WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Thursday, March 31, 2011

New Scedules and Assignment

Assalamualaikum wbt...

These are our schedules for 3 weeks including about our assignment.

2nd Week 2nd Year Iump

3rd Week 2nd Year Iump

4th Week 2nd Year Iump

Assignment Groups for Cardiovascular Module International)

Correction, please alert!

Bismillah.

There is a correction in your module book. Professor had asked us to spread it to all of you.

SO, please follow these steps below :
1. Open your module book now even today is holiday.
2. Turn to page 45
3. Take a look on subtopic ARP.
4. Then, the last paragraph which stated that : "The ARP of involuntary..."
5. Cross the word involuntary and changes it to voluntary like this ;involuntary.

That's all. HAve a nice holiday and don't forget to revise the previous lecture.

Wednesday, March 30, 2011

Cancellation

It was confirmed that tomorrow’s class was cancelled. Dr Inas said that it was due to lack of lecture rooms. That is why tomorrow’s lecture needs to be postponed. Until now we were told that the earliest Skill’s lecture will be on 14 March 2011.

Enjoy your holiday. Remember to keep in touch with your book without the face wherever you are.

Tuesday, March 29, 2011

KENYATAAN RASMI BERKENAAN PERLAKSANAAN AKTIVITI BERKUMPULAN

PANDUAN KESELAMATAN BAGI PELAKSANAAN AKTIVITI
MERUJUK KEPADA PERKARA LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN [i] PADA GARIS PANDUAN KESELAMATAN KBMK.
PERINGATAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGELAKKAN SEGALA PRASANGKA PIHAK BERKUASA MESIR TERHADAP AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SECARA BERKUMPULAN TERUTAMANYA OLEH PELAJAR.
MENGENAI PANDUAN KESELAMATAN YANG TELAH DIEDARKAN OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH, PEJABAT MARA MESIR BERASA TERPANGGIL UNTUK MENGHURAI DAN MENJELASKAN BEBERAPA PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN KEPERLUAN SETEMPAT MENGENAI PELAKSANAAN AKTIVITI.
-          ISKANDARIAH MERUPAKAN TEMPAT PENYOKONG GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN YANG SANGAT DIKENALI DI SINI.
-          PERISTIWA PENGEBOMAN GEREJA YANG BERLAKU BARU-BARU INI DISEBUT-SEBUT ADA KAITAN DENGAN GERAKAN SALAFI.
-          BERDASARKAN LAPORAN AKHBAR DAN MAJALAH TEMPATAN, PIHAK BERKUASA MESIR DALAM USAHA UNTUK MENGEKANG GOLONGAN GERAKAN ISLAM DAN SEGALA FAHAMAN YANG DIANGGAP BOLEH MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA.

OLEH ITU, TIADA AKTIVITI BERKUMPULAN YANG DIADAKAN DI RUMAH-RUMAH SEWA YANG BOLEH MENYEBABKAN KECURIGAAN JIRAN TETANGGA DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
AKTIVITI YANG DIMAKSUDKAN ADALAH
-          AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERKUMPULAN ATAU PERHIMPUNAN, JUMLAH YANG BESAR ATAU KECIL, YANG DILAKUKAN SIANG ATAU MALAM.
PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1-      ELAKKAN SEBARANG PERHIMPUNAN ATAUPUN PERKUMPULAN YANG MERUJUK KEPADA AKTIVITI KEAGAMAAN DIRUMAH-RUMAH SEWA. Contohnya; Halaqah keagamaan, diskusi-diskusi kitab dan sebagainya.
2-      BUKU ATAU SEBARANG KITAB GERAKAN ISLAM SEPERTI IKHWAN MUSLIMIN DAN BUKU YANG MENYENTUH FAHAMAN MAZHAB TIDAK BOLEH MENJADI BAHAN PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN SEWAJARKAN TIADA KAITAN DENGAN GERAKAN ISLAM YANG BERADA DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA.
3-      SEGALA AKTIVITI PERCETAKAN BAHAN-BAHAN ILMIAH/GERAKAN TERMASUK FOTOKOPI YANG MELIBATKAN JUMLAH YANG BESAR HENDAKLAH DIELAKKAN.
4-      ELAKKAN SEGALA PERBINCANGAN/PERCAKAPAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT MENGENAI REVOLUSI YANG TELAH BERLAKU DI MESIR [SAMADA YANG BERSIFAT MENYOKONG ATAU MEMBANTAH KERAJAAN]
*panduan ini bersifat sementara, dan sangat bergantung dengan faktor keselamatan semasa Negara Mesir.
*Keadaan politik Mesir yang masih tidak stabil tidak boleh dipandang remeh oleh semua pelajar terutamanya dalam melaksanakan aktiviti harian atau persatuan.

