Bismillah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
Pertama sekali bagaimana dengan peperiksaan anda semua? Moga semua excellent dengan jujurnya. Sebelum saya masuk kepada isu sebenarnya, izinkan saya berkongsi satu patah ayat suci Al-Quran
Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ketahuilah bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan ukhuwah dan tolong menolong kepada sesama muslim dalam kemaslahatan dunia dan agama. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya, “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, supaya kamu mendapat rahmat. ” (Qs al-Hujurât/ 49:10)
Sebelum saya meneruskan penerangan, Saya Mohd Qarafi Bin Mohd Ridhuan Tee selaku ahli Batch I-mumtaz, admin lama Blog MumtazBazz, penasihat MumtazBazz dan orang yang bertanggungjawab terhadap isu cop meminta maaf atas segala ketidakpuashatian dan kekecohan yang berlaku atas salah faham sesama kita.
MumtazBazz sebagai medium ?
WWW.MUMTAZBAZZ.BLOGSPOT.COM ditubuhkan pada tahun 2010 dan post pertama bertajuk 'introduction' telah dilakarkan pada tarikh 21/4/2010. Blog ini telah berusia hampir 1 tahun 7 bulan. Saya dan LianaZulak merupakan antara pioneer yang telah mewujudkan blog ini bagi memudahkan pergerakan dan penyebaran maklumat dalam Batch kita.
Seperti yang saya katakan tadi 'pergerakan dan penyebaran maklumat' seperti kita semua maklum sudah semestinya berkaitan akademik semata-mata. Oleh itu perkara luar dari akademik contohnya berkaitan sukan, islamiah, PCI, isu semasa, passport, pengundian, motivasi, tazkirah, pesanan pegawai dilarang sama sekali memasuki ruangan ini. Banyak juga kemudahan Blog ini?
Saya berasa heran juga kerana semenjak penubuhan blog ini telah berbagai jenis post telah memasuki ruangan paparan dan contohnya telah saya kemukakan sebentar tadi. Namun mengapakah hanya baru-baru ini sahaja isu ini menjadi satu masalah dan mengganggu sesetengah pihak?
Bukannya saya ingin menyalahkan mana-mana pihak atas masalah yang baru timbul. Bahkan Saya berasa bersyukur dan berterima kasih sangat kepada pihak yang mengemukakan isu ini kerana anda sungguh setia dalam mengikuti setiap perkembangan blog kita ini. Tetapi kita jangan lupa, akademik tidak tertakluk pada apa yang kita belajar diluaran kita, namun 'akademik dalaman' juga harus dititikberatkan. Ini kerana ramai dari kita telah mengambil mudah dan mengasingkan akademik dari asas-asas kehidupan kita. Oleh itu antara isi kandungan blog ini merupakan santapan rohani.
Tambahan pula ini merupakan blog batch dan antara tujuannya adalah bagi menolong ahli batch itu sendiri. Jadi saya merasakan apa salahnya blog ini dijadikan medium luar dari akademik contohnya pengiklanan. Selain kita menolong kawan kita yang ingin menjana pendapatan demi menampung keperluan hidup, yang lain juga mendapat manfaat dari hasil kawan yang menjual. Contohnya isu Cop baru-baru ini.
Isu cop-cop
Saya berasa terpanggil untuk menulis kerana secara tidak langsungnya saya merupakan insan yang bersalah atas sebab pengiklanan cop di dalam mumtazbazz. Saya sedar sebenarnya bukan salah cop atau SC itu sendiri tetapi penyalahgunaan kuasa terhadap blog yang kita sayang ini. Tetapi anda boleh baca sebab yang telah saya kemukakan diatas dan sememangnya antara niat awal kami menubuhkan blog ini bagi membantu, mengajar, memudahkan segala aspek aktiviti batch kita dan tidak tertakluk pada akademik semata-mata.
Blog VS FaceBook
Ada kawan kata jika facebook sudah menjadi medium percampuran ilmu, mengapa mumtazbazz tidak hanya menjadi medan akademik sahaja? Dan facebook sudah ada mengapa perlu ada Blog?
Saya rasa rakan-rakan lebih mengetahui jawapannya tanpa perlu saya sebut. Tetapi saya akan menyimpulkan satu jawapan ringkas sahaja bagi menjawab segala persoalan tersebut iaitu "Blog mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai facebook dan facebook mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai blog, oleh itu kedua-duanya perlu berada dipaksinya sendiri bagi memastikan kemudahan peredaran organisasi tersebut".
Maaflah andai kata penulisan terlalu panjang kerana ini sahaja yang mampu saya lakukan dan saya tahu kami tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tetapi insyaAllah kami tidak akan putus asa dan akan lakukan yang terbaik agar dapat puaskan hampir kesemua ahli batch.
Bukan sahaja saya bahkan semua dari kalangan kita tidak sanggup melihat perpecahan sesama kita. Tetapi apa yang ingin dilihat adalah titisan kegembiraan atas kejayaan kita semua, SEMUA dalam mengecapi gelaran doktor muslim. Ini adalah harapan kita semua dan yang lebih penting adalah harapan ibubapa kita. Tetapi semua ini sukar untuk dicapai andai kita tidak bersatu.
Semua yang diputuskan adalah demi kemaslahatan kita dan semuanya akan berjalan lancar andai kita semua bersatu dan menyokong sesama kita. Namun manusia tidak lari dari kesilapan, andai terdapat kesilapan, tegurlah dengan cara yang berhemah dan saksama. Tambahan pula 'we are professional' betul? (jadi tema batch ok juga)
Sebelum saya mengakhiri kalam saya, Buat pengguna www.MumtazBazz.blogspot.com. Teruskan menyokong blog dan Saya menyusun 10 jari sekali lagi bagi memohon seribu kemaafan dari segala salah silap kelemahan semenjak diberi amanah dan saya juga meminta andai kata-kata mengguris hati jiwa raga anda.
Manisnya madu itu bukan terhasil dari seekor lebah tetapi kumpulannya
Manisnya kejayaan itu bukan pada seorang tetapi dari kerjasama jemaahnya
Wallahua'lam
******************************************
Andai kata anda ada sebarang persoalan , cadangan atau feedback. Sila kemukakan dalam comment dibawah atau usulkan pada admin blog. Diharapkan agar semua pengguna menggunakan blog ini secara berhemah terutamanya dalam chatbox tersebut. Andai kata anda mempunyai cadangan atau kritikan, tidak perlu takut untuk menulis nama sebenar kerana anda ingin memperbetulkan keadaan bukan sebaliknyakan? :D
3 HoT sTufF:
sedih tau gege kena block kt shoutbox..
gege bg nota je kot..
camni merajuk lah xnak bg nota dah
Gege kena block? siapa block gege? kami tidak akan block gege pun andai kata gege hanya supply nota sahaja. Cuba tanya mana-mana housemate gege yang gunakan komputer gege sebelum ini. Mungkin itu faktornya?
Andai kata gege tidak bersalah, tolong message inbox saya ye. insyaAllah saya akan rungkaikan balik.
takpelah, gege redho jek..
Post a Comment