Dear all IUMP second year students, we want to clarify about the time for our Final Semester Examination. It is pleased to be informed that the time for tomorrow’s (24th) and 27th examination will be at 1200. There are slight changes concerning the time we told before (1230).
Both 24th and 27th examination will be from 1200 to 1500. Be prepared.
(Ismahuli an atakallam fi lugatil malayuwiyyah)
Kami dengan ini sangat berduka cita ingin memaklumkan kepada kalian, bahawa permohonan untuk menangguhkan waktu Imtihan pada 24 dan 27 Januari 2011 ini dari jam 12.00 kepada 12.30, tidak diluluskan.
Seperti yang sedia maklum, kami dahulunya telah mendapat kelulusan daripada Dr Hala berhubung penangguhan masa ini. Malangnya sebentar tadi, Dr Hala memaklumkan kembali bahawa Vice Dean tidak bersetuju dengan penangguhan masa ini.
Marah. Tidak puas hati. Benci. Sabar!
Ajkt Akademik semasa, saudara Akmal sendiri telah cuba menghubungi Dr Wafa bagi mendapatkan penjelasan dan kelulusan. Malangnya Dr Wafa sendiri pun tidak dapat membantu. Sekuat mana pun usaha kalau sampai kepada Vice Dean... wAllahu a’lam.
Kami juga sedang cuba menyuarakan perkara ini kepada Walid, dan keputusan masih belum diketahui. Sebarang kemungkinan dan maklumat terbaru akan kami khabarkan. Harap kalian dapat bersedia untuk hari esok sekiranya masih tiada sebarang perubahan berhubung perkara ini.
Abang Akmal ada memberi penyelesaian berhubung perkara esok:
-Solat dahulu sebaik azan, dan masuk dewan peperiksaan secepatnya.
-Masuk dan jawab soalan. Minta kebenaran keluar untuk solat. Sambung menjawab soalan.
-Masuk dewan peperiksaan dan jawab sebaiknya, secepatnya. Habiskan menjawab dan solat.
Perlu diingatkan buat masa ini waktu Imtihan kita adalah pada jam 12.00 tengah hari. Tolong datang awal, sebelum puklul 12.00. Persiapkan diri dengan berwuduk. Lebih mudah dan tidak membuang masa untuk mengejar waktu solat. Azan Zohor adalah pada pukul 12.13 manakala Asar pada pukul 3.08.
Ini hanyalah panduan, yang lainnnya terpulang kepada kalian. Asalkan tidak meninggalkan solat.
1 HoT sTufF:
hmmm...3 pilihan sahaja yg diberikan...nk pilih yg mane satu ek...
Post a Comment