Isahak bin Othaman,
PENGARAH MARA MESIR.

   
  Sehubungan dengan perkara di atas, kami dan juga wakil dari pihak kedutaan serta MARA berharap semua pelajar mematuhi arahan yg telah ditetapkan, dan jangan memandang perkara ini sebagai remeh.

yang benar,
Muhammad Haris Fadillah Bin Muhamad,
tahun 4 Kuliah Perubatan,
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Monday, March 28, 2011

Cintailah medic?

Setiap hari, berjuta ayat baru muncul, direka dan diperkenalkan bagi memperbaharui yang lama. Seperti hati atau keikhlasan yang harus sentiasa ditajdidkan bagi membetulkan semula niat awal.


Ayat baru juga direka bagi melengkapkan ayat atau memudahkan pemahaman. Selain itu bagi memudahkan pemahaman kita terhadap sesuatu kondisi. .


Namun kali ini berbeza, kerna campuran unik, baru, beza dan PELIK telah menghasilkan suatu perkataan yang baru bagi menunjukkan kelainan dan pembaharuan dalam sesebuah sistem masyarakat


Ya. Itu dia, sudah muncul pun istilah baru. Kalau sebelum ini kita pernah dengar ‘Shopaholic’ (tagih bershopping).Mungkin perempuan sudah biasa dengan perkataan ini. Tapi kali ini kita dengar pula istilah baru iaitu ‘Medicophilic’. Ia digempurkan pula bagi menambah keunikannya dengan menjadikan ia sebagai aktiviti tahunan iaitu ‘Medicophilic Month’.


Medic/0/philic

Medic = perubatan

0 = (sambungan untuk ayat)

Philic = tarikan


Digabungkan menjadi perubatan tarikan?


Tidak mengapa jika kita tidak faham. Mungkin perlu revisi lagi nampaknya. Baru setahun sudah lupa module 1? Tidakkkk. Tetapi apa-apa pun, mesej yang ingin disampaikan adalah menjadikan bidang perubatan ini sebagai kegemaran. Seperti makanan kegemaran? Lebih kurang la. Bila dah minat, bosan ke makan benda sama? Tidak, jadi jika kita minat perubatan, kita akan bosankah? errr. Moga-moga Tidak insyaAllah.


Moga-moga aktiviti yang bakal dijalankan ini boleh mencapai misi dan visinya seperti dalam video tersebut. Sehinggakan apabila tiada kelas pun dia berasa sedih! Waw! Bilalah kita hendak jadi macam tu eh. Wujud ke orang macam tu? Terdetik juga dekat hati. Tetapi tidak mengapa, apa-apapun kita cuba dulu dan kita sebagai penyokong juga haruslah memberi nafkah sokongan selagi ia tidak melanggar syarak atau hokum.

Ketahuilah mengapa kita perlu cintai Medic dan Jadilah seperti Dango!

Sunday, March 27, 2011

Announcement

Assalamualaikum wbt.

This is our coordinator's contacts for Module 11.If you have any problems you can contact him.

