Thursday, July 28, 2011

Amanat~

Assalamualaikum,
sedikit amanat dari saudari aisyah fakriyah^_^
KALAM TIDAK RASMI
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya menempuh exam final untuk Tahun 2. Ujian yang sebenar adalah ujian bagaimana kita meletakkan tahap tawakkal kita pada Allah setelah kita berusaha.
 
Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT PULANG KE TANAH AIR (kepada sesiapa yang balik sahaja)..
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 semua memberi peluang kepada saya untuk memegang jawatan ini selama setahun. Sungguh banyak pengalaman manis dan pahit yang telah dilalui. Diri ini sudah tentunya tidak kuat tanpa sokongan sahabat2 semua dan juga semestinya support system yang kuat dari barisan kepimpinan I-mumtaz tahun ini.
 
Justeru,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Bokhari, Farah Adiba, Izyan Hanisah, Izzat, Aqilah Yusof, Wan Fathi dan ketua SR saya, Abu Bakar.
Tidak lupa juga kepada ketua dan penolong ketua section: saudara ismul, syahmi, hasif hilmi, raffsan, fitri(mori), naqib, wan izzat, saudari ira munirah, syrul, liyana latep, amirah jalil, liyana sulaiman, atika padzi, dan yusfazliani.
Mengikut pengalaman lepas, insyaAllah within 3 weeks, result final kita akan diumumkan. So, SR yang bertugas sepenuh masa within 3 weeks ini adalah Izyan Hanisah dan Abu Bakar. Memandangkan yang lain, akan pulang ke tanah air dan ada yang akan berziarah ke baitullah.
Untuk repeat exam pula, insyaAllah saya, Abu Bakar dan Wan Fathi akan berada di Mesir. Apa2 update kami akan bagitau. Wallahua’lam..
Terima kasih sahabat2 semua. Selamat bercuti~

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More