, lepas ni bahu jadi berat sikit, bz lah hampa nanti
Tapi bz-bz pun, kalau buat ikhlas, insyaAllah balasan yg baik tidak kiralah dunia atau pun akhirat
Cuma pendapat peribadi penulis
(p/s: bg yg tidak dicalonkan atau dicalonkan tapi tidak lepas, jangan gaduh2 ea kalau singgah rumah ;-p)