Friday, February 25, 2011

Tuntutan wang tiket pulang dari Mesir ke Malaysia

Dari http://www.medicmesir.com/
Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa MedicMesir menguruskan secara berkelompok TUNTUTAN SEMULA kesemua tiket yang dibeli melalui wang persendirian semasa proses evakuasi tempoh hari.

Urusan tuntutan ini terhad kepada 80 pelajar pelbagai agensi yang mendapatkan khidmat MedicMesir untuk mendapatkan tiket. Untuk mempastikan tiada nama-nama yang tercicir, sila rekodkan makluman anda disini.

Sesiapa yang ingin membuat tuntutan, sila hantar dokumen dibawah melalui email ke medicmesir@gmail.com. Fax dan pos tak akan dilayan.

Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan tiket.
2. Salinan passport (muka depan) dan muka cop keluar dari Mesir.
3. Salinan kad Pengenalan.
4. Muka depan Buku Bank yang menyatakan nombor akaun bank.

Sila hantar kesemua dokumen diatas melalui email sebelum hari Ahad , 27hb Februari 2011. Semoga usaha ini membantu.

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More