We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'
Tajuk: ''Menjauhi hal-hal yang tidak bermanfaaat" (Sumbangan Tahun 4)
---
Assalamualaikum dan salam ukhuwah saya ucapkan kepada para pembaca sekalian. Sempena bulan sambutan WARM ini saya ingin menyumbang sebuah artikal bertajuk menjauhi diri dari perbuatan yang sia-sia.. Sama-samalah kita muhasabah diri sejauh mana perbuatan kita selama ini yang dianggap sia-sia dapat kita ubah menjadi berfaedah untuk kepentingan diri, keluarga, ummah dan negara kita yang tercinta, Malaysia.. Selamat membaca...
Selain dari tercebur ke dalam kemaksiatan, seseorang insan tidak ketinggalan dari terjerumus ke lembah kesesiaan. Mereka suka menghabiskan masa mereka yang berharga itu untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan kemanfaatan. Islam membenci seorang muslim yang sibuk menghabiskan waktunya untuk hal-hal yang remeh, terlibat dalam perbincangan yang sia-sia serta perbuatan lain yang tidak berfaedah seperti banyak makan, banyak minum dan banyak tidur.
Hendaklah anda benar-benar menghargai waktu dan bersungguh-sungguh untuk memanfaatkannya. Setiap manusia pada hari kiamat akan ditanya mengenai usianya, untuk apa dihabiskan. Waspadalah, jangan sampai anda membelanjakan masa anda, hari anda, saat anda serta nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan sia-sia, kelak anda akan menyesal dan berdukacita. Ketika itu barulah anda sedar bahawa anda telah mensia-siakan umur tatkala hidup di dunia.
Kita sering berpuashati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah,tetapi kita tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang kita ucapkan. Hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu, sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah, mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Pernah seorang pujangga bermadah:
Rebutlah dua rakaat sembahyang,
Ketika berehat di malam gulita;
Gantikan dengan tasbih sahaja,
Dari bercakap sia-sia;
Diam lebih berguna,
Walau anda pintar berkata.
Apabila anda merasa hati keras, badan lemah dan tersuntuk rezeki maka ketahuilah bahawa anda telah bercakap perkara yang tidak bermanfaat. Jadikanlah diammu itu tafakkur dan percakapanmu hikmat kerana diam tanpa tafakkur itu tidak berguna sementara suara tanpa hikmat tidak bererti.
Rasulullah saw pernah bersabda:
"Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah kerana banyak bicara selain zikrullah menyebabkan hati keras dan sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." (Tarmizi)
Banyak makan, banyak minum dan banyak tidur juga boleh membawa kemudharatan. Meskipun anda memaksakan diri untuk beribadat dengan perut yang penuh dan anda berusaha dengan bermacam-macam cara agar boleh beribadat, namun ibadat anda itu tidak akan ada manisnya. Dengan banyak tidur pula umur seseorang itu tidak akan ada berkahnya.
Terdapat empat tingkat warak:
1. Menjauhkan diri dari perbuatan yang nyata haramnya.
2. Menjauhkan diri dari segala perbuatan yang syubhat.
3. Meninggalkan perbuatan yang sebenarnya halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram.
4. Berpaling selain Allah kerana takut terpakai meskipun sesaat dari umurnya kepada perkara yang tidak berfaedah dalam mendekatkan diri kepada Allah swt walaupun ia tahu dan yakin bahawa perbuatan tersebut tidak membawa kepada yang haram.
Sabda Rasulullah saw:
"Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya." (Tarmizi)
"Tanda Allah membelakangkan (membenci) seseorang itu ialah ia leka atau sibuk dengan perkara-perkara yang tidak diperlukan. Kalaulah seseorang itu habis umurnya barang sesaat sahaja dalam kerja yang bukan menjadi tujuan hidupnya, nescaya sepatutnya ia menerima penyesalan yang panjang." (dari buku Hai Anak)
SUMBER :
http://www.network54.com/Forum/113808/thread/1046306766/last-1046306766/MENJAUHI+DRPD+PERBUATAN+SIA-SIA
---
"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi
We.Are.Real.Muslims [WARM]
PERUBATAN Cawangan Iskandariah

0 HoT sTufF:
Post a Comment