Tuesday, January 25, 2011

PWtC kembali lagi...








Assalamualaikum w.b.t.
Hari Keluarga Perubatan merupakan program pembuka Perubatan Winter Karnival (PWtC). Program ini bakal berlangsung pada 7 februari 2011 bersamaan hari Isnin. Aktivti yang bakal berlangsung adalah dari pagi hari hinggalah ke petang.
Bertemakan `Bersatu Teguh Sehati ’ program ini dianjurkan agar mahasiswa dan mahasiswi perubatan dapat bertemu dan berkenalan dangan sahabat-sahabat baru dari seluruh pelusuk Mesir seterusnya membina hubungan erat antara satu sama lain.



Di samping itu program ini juga merupakan salah satu medium untuk mahasiswa dan mahasiswi bersantai serta beriadah disamping mengisi waktu cuti bagi rata-rata mereka yang sudah tamat peperiksaan dan tidak mempunyai perancangan untuk pengisian cuti musim sejuk.
Pada pagi program akan diadakan acara sukaneka. Terdapat 2 konsep permainan yang bakal dijalankan iaitu permainan penyertaan dan permainan terbuka. Permainan penyertaan merupakan sukan berkumpulan melibatkan peserta seminar yang telah berdaftar.
Namun mahasiswa dan mahasiswi lain boleh menyertai pertandingan ini dengan mendaftar pada pagi program. Permainan dijangka bertempat di Gelanggang bola keranjang Stadium Abbasiyah di belakang Arma (bagi ikhwah) dan Nadi Toyota (bagi akhawat).



Terdapat 8 permainan yang bakal dipertandingkan bagi sukan penyertaan iaitu :
1. Galah panjang
2. Sepak raga (ikhwah sahaja)
3. Twister (akhawat sahaja)
4. Bola beracun
5. Hurricane
6. Hand phone karat
7. Kaki Kurita
8. Cat dog
9. Gerabak manusia



Permainan terbuka pula merupakan permainan individu berkonsepkan “ Fun Fair “. Peserta boleh membeli kupon dan bermain mengikut permainan yang diminati memuatkan permainan-permainan menarik seperti Dam Ular Manusia, Dart, Bowling Kampung, Sudoku, Puzzle, Mind Game, Tongue Twister dan banyak lagi.
Acara dewan pula akan dijalankan selepas solat Zohor. Acara dewan dianggarkan akan berpusat di sekitar ARMA. Acara ini melibatkan peserta seminar PWTC, namun bagi mahasiswa dan mahasiswi perubatan lain, terdapat aktiviti-aktivit sampingan yang boleh turut disertai.



Terdapat 2 acara yang bakal menemukan ikhwah dan akhkwat bersaing sekali iaitu kuiz dan reka replika. Selain itu terdapat juga permainan seperti dam, menganyam ketupat, batu seremban, tudung tin@ceper dan banyak lagi permainan yang bakal mengembalikan nostalgia zaman silam anda semua. Acara dijangka akan berakhir sebelum maghrib dan akan disambung pula dengan program Majlis Apresiasi Graduan selepas itu.
Jadi diharapkan agar kita semua dapat sama-sama meriahkan Hari Keluarga Perubatan di samping mendapat pengalaman dan kenalan baru serta memori-memori indah untuk diabadikan sempena percutian musim sejuk kali ini.



Jadi sape2 yang dah dafter tu, ambikkalh peluang sertai yeH! Kalau x rugi~

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More