Abdel Maguid Ramadan
+20101458814
guidos55@yahoo.com 

Saturday, March 26, 2011

Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Tahun 2011

Assalamualaikum wbt,

selamat pulang ke mesir ana ucapkan rasanya masih belum terlmbat,
seperti yg kita semua tahu bahawa perintah berkurung di mesir masih lag berkuatkuasa, iaitu dari pukul 12 tgh mlm hingga pukul 6 pagi..
ini menunjukkan bahawa egypt masih belum stabil sepenuhnya, oleh itu pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH telah menyediakan garis panduan keselamatan untuk semua pelajar yg baru pulang ke mesir dan hendaklah mematuhi garis panduan tersebut 

di sini ana attachkan garis panduan keselamatan ini untuk dimuat turun oleh sahabat2..
berhati-hatilah di negara org ini...

ana juga meminta maaf kerana lambat utk mengepost maklumat ini,

sekian terima kasih,

yang benar,
muhammad haris fadillah bin muhamad
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2011/2012.

Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Tahun 2011

1.       Keadaan dan Maklumat Semasa Mesir

a)      Mulai 11 Febuari 2011, Negara Republik Arab Mesir (Mesir) diperintah dan ditadbir oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Kerajaan Sementara (Interim) Mesir.
b)      Waktu perintah berkurung masih berkuatkuasa pada setiap hari di seluruh Mesir dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi.
c)       Semua pejabat Kerajaan, institusi pengajian, pusat kesihatan,premis perniagaan, perbankan dan sistem pengangkutan awam secara amnya telah beroperasi seperti biasa.
d)      Pasukan polis telah mula kembali bertugas secara berperingkat. Namun waktu tindak balas (response time) oleh pihak polis dijangka tidak menepati keperluan sebarang kecemasan.
e)      Pihak tentera masih berada di beberapa kawasan dan premis strategik seperti di luar bangunan-bangunan kerajaan.
f)       Tunjuk perasaan dan mogok masih berlaku ditempat-tempat dan pada masa-masa tertentu yang tidak melibatkan kekacauan ataupun keganasan yang melampau.

2.       Tindakan serta merta.
a.       Bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir,sila layari laman web pejabat Education Malaysia Cairo di www.jpmk.info untuk membuat semakan pendaftaran. Sekiranya belum berdaftar, Borang Peribadi Pelajar boleh dimuat turun dari laman web www.jpmk.info dan hantarkan Borang Peribadi Pelajar yang telah dilengkapkan kepada Pejabat Education Malaysia Cairo di alamat e-mel : datapelajarmesir2011@gmail.com

3.       Langkah-langkan pencegahan dan Keselamatan
a.       Patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir
b.      Utamakan keselamatan diri dan simpan dokumen-dokumen penting seperti passport serta barang-barang berharga di tempat yang selamat.
c.       Sentiasa peka dan waspada kepada persekitaran dan kemaskini maklumat semasa melalui media massa.
d.      Simpan bekalan makanan dan minum untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari.
e.      Pastikan supaya dokumen pengenalan diri seperti kad pelajar ataupun passport dibawa bersama apabila melakukan perjalanan keluar dari rumah/kediaman.
f.        Pastikan anda dapat dihubungi dengan mudah dan sentiasa memberikan maklumat perhubungan anda yang terkini kepada Education Malaysia Cairo (bagi pelajar Malaysia).
g.       Tidak melibatkan diri dalam sebarang jenis perhimpunan yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup atau dalam ataupun luar kampus universiti.
h.      Elakkan dari berjalan-jalan/bersiar-siar di waktu malam atau apa pun berjalan berseorangan terutamanya bagi pelajar wanita.
i.         Bagi para pelajar, sebarang aktiviti sama ada secara individu ataupun berkumpulan yang ingin dijalankan mestilah mendapat pandangan dan kelulusan daripada pejabat Education Malaysia Cairo.

Guys!

Salam Alaikum

Dear friends, if you are reading this message please tell the others not to be in other sections lecture.

As we heard that our new lecture hall is not big enough. Even we are moving to a new lecture hall, problems are still there. Today, we just want to have a look first how the condition is.... Your eager to start our new module is really appreciated, but make sure you are in your own section.

