Thursday, February 17, 2011

MedicMesir usaha dapatkan diskaun tiket ke Kaherah

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sebuah agensi pengurusan penuntut Malaysia ke Mesir yang dikenali sebagai MedicMesir sedang berusaha mendapatkan diskaun bagi harga tiket penerbangan buat penuntut yang mahu kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.Jurucakap agensi itu, Muhd. Farees Mohd. Faizal berkata, sehingga kini beberapa syarikat penerbangan seperti Egypt Air, Gulf Air dan Etihad Airways pada dasarnya bersetuju untuk memberi diskaun bagi tiket penerbangan tersebut."Apa yang kita sedang lakukan adalah mengumpulkan penuntut yang mahu kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Seramai 8,341 penuntut dan rakyat Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air melalui Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan sejak 3 Februari lalu ekoran krisis politik yang mencetuskan keadaan huru-hara di negara itu.Kata Muhd. Farees, tarikh penerbangan akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan keadaan di Mesir adalah selamat untuk penuntut kembali ke negara itu.Katanya, penuntut-penuntut Malaysia yang terlibat boleh mendaftar dengan agensi itu di lamanweb www.medicmesir.com untuk membolehkan mereka kembali ke Mesir melalui usaha yang dilakukan agensi itu.Jelasnya, wakil MedicMesir juga berada di Kaherah bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat rundingan dengan universiti-universiti di negara itu berhubung tarikh permulaan kuliah."Mereka berada di sana untuk berbincang bagi membolehkan tarikh kuliah atau peperiksaan dilanjutkan supaya memudahkan penuntut-penuntut yang berada di Malaysia kembali ke sana sebaik sahaja keadaan pulih," katanya.Sementara itu, maklumat di laman web agensi itu menyatakan pengangkutan percuma akan diuruskan dari Kaherah ke tempat tinggal penuntut apabila kembali ke Mesir kelak.

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More