WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Sunday, April 21, 2013

PENYAKIT HATI SEORANG DOKTOR

[PENYAKIT HATI SEORANG DOKTOR]

- manusia terdiri dari 2 unsur:
1. jasad - tanah (tidak boleh diubah, hanya menerima)
2. roh - langit (kita masih lagi boleh berikhtiar dan berubah)
- jantung jasad (nampak) >> akan mati di dunia
- jantung roh (tidak nampak) >> bila hati mati maka nerakalah tempatnya
- mengapa perlunya menjaga hati??
1. tempat Allah melihat manusia
2. tempat permulaan kepada niat, mengawal anggota- anggota yang lain
3. tempat singgahnya wahyu,
- wahyu yang singgah di otak sahaja seperti orientalis, menggunakan untuk keburukan dan menghancurkan islam
- wahyu yang singgah dihati akan selamat didunia dan akhirat, seperti contoh Saidina Omar yang mendengar adik perempuannya membaca Al- Quran.
- kesan tidak menjaga hati; hati akan menjadi rosak dan keras, tidak dapat menerima nasihat dan peringatan,
- imam al- Ghazali pesan agar memohon kepada Allah supaya dibersihkan hati dan jika tidak boleh mintalah kepada Allah akan hati yang baru.
- hadis perumpamaan hati:
1. hati seperti tanah yang menyerap air dan memberi manfaat kepada orang lain
2. hati seperti tanah yang menyerap air tetapi untuk dirinya sahaja
3. hati seperti pasir yang tidak menyerap kebaikan dan langsung tidak bermanfaat kepada orang lain
- antara tanda hati kita sakit, ialah bila kita berbuat kesalahan dan maksiat, hati langsung tidak merasa salah dan langsung tidak tersentuh.
- antara penyakit - penyakit hati:
1. syirik, penyakit paling besar dan bahaya
2. berasa aman dengan maksiat
3. putus asa dari rahmat Allah, ujian tiba kepada kita untuk menguji amal kita
4. riak; penyakit yang palaing ditakuti, antara tanda orang - orang yang riak :
- tubuh pucat kerana tidak makan dengan niat menunjuk - nunjuk
- tunduk ketika berjalan dihadapan orang, tetapi sebaliknya bila dibelakang orang.
- pakaian yang terlalu zuhud dengan niat supaya orang memandang dirinya zuhud
- berkata - kata tetapi tidak melaksanakan.
- solat, tetapi solatnya bukan untuk Allah semata mata, tetapi untuk menunjuk kepada orang.
- cara untuk mengatasi adalah dengan menjauhi  pujian, tamak kepada harta, terlalu takut dicela oleh manusia berbanding celaan Allah.Dan ketahuilah bahawa meninggalkan amal keraNA takut kepada riak, itulah sebenarnya riak.
5. ujub ;
- bila ditanya kepada Aisyah apakah itu kejahatan?? " kejahatan adalah bilamana kita merasakan diri sudah melakukan kebaikan"
- ubat kepada ujub adalah ILMU
6. takabbur
- bilamana kita merasakan diri kita lebih mulia berbanding orang lain,
- ubat daripadanya adalah dengan selalu ingat kepada asal usul kita yanag hina.
7. cintakan dunia dan takutkan mati ( wahn)
- umat islam kini ibarat buih dipantai, tidak langsung berguna, buih sabun boleh lagi buat mandi..
- takutkan jihad, cakap sahaja semangat, bila datang seruan ramai antara kita yang menolak
- kita boleh untuk mengambil dunia sebanyak mana yang kita mahukan, asalkan jangan jadi hamba    kepada harta dan dunia, jangan sesekali berpaling dengan  rahmat Allah.
- Allah ibaratkan dunia ini seperti sebelah sayap nyamuk sahaja. jadi jangan lah terlalu berlebih    di dunia, kerana akhirat lebih banyak yang kita boleh kecapi, kejarlah akhirat maka dunia akan  mengikut kita kemudiannya.
8. cintakan kemegahan
- tanya kembali pada diri tujuan menjadi doktor
- ambil sekadar yang perlu sahaja di dunia ini.
9. dengki.
- cara atasi dengan memuji oarang yang kita dengki, dengan itu orang yang kita dengki akan menjadi sahabat dan rakan kita, maka hilanglah rasa dengki.
10. kedekut.
- terlalu cintakan dunia,
- takut diri menjadi miskin
- sedekah akan menghilangkan bintik hitam dalam hati kita.




link untuk download kuliah magrib 'PENYAKIT HATI SEORANG DOKTOR' :
https://www.dropbox.com/s/89svwh5mcw4o8ct/kuliah%20magrib%20zaim%20salimun.m4a



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More