(call them back if they are still on their ways)

Back to study~

Friday, March 25, 2011

Lectures and Practicals waiting

1st week 2nd year iump


1 week

Thursday, March 24, 2011

SCHEDULE FOR THE FIRST WEEK

assalamualaikum~
this is the schedule for the first week

SCHEDULE

KULIAH SUDAH BERMULA

Bismillah..

Sila download jadual lecture dan jadual practical yang telah di'attach'kan di alexmed yahoo group.

berita kedua, kita akan dibahagikan kepada 3 group lecture.

Lecture A : section 1,2,3
Lecture B : section 4,5
Lecture C : section 6,7

Lecture hall kita yang baru adalah amphitatre 3, 4th floor di Moussah.
Namun begitu, setelah ditinjau pagi tadi, dewan itu hanya mempunyai 116 buah kerusi. Jadi, ini menimbulkan masalah kepada lecture A. Jadi, perkara ini masih dalam perbincangan. Apa2 maklumat akan diberitahu secepat mungkin. InsyaAllah.

Berkenaan dengan result, kami masih tidak mempunyai jawapan sama ada ditampal ataupun menggunakan laman web alexmed.

Planner tahun ini akan dimaklumkan kemudian kerana Dr. Inas sibuk.

Wallahua'lam. terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
(29:69)


But as for those who strive hard in Our cause -We shall most certainly guide them onto paths that lead unto Us: [61] for, behold, God is indeed with the doers of good

Tuesday, March 15, 2011

HEART..

part 1


part 2


*about our exam result, i hope everyone can be patient as we are waiting for dr inas and dr wafa answer...

Monday, March 14, 2011

CVS MODULE

http://www.mediafire.com/?5e8i89aue1tx877

Hopefully, this book will help us soon..


*update 12.38 pm

All MCQ and essay will be found in our study group
http://www.alexmed.edu.eg/me/course/view.php?id=485

MCQ for lecture 1
http://www.alexmed.edu.eg/me/mod/resource/view.php?id=5405

Essay for lecture 1
http://www.alexmed.edu.eg/me/mod/resource/view.php?id=5406

Recordings

Orientation Recording gp A:
http://www.mediafire.com/?416fe5xfg7xns34

External features of the heart (Anatomy) gp A Recording:
http://www.mediafire.com/?bihz0v7bmlgd9hn

External features of the heart (Anatomy) gp B Recording:
http://www.mediafire.com/?rawmndn3cs7stbb

Wednesday, March 2, 2011

Pengumuman : Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir


  • Pelajar-Pelajar Tajaan JPA Yang Telah Atau Belum Membuat Tempahan Tiket Penerbangan Pulang Ke Mesir Diwajibkan Untuk Mendaftar Di (Pautan Pendaftaran Online JPA) Mulai 2 Mac 2011 Hingga 5 Mac 2011.
  • Pelajar-Pelajar Yang Telah Tamat Tempoh Sah Laku Visa Dinasihatkan Untuk Memperbaharui Semula Visa Tersebut Di Malaysia Sebelum Pulang Ke Mesir.
  • Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Talian Telefon Seperti Berikut;
No telefon:
  1. 03-8885 3430
  2. 03-8885 3437
  3. 03-8885 3511

Tuesday, March 1, 2011

Maklumat Program Pembangunan Mahasiswa SPIES Siri Kedua



Tarikh: 2 Mac 2011(Rabu) dan 3 Mac 2011(Khamis)

Tempat: Kem Bina Semangat,Ampang Pecah

                Kuala Kubu Bharu.

Pendaftaran: Bermula Jam 9.00 pagi

*Berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam Pada Jam 7.00 pagi,jika pelajar mahu pergi sendiri ke tempat program tiada masalah.

*Pengangkutan pergi dan pulang disediakan hanya pada masa yang ditetapkan.

*Pastikan hadir selewat-lewatnya jam 7.30 pagi.


Senarai Keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-

1. Pakaian untuk 2 hari 1 malam( sopan dan menutup aurat) dan pakaian sukan.

2. Peralatan Peribadi(Ubat,peralatan mandian dll.)

3. Passport
Senarai Nama Peserta Yang Terlibat Dalam Program SPIES Siri Kedua:-

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More