Bagi menyempurnakan hasrat ini, Unit Kebajikan PCI mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada seluruh warga PERUBATAN Iskandariah. Sumbangan tersebut bolehlah disampaikan kepada wakil-wakil batch masing-masing sebelum hari khamis 27 Januari 2011:
Sunday, January 23, 2011
KUTIPAN DERMA MASJID DAN DERMA KHAIRAT EHSAN INSANY
Assalamualaikum warahmatullah..
perkara pertama:
kepada sahabat2 semua, semoga semua sedang bersemangat untuk terus study dan jangan lupa tajdid niat kerana Allah. Jangan abaikan solat di awal waktu. Jagalah hubungan Allah dan manusia sentiasa, bukan terhad ketika waktu peperiksaan sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengingatkan kembali mengenai kutipan derma masjid.
ikhwah : wan mohd syahdan, salehuddin mohd. noor, dan amiruddin amran
akhawat : nurul atiqah, fatimah zahra, dan aisyah fakriyah.
Semoga dengan amalan kebajikan yang dilakukan untuk membina rumah Allah ini mendapat balasan oleh Allah di akhirat kelak. selamat beramal sementara masih hidup di atas bumi Allah
perkara kedua:
petikan walid
Anakenda yang dikasihi.
Nurul Iman Ab Alim telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk pergi menyambut panggilan Ilahi. Ajal tidak mengenal usia dan tempat. Dari Nya kita datang dan wajarlah kepada Nya kita kembali.
Walau pun belum sampai 3 tahun kita mengenalinya, ukiran senyumnya tentunya menjadi kenangan, tutur katanya yang teratur pastinya menjadi ingatan.
Anakenda sekalian,
Kita kehilangan seorang rakan, sahabat dan teman. Ayah bondanya kehilangan seorang anak.Seberat mana rasa pilu hati kita, berat lagi rasa pilu hati ayah dan bonda. Taqdir Allah selalunya menjadi penawar.Pasrah kepada Allah membawa keinsafan.
Anak-anak sekalian,
Kita doakan pemergian Nurul Iman dalam keadaan baik, Baik untuknya dan baik juga untuk ayah bondanya.
Anakenda sekalian
Marilah kita menghulurkan sedikit sumbangan, walid namakan Khairat Ehsan Insany sebagai tanda ingatan dan kasih kita kepada al-marhumah Nurul Iman dan keluarganya. Sumbangan seberapa ikhlas. Kita tahu ayah bondanya tidak menuntut ganti rugi. Wang ringgit bukan pengganti kepada anak yang telah pergi, tetapi jalinan hubungan kita sesama manusia yang mempunyai sifat simpati, kasih, sayang, cinta dan Ehsan Insany.
Sekian, terima kasih.
WALID
Tahun 2: Wan Mohd Syahdan, Salehuddin Mohd Noor, Amiruddin, Atiqah Zainuldin, Fatimah Zahra, Aisyah Fakriyah
0 HoT sTufF:
Post a Comment